Blog Archive

Wednesday, June 15, 2011

Archive #020



2.0 adalah sequel kepada Bersih '07PDFPrintE-mail
Written by GreenHood   
Tuesday, 14 June 2011 22:14
Oleh: GreenHood
BERSIH 2.0 adalah sequel kepada Bersih 2007 - tetap mengenengahkan Ambiga Sreenevasan sebagai pengerusinya dan membawa mesej yang sama iaitu (1) semakan daftar pemilih yang telus dan jelas terhadap individu yang terdaftar (2) memansuhkan sistem undian pos yang didakwanya tidak telus dan tidak adil atas faktor kecenderungan berat menyebelahi kerajaan sedia ada (3) menggunakan dakwal kekal bagi mengelakkan pengundian berganda dan (4) membuka ruang media perdana yang luas kepada pembangkang bagi keadilan dalam berkempen. Adakah apa-apa tuntutan yang baru dalam sequel 2011? Setakat penulisan ini dibuat, belum dikeluarkan sebarang tuntutan yang baru.
Secara peribadi, apa yang kelihatan baru dalam kempen BERSIH 2.0, bagi saya, adalah gimmick pelancaran kempen dengan PAS mendominasi apabila mengusulkan, membahaskan dan akhirnya diluluskan oleh sidang jemaah perwakilan Muktamar PAS kali ke-57 mereka pada 3-5hb Jun 2011 yang lalu. Sasarannya juga mengalami evolusi dengan penambahan 300,00 berbanding 100,00 peserta yang disasarkan pada tahun 2007.
Mohammad Sabu yang pernah menjadi salah seorang jawatankuasa sekretariat BERSIH 2007 sekali lagi menunjukkan taringnya apabila memberi jaminan sasaran 300,000 tersebut datangnya dari ahli-ahli atau para penyokong PAS per se - justeru, jika digabungkan dengan penglibatan ahli-ahli atau para penyokong parti yang membentuk pakatan seperti PKR dan DAP, saya jangkakan jumlahnya sudah pasti tidak kurang dari 500,000.
BERSIH '07 berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu tanggal 10hb November 2007 walaupun mendapat halangan hebat dari pihak kerajaan yang menggunakan jentera penguatkuasa seperti polis dan pasukan simpanan persekutuan (F.R.U.) dalam menghalang kemaraan rakyat ketika itu. Tidak kurang 10,000 dan sesetengah laporan dari media massa dan pemerhati politik menganggarkan antara  40,000 ke 50,000 manusia berjaya dihimpunkan dan mara ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum 4 perkara sebagaimana dinyatakan terdahulu.
Kejayaan BERSIH '07 yang sebenar hanyalah muncul 4 bulan kemudiannya apabila gelombang kemaraan rakyat tersebut diterjemahkan dalam bentuk undian dan Tsunami 2008 adalah jawapannya. 4 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor lucut dari genggaman Barisan Nasional (BN) selain Kelantan yang tetap erat digenggam oleh PAS.
INILAH SEBENARNYA MOTIF BAGI KEMPEN BERSIH 2.0 - mewujudkan 'satu gempa bumi' bagi menghasilkan 'gelombang tsunami' dalam kehangatan umum memperkatakan tentang pilihanraya umum ke-13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa dengan harapan tsunami kali ini akan mewujudkan 'kebinasaan' yang lebih besar kepada BN. Ianya tidak lebih dari sekadar 'permainan politik' semata-mata!
Jadi, apa perlunya sebuk dengan tuntutan-tuntutan tertentu walaupun sebahagian dari tuntutan tersebut telah pun dilaksanakan oleh kerajaan terutama apabila Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah bersetuju untuk memansuhkan undian secara pos dan kuasa pendaftaran pemilih baru serta semakan yang lebih adil dan telus diberikan tidak terhad kepada SPR sahaja bahkan kepada parti-parti yang berdaftar tidak kira parti tersebut adalah parti yang membentuk kerajaan mahupun pembangkang. Setakat perangkaan pendaftaran pemilih baru berakhir pada 31hb Disember 2010, DAP menunjukkan angka tertinggi berbanding parti-parti yang lain dalam mendaftarkan pemilih.
Dalam pasca dunia tanpa sempadan dan hanya dihubungkan dengan satu 'klik' di hujung jari, internet dan medium saiber menjadi lebih popular daripada media prima. Tsunami 2008menjadi bukti bahawa 'peperangan di alam saiber' adalah lebih popular daripada media prima seperti akhbar, televisyen dan radio. Tanpa media prima sekalipun mereka (pembangkang) telah berjaya menundukkan 4 buah negeri di samping mengekalkan satu yang sedia ada.
Apa yang lebih ironis, Ambiga sendiri pernah membawa angkatan 'Bersih'nya dan 'menyerang' pejabat SPR dalam satu lawatan mengejut dan berita tentang perkara ini telah di highlight kan oleh rangkaian-rangkaian televisyen prima seperti RTM, TV3 dan ASTRO. Mereka mempertikaikan soal ketelusan SPR menjalankan proses demokrasi iaitu pilihanraya. Ambiga dalam lawatannya kelihatan terperangkap apabila wakil SPR mahu penjelasan bagaimana 4 buah negeri termasuk negeri Selangor yang dianggap begitu penting sekali dibiarkan oleh SPR diambil oleh pakatan pembangkang jika benar SPR dan kerajaan BN tidak telus dalam menjalankan proses pilihanraya umum ke-12 yang lalu? Dan yang paling terpukul adalah bilamana Ambiga sebagai bekas Presiden kepada Majlis Peguam gagal memahami proses serta prosedur pindaan perlembagaan yang memerlukan 2/3 undi dari dewan parlimen bagi membenarkan pendaftaran secara otomatis oleh pengundi baru.
Jadi, adakah terdapat apa-apa yang baru antara BERSIH '07 dan sequel 2.0 ini yang memerlukan mereka mengajak rakyat melakukan satu demonstrasi besar-besaran atau hanya mahu melakukan satu gimmick politik bagi mendapatkan mileage dalam mewujudkan satu momentum bagi menghadapi pilihanraya ke-13 nanti?


Monday, June 6, 2011

Archive #019

Keluarga Kontroversi - Giliran Ummi Hafilda! PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Tuesday, 12 August 2008 18:00

Keluarga kontroversi Azwan-Azmin-Ummi (Hafilda) Ali adalah nama yang tidak asing lagi dipersada negara. Masing-masing membawa naik nama sendiri dengan cara dan gaya tersendiri. 

Azwan Ali terlebih dahulu menceburi ruang glamour apabila terlibat dalam dunia artis; lakonan, pengacara dan ikon. Kontroversi terhangat pernah beliau cetuskan bilamana terlibat dalam "perang-dingin" bersama pengacara yang tidak asing lagi, Aznil Haji Nawawi. Namun, apabila bidang pengacaraan dan lakonan beliau semakin suram, Azwan kembali menghangatkan berita-berita gosip dengan gaya dan keterampilan 'mak nyah' atau pondan . Dengan jalan berlenggang-lenggok serta beg tangan wanita yang tidak pernah missed, Azwan turut dilibatkan dengan kontroversi 'projek dalam tandas' bersama seorang lagi artis bintang realiti yang hangat diberitakan suatu ketika dahulu walaupun beliau nafikan.

Azmin Ali atau nama penuhnya Mohamed Azmin bin Ali 47 tahun, pula mengharungi onak duri ranjau berliku dalam arena politik.

