Oleh: GreenHood BERSIH 2.0 adalah sequel kepada Bersih 2007 - tetap mengenengahkan Ambiga Sreenevasan sebagai pengerusinya dan membawa mesej yang sama iaitu (1) semakan daftar pemilih yang telus dan jelas terhadap individu yang terdaftar (2) memansuhkan sistem undian pos yang didakwanya tidak telus dan tidak adil atas faktor kecenderungan berat menyebelahi kerajaan sedia ada (3) menggunakan dakwal kekal bagi mengelakkan pengundian berganda dan (4) membuka ruang media perdana yang luas kepada pembangkang bagi keadilan dalam berkempen. Adakah apa-apa tuntutan yang baru dalam sequel 2011? Setakat penulisan ini dibuat, belum dikeluarkan sebarang tuntutan yang baru. Secara peribadi, apa yang kelihatan baru dalam kempen BERSIH 2.0, bagi saya, adalah gimmick pelancaran kempen dengan PAS mendominasi apabila mengusulkan, membahaskan dan akhirnya diluluskan oleh sidang jemaah perwakilan Muktamar PAS kali ke-57 mereka pada 3-5hb Jun 2011 yang lalu. Sasarannya juga mengalami evolusi dengan penambahan 300,00 berbanding 100,00 peserta yang disasarkan pada tahun 2007. Mohammad Sabu yang pernah menjadi salah seorang jawatankuasa sekretariat BERSIH 2007 sekali lagi menunjukkan taringnya apabila memberi jaminan sasaran 300,000 tersebut datangnya dari ahli-ahli atau para penyokong PAS per se - justeru, jika digabungkan dengan penglibatan ahli-ahli atau para penyokong parti yang membentuk pakatan seperti PKR dan DAP, saya jangkakan jumlahnya sudah pasti tidak kurang dari 500,000. BERSIH '07 berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu tanggal 10hb November 2007 walaupun mendapat halangan hebat dari pihak kerajaan yang menggunakan jentera penguatkuasa seperti polis dan pasukan simpanan persekutuan (F.R.U.) dalam menghalang kemaraan rakyat ketika itu. Tidak kurang 10,000 dan sesetengah laporan dari media massa dan pemerhati politik menganggarkan antara 40,000 ke 50,000 manusia berjaya dihimpunkan dan mara ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum 4 perkara sebagaimana dinyatakan terdahulu. Kejayaan BERSIH '07 yang sebenar hanyalah muncul 4 bulan kemudiannya apabila gelombang kemaraan rakyat tersebut diterjemahkan dalam bentuk undian dan Tsunami 2008 adalah jawapannya. 4 buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor lucut dari genggaman Barisan Nasional (BN) selain Kelantan yang tetap erat digenggam oleh PAS. INILAH SEBENARNYA MOTIF BAGI KEMPEN BERSIH 2.0 - mewujudkan 'satu gempa bumi' bagi menghasilkan 'gelombang tsunami' dalam kehangatan umum memperkatakan tentang pilihanraya umum ke-13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa dengan harapan tsunami kali ini akan mewujudkan 'kebinasaan' yang lebih besar kepada BN. Ianya tidak lebih dari sekadar 'permainan politik' semata-mata! Jadi, apa perlunya sebuk dengan tuntutan-tuntutan tertentu walaupun sebahagian dari tuntutan tersebut telah pun dilaksanakan oleh kerajaan terutama apabila Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah bersetuju untuk memansuhkan undian secara pos dan kuasa pendaftaran pemilih baru serta semakan yang lebih adil dan telus diberikan tidak terhad kepada SPR sahaja bahkan kepada parti-parti yang berdaftar tidak kira parti tersebut adalah parti yang membentuk kerajaan mahupun pembangkang. Setakat perangkaan pendaftaran pemilih baru berakhir pada 31hb Disember 2010, DAP menunjukkan angka tertinggi berbanding parti-parti yang lain dalam mendaftarkan pemilih. Dalam pasca dunia tanpa sempadan dan hanya dihubungkan dengan satu 'klik' di hujung jari, internet dan medium saiber menjadi lebih popular daripada media prima. Tsunami 2008menjadi bukti bahawa 'peperangan di alam saiber' adalah lebih popular daripada media prima seperti akhbar, televisyen dan radio. Tanpa media prima sekalipun mereka (pembangkang) telah berjaya menundukkan 4 buah negeri di samping mengekalkan satu yang sedia ada. Apa yang lebih ironis, Ambiga sendiri pernah membawa angkatan 'Bersih'nya dan 'menyerang' pejabat SPR dalam satu lawatan mengejut dan berita tentang perkara ini telah di highlight kan oleh rangkaian-rangkaian televisyen prima seperti RTM, TV3 dan ASTRO. Mereka mempertikaikan soal ketelusan SPR menjalankan proses demokrasi iaitu pilihanraya. Ambiga dalam lawatannya kelihatan terperangkap apabila wakil SPR mahu penjelasan bagaimana 4 buah negeri termasuk negeri Selangor yang dianggap begitu penting sekali dibiarkan oleh SPR diambil oleh pakatan pembangkang jika benar SPR dan kerajaan BN tidak telus dalam menjalankan proses pilihanraya umum ke-12 yang lalu? Dan yang paling terpukul adalah bilamana Ambiga sebagai bekas Presiden kepada Majlis Peguam gagal memahami proses serta prosedur pindaan perlembagaan yang memerlukan 2/3 undi dari dewan parlimen bagi membenarkan pendaftaran secara otomatis oleh pengundi baru. Jadi, adakah terdapat apa-apa yang baru antara BERSIH '07 dan sequel 2.0 ini yang memerlukan mereka mengajak rakyat melakukan satu demonstrasi besar-besaran atau hanya mahu melakukan satu gimmick politik bagi mendapatkan mileage dalam mewujudkan satu momentum bagi menghadapi pilihanraya ke-13 nanti? |
No comments:
Post a Comment