Berbanding Azwan dan Ummi Hafilda, Azmin merupakan abang kepada dua beradik (Azwan dan Ummi) tersebut. Bertitik-tolak dari jawatan pegawai khas kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau mengekori rapat perjalanan politik Anwar Ibrahim hingga ke hari ini.

Apabila kontroversi pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1998, Azmin tidak terkecuali terpalit dengan badi yang menyelubungi Anwar.  Shamsidar Taharin, isteri Azmin didakwa mempunyai hubungan 'terlarang' dengan mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia tersebut.  Lebih hebat kontroversinya apabila Azmin turut didakwa sebagai suami yang dayus kerana tahu hubungan terlarang Anwar-Shamsidar dan mengizinkannya. Klimaks kepada kontroversi tahun 1998 tersebut adalah apabila anak yang ber-bin-kan Azmin iaitu Afifah telah dituduh sebagai anak hasil perhubungan Anwar-Shamsidar.

Namun, mungkin kerana simpati serta amarah masyarakat yang membenci rejim Mahathir, Azmin telah memenangi kerusi ADUN Hulu Klang, Selangor pada tahun 199 dalam pilihanraya umum ke-10. Bertitik-tolak dari situ, karear Azmin dalam politik semakin ketara. Pada pilihanraya umum ke-12, beliau telah memenangi bukan sahaja kerusi ADUN Bukit Antarabangsa tetapi juga memenangi kerusi Parlimen Gombak.

Menjadi orang-kuat kepada Anwar Ibrahim, Azmin Ali telah berjaya menjadi Timbalan Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR) pada tahun 2010. Kontroversi Azmin tidak terhenti setakat itu tetapi jawatan-jawatan yang dipegangnya hari ini came with a price.

Azmin menjadi buah-mulut ramai pihak samada di luar mahupun di dalam partinya sendiri. Bahkan, ada cerita yang berbunyi kerapatan Azmin dan Anwar menimbulkan keresahan dan ketidak senangan Dr. Wan Azizah Ismail, Presiden PKR yang juga isteri kepada Anwar Ibrahim.

Ummi Hafilda adalah watak terkini yang tidak mahu ketinggalan dalam mencetuskan kontroversi dan polemik mengikuti jejak langkah abang-abangnya.

Namun, berbeza dari cara dan gaya extra-vaganza Azwan dan tidak juga sebagai ahli politik yang berjaya seperti Azmin, Ummi kini muncul kembali dari pertapaannya semenjak pemecatan dan pemenjaraan Anwar pada tahun 1998.

Berbeza dengan modus operandi di tahun 1998 yang (kononnya) menjadi ejen kecil terlibat dalam 'konspirasi peringkat tertinggi' melibatkan Tun Daim Zainuddin, Ummi tidak ketara mensasarkan 'muncung meriam'-nya kepada Anwar Ibrahim. Sebaliknya, sasaran yang dibidik oleh Ummi tidak lain dan tidak bukan adalah abang kandungnya sendiri, Azmin Ali.

Ummi kini ibarat goreng pisang panas yang rangup menjadi rebutan terutamanya bahagian-bahagian UMNO dalam negeri Selangor untuk memberikan ceramah. Ruangan yang luas diberikan oleh kumpulan Selamatkan  Selangor Darul Ehsan atau SSDE yang digerakkan oleh Hamidzun Khairuddin menonjolkan semula Ummi Hafilda dengan ceramah-ceramah kononnya sanggup membuang saudara kandung sedarah-dagingnya (Azmin Ali) demi cintakan tanahair dari anasir jahat dan pembelot,  iaitu Anwar Ibrahim.

Ceramahnya yang kuat menghentam Azmin dengan melabelkan Azmin sebagai anak derhaka kepada keluarga yang telah membuangnya gara-gara hubungan Anwar-Shamsidar hingga melahirkan zuriat haram (Afifah) adalah kontroversi yang sedap halwa telinga mendengarnya.

Hari ini adalah giliran UMMI HAFILDA! Kita lihat sahaja sejauh mana langkahnya dalam perang terbaru yang melibatkan Anwar-Najib ini.

Archive #018

Ahli Parlimen Kuala Langat Hilang? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Friday, 25 February 2011 10:42

Ahli Parlimen Kuala Langat Hilang?
 
 

Kuala Langat - Terdapat rungutan ramai pihak terutamanya penduduk sekitar daerah Kuala Langat kesusahan untuk berjumpa dengan ahli parlimen mereke, YB Abdullah Sani bin Abdul Hamid (gambar). Abdullah Sani menjadi ahli parlimen P.122 Kuala Langat pada pilihanraya umum tahun 2008 dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Sulaiman bin Karli dengan kelebihan majoriti 989 undi.

Abdullah Sani adalah satu-satunya wakil Parti KeAdilan Rakyat (PKR) yang menduduki kerusi pentadbiran secara politik melalui sistem pemilihan demokrasi manakala 3 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di dalam parlimen Kuala Langat masing-masing di duduki oleh PAS (YB Dr. Ahmad Yunus bin Haji Hairi, N.51 Sijangkang), DAP (YB Philip Tan Choon Swee, N.52 Telok Datok) dan BN (YB Haji Hasiman bin Sidom, N.53 Morib).

Sebagai bukan anak tempatan dan tidak mahir dengan geo-politik tempatan (Kuala Langat), Abdullah Sani dikatakan amat sukar untuk mendapat tempat di hati warga Kuala Langat terutamanya kaum Melayu.

Sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai satu-satunya wakil rakyat dari PKR, Abdullah Sani juga dikatakan mendapat tentangan dan dimusuhi oleh ahli-ahli PKR dalam cabang Kuala Langat sendiri. Ini amat ketara apabila pemilihan PKR cabang Kuala Langat pada November 2010 bagi jawatan ketua cabang menyaksikan pertarungan sengit 6 penjuru yang akhirnya dibatalkan setelah dua kali percubaan mengadakan sidang mesyuarat tersebut.

Namun, desas-desus mengatakan bahawa kuota PKR bagi pilihanraya umum ke 13 yang bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang bakal di isi oleh anak tempatan yang juga semakin gah namanya dalam politik negara terutamanya di negeri Selangor, Faekah binti Husin. Sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah disebut-sebut sebagai calon favourite ahli-ahli PKR Kuala Langat bukan sahaja kerana beliau adalah anak tempatan, tetapi kerana keberaniannya dalam mempertahankan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang semakin teruk diasak oleh UMNO seluruh negeri Selangor menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.

Mungkinkah atas faktor ini Abdullah Sani menyepikan diri?

Archive #017

Siapa Main Siapa? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Wednesday, 09 March 2011 13:21


Editor 9 Mac 2011 - Keputusan telah pun diketahui. Hanya dalam tempoh sebulan, tiga kawasan iaitu N.05 Tenang, N.27 Merlimau dan N.28 Kerdau yang menyaksikan pertarungan dua penjuru di antara calon PAS dan calon BN memihak kepada BN. Entah di mana silapnya, PAS dengan kerjasama parti-parti yang membentuk pakatan rakyat gagal menewaskan BN. Tidak habis di situ, statistik menunjukkan peningkatan ketara dari segi undi yang memihak kepada BN dibandingkan dengan pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008.

Di Tenang contohnya, calon BN memperolehi undi sebanyak 6,699 berbanding calon PAS yang hanya menerima undi sebanyak 2,992 sekaligus menobatkan Mohd Azhar Ibrahim sebagai pemenangnya dengan kelebihan 3,706 undi dari 71.8 peratus pengundi yang keluar mengundi. Itu pun peratusan yang keluar mengundi tidak mencapai sasarannya atas faktor iklim dan cuaca yang menyaksikan hujan sepanjang tempoh berkempen dan bertambah buruk semasa hari pembuangan undi. Sasaran awal SPR adalah 80 peratus dari 14,753 pengundi akan keluar mengundi.

Di Merlimau, calon BN iaitu Roslan bin Ahmad menerima undi sebanyak 5,962 undi meninggalkan calon PAS, Haji Yuhaizad bin Abdullah jauh di belakang dengan sekadar undi sebanyak 2,319 sahaja. Ini memberikan majoriti yang meningkat kepada calon BN iaitu sebanyak 3,623 undi dari 79 peratus pengundi yang keluar membuang undi berbanding tahun 2008. Ternyata, 79 peratus pengundi dari 10,769 pengundi yang layak mengundi majoritinya meyakini BN sebagai wakil mereka untuk berkhidmat di Merlimau.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim bin Syed Ahmad memenangi pilihanraya kecil kawasan tersebut dengan penuh bergaya apabila melonjakkan majoriti kemenangan dari 1,602 pada tahun 2008 kepada 2,724 pada pilihanraya kecil kali ini. Ini menambahkan keyakinan BN bahawa rakyat kini mulai menolak PAS khususnya dan pakatan rakyat umumnya dari mewakili mereka. Kesedaran penduduk akan pentingnya keluar dan membuang undi adalah tinggi apabila menyaksikan 83 peratus dari 8,999 pengundi berdaftar telah berjaya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Di manakah silapnya PAS? Atau mungkinkah kesilapan ini datangnya dari pakatan rakyat sebagai satu pasukan? Tiga kawasan menyaksikan kekalahan yang amat perit kerana faktor utama yang dilihat adalah kenaikkan secara langsung majoriti kemenangan yang berpihak kepada BN.

Sewaktu penulis mengunjungi kempen pilihanraya Tenang, kedapatan gerak-kerja yang kemas dan tersusun dilakukan oleh parti-parti yang membentuk ikatan pakatan rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP. DAP kelihatan bersungguh-sungguh membantu kempen hingga menyaksikan peningkatan undi kaum Cina terutamanya di peti undi Labis Tengah. Walaupun BN berjaya merampas kembali kawasan peti undi lain (dua peti undi) yang majoritinya dihuni oleh kaum Cina tetapi lonjakan kemenangan peti undi Labis Tengah boleh disimpulkan sebagai kaum Cina menolak BN dan menerima PAS. Gerak-kerja agresif yang dipertontonkan oleh DAP menenggelamkan nama MCA seterusnya Gerakan yang mewakili kaum Cina dalam komponen BN.

Malangnya, perkara di Tenang tidak berlaku di Merlimau apatah lagi Kerdau. Kedapatan DAP memberikan ruang-ruang kepada calon PAS serta jentera pilihanrayanya menggunakan premis serta lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan kaum Cina tetapi gerak-kerja halus hingga ke hari pembuangan undi langsung tidak menampakkan jentera DAP turun ke padang meraih sokongan pengundi untuk mengundi calon PAS. Manakala di Kerdau, jangankan memberi ruang atau tempat kepada calon PAS untuk berkempen bagi meraih undi kaum Cina, kelibat batang hidung pun tidak kelihatan dari hari pertama penamaan calon hinggalah hari membuang undi.

Apakah sebenarnya yang berlaku di antara PAS-PKR-DAP?

Selain desas-desus perebutan tempat untuk meletakkan calon masing-masing terutamanya di antara PAS dan PKR (hingga diberitakan Shamsul Iskandar, Ketua AMK PKR merajuk gara-gara tidak dinamakan sebagai calon), terdengar juga suara-suara sumbang yang menuding jari kepada Anwar Ibrahim sebagai liabiliti kepada kempen PAS di ketiga-tiga tempat dan terutamanya di Kerdau apabila diberitakan Tuan Ibrahim bin Tuan Man selaku pengarah jentera pilihanraya Kerdau mengeluarkan arahan agar Anwar Ibrahim tidak turun berkempen di sana.

Manakala, dari tabir BN pula menyatakan bahawa PAS adalah liabiliti kepada pakatan rakyat kerana bertindak seolah-olah jaguh dalam mahu menjadi pengganti kepada kaum Melayu Malaysia hingga kini berani menolak perkara-perkara yang tidak disenangi oleh DAP terutamanya berkaitan isu premis yang dikompaun oleh kerajaan negeri Kelantan kerana menjalankan penjualan tiket loteri atau judi secara terang-terangan hingga membangkitkan rasa tidak puas-hati terutamanya oleh Karpal Singh.

Dari tabir PAS pula, kelihatan bahawa PKR dan DAP sengaja mahu mengenakan mereka dengan membiarkan calon-calon PAS kalah agar keangkuhan PAS yang mahu menerajui pimpinan ikatan pakatan rakyat tergendala. Mereka tidak mahu PAS kelihatan menonjol di antara tiga parti utama iaitu PAS-DAP-PKR sehingga membolehkan mereka menuntut hak yang lebih samada dari PKR mahupun DAP seandainya mereka menang dalam pilhanraya umum ke 13 yang bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang. Jika perkara ini dibiarkan, jangan kan kerusi Timbalan Perdana Menteri, bahkan kerusi Perdana Menteri juga mungkin akan diminta oleh PAS. Sebab itu dua parti PKR dan DAP sengaja menggagalkan calon PAS dalam tiga pilihanraya kecil yang baru berlaku.

Sebenarnya, ikatan yang dibina oleh ketiga-tiga parti utama ini adalah sangat lemah melainkan mereka bbersungguh-sungguh untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti yang sah di mana perlembagaan di dalamnya menyatakan secara jelas di manakah duduk letakkan hirarki setiap satu dari komponen yang membentuk pakatan tersebut. Jika ini tidak dilakukan, pakatan rakyat hanya layak digelar sebagai pakatan retorik.

Apa pun, masih terdapat ramai pihak di luar sana yang meyakini bahawa pakatan rakyat mampu menggantikan BN sebagai sebuah kerajaan yang adil dan saksama kepada rakyat Malaysia.

Archive #016

Suara Kebangkitan - Gerakan Pembangkang Menggunakan Nama Hizbut Tahrir & Ikhwanul Muslimin? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Monday, 28 March 2011 16:52


Edisi terbaru terbitan berkala "Suara Kebangkitan" adalah bernombor 251 dan tajuk artikelnya adalah "Bolehkah DNA Menjadi Bukti?". Sebelum ini, berbagai lagi tajuk artikel yang dikeluarkan oleh kononnya terbitan Hizbut Tahrir Malaysia yang menggerakkan perjuangan Ikhwanul Muslimin di Malaysia. Menggunakan laman portal www.mykhalifah.com yang ternyata kosong sebagai satu "dummy" bagi mengelirukan pembaca, adalah menjadi satu tanda-tanya - mengapakah tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap penerbitan artikel ini dan pengedarannya di seluruh pelusuk negara.

Ikhwanul Muslimin adalah suatu gerakan yang terkenal di seluruh dunia dan Mesir adalah menjadi nadi kebangkitan gerakan yang dipelopori oleh Al-Banna dan kini dikaitkan begitu rapat sekali dengan Sheikh Yusoff Al-Qardawi yang mengejutkan dunia baru-baru ini kerana berjaya menggulingkan Presiden Husni Mubarrak dari takhta yang dipegangnya berpuluh tahun.

Tidak ingin mengulas panjang dengan gerakan asal Ikhwanul Muslimin di Timur Tengah, gerakan yang dijalankan di Malaysia ternyata "berbau" politik yang diperjuangkan oleh pembangkang terutamanya PAS dan PKR.

Menjadi idola kepada anak muda Malaysia terutamanya yang bergelar mahasiswa/siswi, gerakan yang bernamakan Hizbut Tahrir Malaysia yang kononnya berpaksikan ideologi gerakan Ikhwanul Muslimin ini seringkali dilihat menentang apa juga yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan lebih condong menyokong apa juga yang dilakukan oleh pembangkang terutamanya PAS dan PKR (sebagaimana yang boleh dibaca dalam tajuk edisi [gambar] di atas).

www.kritis-online.com merasakan bahawa adalah wajar pihak berkuasa memandang serius akan perkara ini dan suatu siasatan yang menyeluruh dilakukan bagi melihat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik Hizbut Tahrir Malaysia/ Suara Kebangkitan/ Ikhwanul Muslimin/ www.mykhalifah.com ini dan adakah benar bahawa pembangkang menjadi dalang disebaliknya yang cuba menarik sokongan muda melalui nama Ikhwanul Muslimin?

Archive #014

Sindrom Transisi Kepimpinan adalah Sindrom "M" - Sarawak tidak terkecuali dan pembangkang masih bisu PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Monday, 11 April 2011 17:38
Bila ditanya "bilakah Pehin Seri Taib Mahmud akan mengundurkan diri sebagai Ketua Menteri Sarawak?", maka jawapan yang kedengaran adalah "selepas pilihanraya negeri ke-10 nanti!".

Mengambil kira pendapat rakyat (Sarawak) yang ditanya "apakah yang kurang dengan kerajaan negeri Sarawak?" maka 6 daripada 10 akan menjawab "kepimpinan Ketua Menteri yang sudah terlalu lama!".

Jika anda tanya "bagaimana dengan performance Barisan Nasional (BN) di Sarawak?", saya yakin hampir 100% akan mengatakan bahawa performance BN adalah baik dan mereka (rakyat) juga pasti dengan kredibiliti kepimpinan negara mahupun negeri. Jika ada yang mengatakan bahawa kepimpinan kerajaan negeri (Sarawak) mahupun negara (persekutuan) di bawah BN terlalu buruk, saya yakin ianya datang dari "suara pembangkang" yang membentuk minoriti sama ada di peringkat negeri mahupun negara.

Nah! Di manakah "kurangnya" dengan kempen yang dilakukan oleh BN dalam siri pilihanraya negeri Sarawak kali ke-10 ini? - saya katakan bahawa transisi kepimpinan lama kepada yang baru adalah jawapannya.

Sebenarnya Taib Mahmud sedang menghadapi satu fasa yang pernah dilalui oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan juga apa yang pernah dialami oleh Datuk Seri Samy Vellu. Secara peribadi saya menggelarkan ini sebagai "Sindrom M".

Tun M sebagai contoh, mendapati bahawa dirinya mengalami suatu fenomena "ketidak-percayaan" rakyat apabila kes Datuk Seri Anwar Ibrahim melanda negara pada tahun 1998. Atas tekanan ini dan mendapati Malaysia di bawah pimpinannya mengalami suatu stagnant-period maka beliau mengumumkan perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-empat pada tanggal 22 Jun 2002, sewaktu ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2002. Namun, setelah apa yang disifatkan oleh pemerhati politik sebagai "mempertimbangkan kembali" keputusannya itu setelah didesak oleh ahli-ahli UMNO, Tun M telah menetapkan penguatkuasaan perletakan jawatannya 18 bulan kemudian - di mana dalam tempoh waktu tersebut beliau telah menyerahkan kepimpinan negara serta parti (UMNO) kepada Timbalannya, Abdullah Ahmad Badawi selaku pemangku.

Tindakan yang dianggap "paling bijak pernah dilakukan oleh mana-mana tokoh politik dunia" itu ternyata membuahkan hasil apabila transisi tersebut bukan sahaja diterima dengan baik oleh ahli-ahli UMNO serta komponen BN yang lain bahkan telah disambut dengan begitu baik sekali oleh rakyat dan ini terbukti apabila rakyat menterjemahkannya dalam pilihanraya umum ke-11 apabila menyaksikan BN memenangi 198 kerusi dari 219 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Lebih manis lagi bilamana kerajaan negeri Terengganu yang sebelum itu jatuh ke tangan pembangkang (PAS) juga telah berjaya ditawan semula. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima telah mendapat kepercayaan rakyat dengan peratusan undi popular tidak kurang dari 63%, satu majoriti yang besar semenjak pilihanraya umum ke-5 pada tahun 1978. Saya secara peribadi berpendapat bahawa di sinilah bermulanya sindrom yang saya namakan sebagai "sindrom M", dan sindrom ini telah berjalan dengan begitu baik sekali.

Langit tidak selalu cerah, kadangkala hujan ditengahari - itulah yang berlaku pada pimpinan Tun Pak Lah apabila pilihanraya ke-12 tahun 2008 menyaksikan apa yang dinamakan oleh pemerhati politik sebagai ""Tsunami Politik" melanda Malaysia dan memberi kesan yang besar kepada BN mahupun parti-parti politik pembangkang. BN hanya mampu mengutip 140 kerusi dari 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Pembangkang telah berjaya menafikan 2/3 majoriti yang dinikmati oleh BN sebelum itu. Dengan menduduki 82 buah kerusi di parlimen, pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertambah kuat. Majoriti undi popular yang dinikmati oleh BN turun hingga tinggal sebanyak 50.6% berbanding populariti yang diperolehi oleh pembangkang sebanyak 49.6% - suatu jurang yang sangat nipis.

Berbagai teori telah dikeluarkan oleh para penganalisis politik tempatan mahupun luar negara. Ada yang menyalahkan antara satu sama lain terutamanya dalam parti-parti yang membentuk komponen BN. Yang paling perit apabila ahli-ahli dalam parti itu sendiri menyalahkan ahli-ahli partinya yang lain. Tidak terkecuali apabila penganalisis luar negara berpendapat bahawa zaman UMNO/BN akan berubah sebagaimana yang berlaku kepada Golkar di Indonesia mahupun LDP di Jepun. Tidak ada lagi mana-mana parti di dunia yang bakal berkuasa terlalu lama. Lebih hebat, apabila new-politics mula dibicarakan dengan pembentukan sebuah negara yang bercampur. Great Britain sebagai contohnya terpaksa melakukan apa yang dipanggil sebagai the hanging-parliament atau hung parliament. Negara jiran kita Indonesia kini terpaksa menubuhkan sebuah kerajaan campuran.

Fresh-politics atau "keremajaan politik" hendaklah dilakukan. Ramai yang menyatakan bahawa faktor Anwar Ibrahim adalah faktor utama kepada perubahan politik yang mula menjalar di Malaysia, terutamanya setelah beliau dibebaskan dari penjara dan seterusnya memenangi kerusi parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh Wan Azizah. Menjawat sebagai Ketua Pembangkang menggantikan isterinya adalah ultimatum Anwar kembali muncul dalam arena politik negara. Secara jujurnya, saya secara peribadi mengatakan "Tidak!" - Anwar bukanlah "suatu fenomena baru politik di Malaysia". Beliau hanyalah elemen yang muncul di mana fenomena "politik baru" dunia sedang berlaku.

Mungkin atas faktor ini, Tun Pak Lah terpaksa memikul bebannya. Ada yang menyalahkan keperibadian beliau sebagai faktor utama UMNO/BN memperolehi keputusan yang paling teruk dalam sejarah negara. Beliau dianggap sebagai terlalu lemah. Bukan lagi menjadi suatu rahsia, Tun M secara peribadi menganggap bahawa Tun Pak Lah menjadi liabiliti kepada UMNO/BN. Justeru, bagi melonjakkan kembali populariti UMNO dan seterusnya BN desakan demi desakan secara halus dan tersusun menghimpit Tun Pak Lah untuk meletakkan jawatan. Sebagai contoh, Datuk Mukhriz Mahathir pernah secara terbuka menghantar surat mendesak agar beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sabah Progressive Party, sebuah parti komponen ke-14 BN juga secara terbuka mendesak beliau untuk meletakkan jawatan dengan undi tidak percaya manakala barisan pembangkang juga turut pernah mengusulkan undi-tidak percaya dalam dewan parlimen tetapi ianya telah ditolak oleh Speaker dewan tersebut.

Mungkin atas desakan yang bertali arus itu maka Tun Pak Lah telah membuat suatu pengumuman perisytiharan peralihan kuasa pada 10 Julai 2008 dengan menjanjikan bahawa penguatkuasaan akan hanya berlaku pada Jun 2009. Di sinilah berlakunya apa yang saya secara peribadi sebut sebagai Sindrom M kali kedua - menjanjikan suatu tarikh hadapan bagi mempersiapkan dirinya untuk turun dan juga persiapan untuk penggantinya naik.

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menunggu sehingga Jun 2009 apabila surat perletakan jawatan Tun Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agung pada 2 April 2009 dan Datuk Seri Najib Tun Razak ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam keesokan harinya.

Sindrom M seterusnya menjadi begitu popular di kalangan pengamal politik yang sudah begitu lama menerajui mana-mana kepimpinan sesebuah parti mahupun kerajaan. Datuk Seri Samy Vellu adalah antara nama yang mengguna-pakai sindrom M dalam peralihan kuasa parti MIC. Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Presiden Gerakan juga diwar-warkan akan melakukan transisi kuasa selepas pilihanraya umum ke-13 nanti. MCA terkecuali dalam sindrom ini apabila peruntukan perlembagaannya menghadkan dua penggal sebagai tempoh masa memegang jawatan presiden.

Sebagaimana awalan tulisan ini, nampaknya Pehin Seri Taib Mahmud juga telah menjanjikan kepada kepimpinan utama negara untuk melakukan peralihan kuasa atau Sindrom M - apabila berjanji kepada Perdana Menteri dan Timbalannya untuk melepaskan jawatan selaku Ketua Menteri Sarawak dan seterusnya kerusi presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) setelah selesai pilihanraya negeri ke-10 nanti.

Rakyat Sarawak tidak perlu bimbang! Janji itu pasti terlaksana mengikut track-record yang pernah dibuat oleh mana-mana komponen BN terdahulu disebut di atas.

Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya berusaha keras untuk "meremajakan UMNO serta BN" dengan mengguna-pakai slogan "transformasi" sama ada di peringkat parti mahupun kerajaan.

Secara menyeluruh, saya mengatakan bahawa proses meremajakan parti serta kerajaan yang dilakukan oleh Najib Tun Razak adalah suatu usaha yang tepat dan kena pada masanya apabila fenomena politik dunia sedang bergerak pantas melakukan perubahan atas peta dunia. Lanskap politik dunia sedang mengalami perubahan.

Hanya sa-nya Democratic Action Party (DAP), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti KeAdilan Rakyat (PKR) pada masa ini gagal menunjukkan ketelusan dalam melakukan transformasi kepimpinan parti apabila masih lagi berdiam diri atau bisu tentang peralihan kuasa atau transisi kuasa dalam parti mereka.

Sedarkah kita bahawa pemimpin-pemimpin utama mereka seperti Karpal Singh, Lim Kit Siang, Haji Abdul Hadi Awang, Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sebenarnya adalah "pemimpin tua" apabila senarai nama mereka ini sebenarnya adalah sezaman dengan nama Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah pun selesai melakukan Sindrom M ke atas UMNO dan BN?

Mereka (pakatan pembangkang) lupa apabila menuding jari telunjuk kepada Taib Mahmud tetapi empat jari yang lain sedang menghala pada diri sendiri.

Archive #013

Muktamar PAS Kali ke-57; PAS dan barah yang dihidapinya PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Sunday, 05 June 2011 14:00
Oleh: GreenHood

Di dalam politik Malaysia, sifirnya adalah mudah. 'The race is about numbers. It's always about numbers!'. Jika anda memegang angka yang lebih, walaupun 1, maka anda dikira sebagai pemenang. Angka 2 dianggap menang berbanding 1. Begitulah juga yang berlaku dalam pemilihan jawatan nombor dua terpenting di dalam PAS, jawatan Timbalan Presiden.

Mat Sabu memperolehi 420 undi. Sudah pasti undi yang beliau perolehi adalah dari pengikut tegarnya atau dipanggil sebagai 'followers'. Manakala undi yang diperolehi oleh Tuan Ibrahim dan Nasharudin masing-masing adalah 399 dan 224. Persoalannya, adakah 'followers' Nasharudin yang selama tiga penggal bertahan kini berjaya dirampas oleh Tuan Ibrahim? Dari manakah Tuan Ibrahim memperolehi undi sebanyak 399?

Jika dicampurkan undi Tuan Ibrahim dan Nasharudin, maka ia berjumlah 623. Adakah keterlaluan jika disimpulkan menggunapakai 'sifir mudah' politik Malaysia bahawa sewajarnya ia berbunyi seperti yang berikut; 420 vs 623 ? Dan angka-angka ini jika diterjemahkan secara politik maka ia menjadi; profesional (420) vs ulama (623) ? Malangnya undi ulama terpecah kepada dua (399 & 224). Demikian itu memberikan kemenangan kepada Mat Sabu dengan perolehan undi 420.




Kehadiran Tuan Ibrahim pada saat akhir menimbulkan persoalan

Kehadiran Tuan Ibrahim pada saat akhir (kerana asalnya telah menolak sebarang pencalonan serta menolak untuk turut serta dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden walaupun mempunyai pencalonan yang mencukupi) menimbulkan kontroversi yang cukup hebat dalam sejarah pemilihan berbagai jawatan di dalam PAS. Alasan yang diberikan oleh beliau tidak kukuh. Katanya, pencalonan dari kawasan-kawasan kepada dirinya menyebabkan beliau terpaksa menerima amanat tersebut. Mengapa beliau? Sedangkan selain beliau terdapat beberapa nama yang turut mendapat pencalonan dan layak bertanding namun akhirnya menarik diri.

Dalam tulisan saya bertajuk Tuan Ibrahim Dipaksa Bertanding Jawatan Nombor 2?, perkara ini telah dibangkitkan. Dan di situ terdapat teori yang amat berkait-rapat dengan 'keterpaksaan' Tuan Ibrahim menawarkan diri. Ini dikuatkan dengan kempen MalaysiaKini menolak perpaduan atau kerjasama UMNO-PAS pada saat-saat akhir tempoh berkempen - menerbitkan nostalgia luka yang tidak menguntungkan Nasharudin. Dan nostalgia itu dipetik dari kata-kata Mursyidul Amnya, Nik Aziz sendiri. Ianya telah saya tulis di dalam 2 dalam 1 - Sindir UMNO, Sebat Nasharuddin.

Akhirnya, di dalam Nasharuddin Mat Isa & Pre-Persidangan Muktamar PAS Kali ke-57; suatu ulasan, saya sekali lagi menghuraikan mengapa Nasharudin bukanlah pilihan gerakan yang begitu agresif mahu menolak beliau (Nasharudin). Dengan menguatkan kempen 'kelangsungan perpaduan dan Nasharudin' yang menjadi mimpi umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia, akhirnya beliau kalah. Nasharudin dilihat terlalu hampir dengan kehendak umat Islam dan bangsa Melayu. Nasharudin dilihat 'terlalu hampir dengan UMNO'.

'Perpaduan', adalah perkara yang amat digeruni oleh pemimpin parti-parti pakatan. 'Perpaduan', adalah perkara yang ditolak sama sekali oleh kepimpinan utama parti-parti pakatan yang lain seperti Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Nik Aziz termasuk di dalam perikatan ini (Kit Siang-Anwar-Nik Aziz; menolak 'Perpaduan'). Mereka tidak mahu perpaduan. Mereka ada agenda yang lebih besar, iaitu agenda memenangi pilihanraya umum ke-13. Pada pandangan mata mereka, mereka boleh menang PRU ke-13 nanti. Jadi, apa perlunya 'Perpaduan'.

Demikian itu saya tidak mahu mengulas lanjut soal siapa yang bakal menang dan siapa pula yang bakal kalah di dalam tulisan Nasharuddin Mat Isa & Pre-Persidangan Muktamar PAS Kali ke-57; suatu ulasan tersebut. Kerana saya begitu yakin bahawa perpecahan golongan ulama bakal merugikan mereka sendiri (golongan ulama) dan akhirnya yang menang adalah selain dari golongan ulama tersebut. Ternyata, keta'akulan saya benar belaka. Mat Sabu dinobatkan menjadi juara bagi takhta kerusi 'Timbalan Presiden PAS'. Satu sejarah baru semenjak tahun '80-an. Golongan ulama jatuh terduduk dan digantikan dengan kumpulan baru. Kumpulan profesional atau bak kata Mat Sabu setelah kemenangannya adalah kumpulan 'aktivis' yang 'rapat dengan rakyat'. Kumpulan yang boleh memenangkan pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.


Kemenangan Mat Sabu adalah kejayaan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang

Kemenangan Mat Sabu adalah di mana PAS mengalami satu transformasi dari kejumudan memperjuangkan penubuhan sebuah negara Islam serta menegakkan undang-undang Islam (terutamanya hudud dan qisas) kepada agenda memenangi PRU-13 dan seterusnya menjadi kerajaan yang baru bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional yang lebih dari 50 tahun memerintah.

Menolak golongan ulama yang terlalu menjaga kaedah perjuangan agar tidak lari dari ajaran Islam serta akidah serta melembabkan proses menggantikan UMNO bagi mengepalai kerajaan baru nanti (sekiranya menang) adalah penting. Golongan ulama dilihat terlalu lembab dalam membuat keputusan. Golongan ulama terlalu lambat bertindak kerana adalah menjadi ajaran agama Islam bahawa 'matlamat tidak menghalalkan cara'. Sedangkan, dalam keadaan genting di mana PRU-13 bakal diumumkan pada bila-bila masa, adalah penting bagi PAS yang menjadi tunjang belakang pakatan pembangkang terutamanya dalam menarik pengundi-pengundi Melayu, untuk bertindak pantas tanpa terlebih dahulu merujuk kepada segala hukum-hakam yang boleh membantutkan usaha merampas kerajaan sedia-ada (BN). Demikian itu, mengubah syaf kepimpinan utama dari kumpulan ulama kepada kumpulan yang lebih profesional adalah perlu.


Mengekalkan hanya 1 atau 2 lambang ulama adalah memadai. Menjadi Mursyidul Am dan 'leader of spiritual' adalah memadai. Mengekalkan Presiden dari kumpulan ulama dan melebihkan barisan profesional bagi membuat keputusan bagi pihak Presiden adalah perlu. Justeru gagasan yang mahu dibawa oleh Anwar serta Kit Siang dalam memastikan agenda merampas Putrajaya adalah lengkap bilamana PAS kini dapat ditukar dari sebuah parti jumud kepada parti yang lebih bercita-cita besar iaitu menjadi kerajaan. Mat Sabu adalah jawapan kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Mat Sabu, tidak seperti Nasharudin, akan menghentak kepala Presiden untuk akur dalam mencapai cita-cita pakatan menuju ke Putrajaya. Mat Sabu tidak perlu merujuk kepada pakar-pakar agamawan seperti Nasharudin. Mat Sabu akan terus-terusan mendesak para agamawan dan ulama. Mat Sabu tidak keseorangan, Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar ada di sampingnya. Mereka semua adalah profesional yang bukan dalam kategori ulama.

PAS kini menunjukkan tembelangnya dengan mahu menjadi kerajaan yang baru bersama-sama Anwar dan Lim Kit Siang. Perjuangan menegakkan negara Islam dan perundangannya tiba-tiba hilang atau disenyapkan. 'Matlamat kini dihalalkan' dengan adanya barisan profesional - barisan yang melengkapkan agenda Anwar dan Lim Kit Siang.


Barah di dalam PAS adalah pertentangan antara ulama dan profesional

Sebagaimana UMNO dilabelkan menghadapi penyakit 'barah korupsi', PAS sebenarnya turut menghidap penyakit yang kronik. Penyakit dalaman PAS yang berjaya disembunyikan selama ini adalah pertentangan 2 aliran di dalamnya. Aliran ulama yang bertahan selama dua dekad dengan aliran profesional yang melanda parti tersebut terutamanya selepas Anwar dilucutkan keahliannya dari UMNO pada tahun 1998.

Golongan ulama kini semakin ketandusan. Baik di dalam mahupun di luar PAS - semakin sukar untuk memperolehi ulama yang tulin dan benar serta berminat untuk berjuang menegakkan syiar Islam sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh PAS dahulu.

Selain yang ada dan duduk di dalam Dewan Ulama serta Majlis Syura', di seluruh kawasan-kawasan (bahagian-bahagian) PAS satu Malaysia di kepalai oleh kumpulan selain ulama. Golongan ulama yang memimpin kawasan serta negeri terlalu sedikit dan jika ada pun, terdiri dari kelompok veteran yang masih mengekalkan jawatan mereka. Pesuruhjaya Negeri yang dilantik amat jarang kedapatan memenuhi kriteria sebagai ulama. Akibatnya, mereka yang dianggap profesional dilantik di negeri-negeri menjadi Pesuruhjaya. Mereka yang tidak berkelulusan agama dilantik di kawasan-kawasan (bahagian-bahagian) menjadi Yang Dipertua. Mereka menjadi dominan. Apabila gerakan aliran profesional ini menjadi besar maka apa yang terhasil adalah sebagaimana yang diterjemahkan di dalam Muktamar kali ke-57 kelmarin.

Kumpulan erdogan yang dikatakan membawa fahaman 'Anwarisna' hanyalah satu kumpulan 'opportunist' yang hinggap dalam kekalutan PAS menghadapi 2 aliran ini. Takkala aliran kedua mendapat tempat di dalam PAS, kumpulan erdogan ibarat parasit menyerapi kumpulan aliran kedua lantas menjuarainya.


Namun, sebagaimana yang pernah saya tulis di dalam Tuan Ibrahim Dipaksa Bertanding Jawatan Nombor 2? sudah menjadi satu tarbiyah kepada ahli-ahli serta pengikut PAS bahawa segala kepincangan yang berlaku di dalam PAS tidak boleh diwar-warkan kepada pihak ketiga terutamanya pihak luar kerana 'ulama adalah pewaris Nabi' dan menegur ulama adalah satu dosa yang amat berat dan sukar diampuni. Demikian itu, penyakit kronik arau barah dalaman PAS yang menjadi kudis kini tidak dapat dibendung dan akibatnya keputusan Muktamar menjelaskan segala-galanya. Ulama bukan lagi menjadi kuasa dominan yang menerajui PAS. Sebaliknya barisan jawatankuasa Pusatnya adalah dipenuhi oleh aliran kedua yang sama sepeti Timbalan Presiden serta Naib-Naib Presidennya.

Dalam PAS, hanya ada 1 ulama muktabar yang berkemungkinan akan menjadi 'spiritual leader' tanpa kuasa eksekutif sekiranya pakatan berjaya menjejakkan kakinya ke Putrajaya. Beliau, tidak lain dan tidak bukan adalah Mursyidul Amnya, Nik Aziz bin Nik Mat. Bahkan perkara ini pernah disebut oleh Anwar sendiri. Dan seluruh ulama yang lain hanya bakal memenuhi Majlis-Majlis serta Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri tanpa portfolio kabinet kerajaan. Hanya golongan profesional dalam PAS yang bakal dipinang oleh Anwar bagi memenuhi kerusi kabinet.

Archive #012

Nasharuddin Mat Isa & Pre-Persidangan Muktamar PAS Kali ke-57; suatu ulasan PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Thursday, 02 June 2011 21:18
Oleh: GreenHood

Saya telah dihubungi oleh sahabat-sahabat saya, Khairul dan Hazimin masing-masing dari Utusan Malaysia dan NST, setelah mengeluarkan dua artikel bertajuk:-

i. Tuan Ibrahim dipaksa bertanding jawatan nombor 2? di capaian http://kritis-online.com/index.php/editorial/34-politik/399-tuan-ibrahim-dipaksa-bertanding-jawatan-nombor-2 ; dan
ii. 2 dalam 1 - Sindir UMNO, sebat Nasharuddin di capaian http://kritis-online.com/index.php/editorial/34-politik/442-2-dalam-1-sindir-umno-sebat-nasharudin

Mereka bertanya adakah analisa yang saya lakukan kerana kecenderungan memilih Nasharuddin Mat Isa sebagai calon Timbalan Presiden PAS? Dan sama ada kecenderungan memilih Nasahruddin (mengikut tafsiran mereka setelah membaca kedua-dua artikel tersebut) kerana saya (dan juga rakan saya dari NST tersebut) pernah menjadi anak-murid kepada beliau sewaktu mengikuti kuliah pengajian undang-undang sarjana muda di Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia?

Saya katakan "Tidak!".



Dalam penulisan saya, seboleh-bolehnya saya mengekalkan kejujuran menilai dan membuat olahan supaya ia senang dibaca serta dinilai oleh para pembaca - berdasarkan sedikit maklumat yang diperolehi dan juga menilai dari keadaan politik semasa serta sejarahnya - bagi membuka ruang dimensi lain dari yang lain walaupun perspektif itu tidak popular.

Sebagai contoh, jika rakan-rakan wartawan yang lain berkata bahawa Nasharuddin adalah sebahagian dari plot Anwar sewaktu beliau (Nasharuddin) menaiki takhta nombor dua di dalam PAS, justeru menaikkan Nasharuddin ibarat memberi ruang kepada Anwar berkuasa secara 'ghaib' di dalam PAS - saya katakan pula bahawa Anwar juga merupakan sebahagian dari plot Mahathir sewaktu beliau (Anwar) menaiki takhta nombor dua di dalam UMNO. Adakah Mahathir dan Anwar kekal menjadi rakan-sekutu? Jawapannya pasti tidak. Dan Nasharuddin secara peribadi saya anggap bukan sebahagian dari kelompok erdogan yang membawa fahaman 'Anwarisna' kerana sifat beliau membelakangkan parti-parti pakatan yang lain terutamanya Anwar sendiri sewaktu mengadakan rundingan dengan beberapa pemimpin UMNO bagi mengadakan kerajaan perpaduan sejurus selepas Tsunami 2008. Perkara inilah yang membangkitkan kemarahan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang diketahui dikelilingi oleh pengikut sebenar 'Anwarisna' seperti Husam Musa dan Kamaruddin Jaafar.

Ada pula rakan penganalisa politik berpendapat bahawa Nasharuddin merupakan ancaman kepada UMNO kerana mengekalkan Nasharuddin ibarat memberi kekuatan kepada PAS dalam objektif PAS menjadi pengganti kepada UMNO dalam membela nasib bangsa Melayu. Justeru, dengan memberi sokongan kepada Mat Sabu, rakan-rakan penganalisa berpendapat PAS bakal mengalami 'kejutan budaya' atau 'culture-shock' yang akan membantutkan kemaraan mereka sebagai pengganti kepada UMNO dengan huru-hara yang bakal dibawa oleh Mat Sabu di dalam PAS. Saya katakan, jika benar Nasharuddin adalah simbol kekuatan PAS, mengapa Nik Aziz tidak berkenan dengan beliau yang dianggap sebagai 'terhegeh-hegeh' menghadap para pemimpin UMNO dalam rundingan membentuk kerajaan campuran? Adakah terlalu hebatnya Nasharuddin hingga membingungkan Mursyidul Am serta pemimpin-pemimpin parti pakatan yang lain terutamanya Anwar Ibrahim serta penyokong-penyokongnya yang duduk di dalam PAS dikenali sebagai erdogan membawa fahaman 'Anwarisna'?

Sebenarnya, apa yang dikhuatiri oleh Mursyidul Am PAS serta golongan-golongan pro-Anwar di dalam PAS adalah idea perpaduan serta kerjasama yang dibawa oleh Nasharuddin dalam menyatu-padukan bangsa Melayu serta penganut agama Islam yang menjadi consensus ad idem antara UMNO dan beliau. Mengenepikan agenda peribadi seperti kuasa dan takhta dengan meletakkan kepentingan bangsa serta agama di hadapan itulah sebenarnya kekuatan yang dimiliki oleh Nasharuddin yang menggerunkan bukannya Mursyidul Am PAS serta Ketua Umum PKR, tetapi rakan sekutu kuat mereka DAP. Mursyidul Am PAS serta Anwar Ibrahim hanya khuatir dengan ideologi perpaduan yang dibawa oleh Nasharuddin akan membuatkan DAP menyisihkan kerjasama di antara mereka justeru mimpi untuk bertapak di Putrajaya akan terbengkalai. Mudahnya, sementara Nik Aziz mahupun Anwar Ibrahim bermimpi untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13 nanti justeru memberikan mereka takhta dan kuasa, mereka hendaklah membelai serta menjaga hati sekutu kuat mereka DAP. Manakala Nasharuddin tidak bermimpi untuk memegang kuasa mahupun takhta tetapi mensasarkan objektifnya menguatkan bangsa Melayu dan agama Islam justeru melihat perpaduan di antara PAS dan UMNO khususnya dapat merealisasikan apa yang diimpikannya itu. Perlu diingat, bahawa gerakan yang dimulakan oleh Nasharuddin itu diketahui walaupun rahsia mendapat izin dari Presidennya Haji Hadi Awang. Nik Aziz pernah menyuarakan ketidak-puas-hati-annya kepada Haji Hadi Awang dan seterusnya mahu supaya Haji Hadi dipecat melalui mesyuarat agong khas namun akhirnya ia hanyalah menjadi suatu perhimpunan biasa yang melegakan ahli-ahlinya.

Namun, sebagaimana yang saya nyatakan dalam tulisan saya terdahulu di atas, menyisihkan Nasharuddin dari Hadi Awang akan melemahkan Hadi Awang justeru menguatkan lagi 'suara' Nik Aziz yang dilihat begitu 'simpati' terhadap Anwar. Manakala dengan simpati Nik Aziz tersebut, Anwar dapat memujuk DAP untuk terus bertahan dalam pakatan mereka.


Malangnya, DAP telah ke hadapan dengan mempersiagakan diri mereka. Mereka meletakkan calon favorite mereka di dalam PAS iaitu Nizar Jamaluddin serta di dalam DAP sendiri mereka berkempen kuat untuk mencari ahli-ahli Melayu kononnya mahu diletakkan sebagai calon pilihanraya nanti. Akhirnya, sistem kuota bagi meletakkan calon sewaktu pilihanraya akan dimenangi oleh DAP dan bilangan kerusi di dalam parlimen adalah penting sebagai faktor siapa paling berkuasa. Mudahnya, Anwar Ibrahim tidak mampu untuk mewujudkan 'kabinet bayangannya' kerana faktor ini. Tiada kesepakatan di dalam pakatan mereka apabila masing-masing mempunyai agenda peribadi sendiri.

Apa yang dilakukan oleh Nasharuddin Mat Isa sebenarnya adalah 'mimpi' semua umat Islam dan terutamanya bangsa Melayu. Adakah ini memberi makna bahawa Nasharuddin merupakan ejen kepada UMNO? Sejarah latar belakang Nasharuddin tidak memungkinkan beliau adalah ejen kepada UMNO tetapi jika mahu juga melabelkan beliau - adalah lebih mudah melabelkan Nasharuddin sebagai ejen kepada semua umat Islam dan bangsa Melayu yang terlalu inginkan perpaduan sesama umat dan bangsa. Idea tersebut dapat saya katakan diterima oleh sayap PAS terutamanya Dewan Pemuda, jika dibaca politik dalaman PAS secara teliti. Nasharuddin adalah seorang ulamak dan pada masa yang sama adalah seorang yang profesional. Beliau membawa kesederhanaan dalam kedua-dua bidang yang dikuasainya dengan gaya 'moderate'.

Esok, Muktamar bakal berlangsung dan pertandingan berbagai jawatan akan berlaku. Saya tidak mahu mengulas panjang siapa yang berkemungkinan menang dan siapa pula yang bakal berduka mengalami kekalahan. Apa pun, saya mengucapkan selamat bertanding kepada semua calon berbagai jawatan di dalam pertandingan nanti.

Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-57!

Archive #011

2 dalam 1 - Sindir UMNO, Sebat Nasharuddin PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Tuesday, 31 May 2011 02:38
Oleh: GreenHood

Apabila MalaysiaKini melaporkan berita '5 kali pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri' (http://www.malaysiakini.com/news/165493) saya berfikir bahawa kerancakkan kempen pemilihan berbagai jawatan dalam PAS menjelang Muktamar Tahunannya sedang berada di puncaknya.

MalaysiaKini dan HarakahDaily merupakan 'bible' yang menjadi panduan kepada ahli-ahli pakatan pembangkang - sebagaimana Utusan Malaysia dianggap kitab kepada ahli UMNO. Setiap penulisan yang dihidangkan oleh wartawan mahupun penulis jemputannya pasti sarat dengan maksud yang tersirat selain dari yang tersurat dibaca secara literal. Akhirnya, mesej yang terselit mahu disalurkan kepada para pembacanya tercapai - tidak kira pembacanya itu adalah seorang 'by-stander' yang 'apolitical' mahupun seorang ahli politik yang tercari-cari 'klu' sebelum membuat pilihan.

Memainkan 'isu perpaduan' sebagai tema dan dikaitkan pula dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Haji Nik Aziz bin Nik Mat apabila dimajukan soalan, MalaysiaKini ternyata punyai agenda tertentu.

Secara literal, ataupun tersurat, MalaysiaKini menyindir UMNO dan Barisan Nasional yang begitu terdesak mahu mencari 'perdamaian' dengan PAS, kononnya atas nama perpaduan Melayu dan semangat mahu memartabatkan agama Islam yang kini digambarkan sebagai berpecah belah. Sebaliknya, menjadi adiwira kepada PAS, Nik Aziz bin Nik Mat tidak berganjak dengan keputusannya untuk tidak terjerat dengan permainan politik UMNO yang disifatkan oleh beliau sebagai 'meroyan bagi mengekalkan kuasa' - walaupun 5 kali beliau dipujuk dan kononnya 3 jawatan dalam kementerian bakal diberi sebagai laba andainya 'kerajaan perpaduan' dapat dibentuk di antara UMNO/BN dan PAS.

Sebaliknya, apa yang tersirat di sebalik laporan MalaysiaKini adalah pemilihan jawatan kedua tertinggi PAS iaitu jawatan Timbalan Presiden  yang kini disandang oleh Nasharuddin Mat Isa bakal dicabar oleh dua orang yang lain - Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ironinya, di antara ketiga-tiga nama (Nasharuddin, Mat Sabu dan Tuan Ibrahim) tersebut hanya ada satu nama yang terkait rapat dengan 'urusan rundingan kerajaan perpaduan' seawal Tsunami 2008 melanda politik negara yang memperlihatkan Nik Aziz begitu marah sekali. Nama itu tidak lain dan tidak bukan adalah nama penyandang jawatan Timbalan Presiden PAS - Nasharuddin Mat Isa.

Adakah suatu yang tidak disengajakan oleh MalaysiaKini dalam melaporkan berita mengenai insiden pujukan kepada kerajaan perpaduan yang diusahakan oleh UMNO/BN dengan Mursyidul Am PAS itu? Terutama dalam kemuncak kempen pemilihan berbagai jawatan termasuk kerusi nombor dua tertinggi itu?

Nik Aziz telah dianggap sebagai adiwira PAS menyelamatkan parti itu dari jatuh ke dalam perangkap UMNO, sebaliknya pihak yang pernah dianggap 'terhegeh-hegeh' pergi melakukan rundingan bersama UMNO adalah petualang yang tidak layak menduduki kerusi nombor dua.

MalaysiaKini ternyata bijak dalam menyelitkan mesejnya untuk disampaikan kepada ahli-ahli PAS sewaktu kempen sedang rancak berjalan. Dan perlu juga diingat bahawa MalaysiaKini merupakan portal yang dikaitkan dengan komponen-komponen pakatan pembangkang lain terutamanya PKR dan DAP.

Secara peribadi saya beranggapan bahawa Nasharuddin Mat Isa bukan sahaja tidak diminati oleh Nik Aziz Nik Mat sebagaimana tulisan saya dalam 'Tuan Ibrahim Dipaksa Bertanding Jawatan Nombor 2?' (http://kritis-online.com/index.php/editorial/34-politik/399-tuan-ibrahim-dipaksa-bertanding-jawatan-nombor-2), bahkan beliau juga ditolak oleh rakan-rakan pakatan pembangkang yang lain.

Sewaktu MalaysiaKini melalui kenyataan Nik Aziz Nik Mat menyindir akan mimpi UMNO/BN untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, Nasharuddin Mat Isa dalam diam telah disebatnya!