Blog Archive

Monday, August 29, 2011

MAT SABU SILA LETAK JAWATAN KERANA TIDAK MEMPERCAYAI DEMOKRASI



Mat Sabu kata, antara lain, menggambarkan seolah-olah "komunis adalah 'hero' manakala British adalah 'penjahat' " - saya kira, teori yang diguna-pakai sangatlah mudah - British adalah penjajah, menyerang British sama seperti cubaan membebaskan Semenanjung Tanah Melayu dari penjajahan.


Tambah Mat Sabu, antara lain menggambarkan seolah-olah "Mat Indera yang mempercayai ideologi komunisme adalah hero yang cuba membebaskan Semenanjung Tanah Melayu dari cengkaman British. Manakala para pegawai British adalah pengkhianat termasuklah Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman".


Kalau ikut akal-mantik, teori Mat Sabu ada kebenarannya.


Ada lagi.. Perang Dunia ke-II sudah berakhir, apa yang tinggal adalah "perang dingin dua blok dunia yang membawa fahaman demokrasi dan fahaman komunisme" - itulah hakikatnya.


Jika Mat Indera menang, fahaman yang dibawanya adalah 'komunisme'. Malangnya Mat Indera kalah. Komunis tidak berjaya menguasai Semenanjung Tanah Melayu sebaliknya Tunku Abdul Rahman berjaya perolehi kemerdekaan dan proses demokrasi berjalan dan subur di Malaysia.


Jika Mat Sabu tidak mahu terima hakikat ini yang menjadi FAKTA SEJARAH, Mat Sabu hendaklah dengan KADAR SEGERA meletakkan jawatannya sebagai TIMBALAN PRESIDEN PAS yang dipilih secara demokrasi.


Saya ulang, DEMOKRASI!


Kepada seluruh rakyat Malaysia yang bijak menilai, SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE-54.


 

Thursday, August 18, 2011

Archive #22

Siapa GESTAPO? JAIS, JAIJ atau pendukung parti ekstrimis? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Thursday, 18 August 2011 23:06


Oleh: GreenHood


Perkara ini saya lihat bermula dari lintas langsung ‘twitter’ kepunyaan YB ADUN Seri Setia, Nik Nazmi yang mempromosikan berita dari laman portal
www.nusajayakini.com bertajuk “Gara-gara BERSIH 2.0, Imam masjid bertauliah digantung tugas” bertarikh 13hb Ogos, 2011 - antara lain memberitakan perihal seorang imam masjid Kampung Ladang, Gelang Patah, Johor yang menerima surat penggantungan tugas sebagai imam 1 masjid tersebut – dikhabarkan kononnya gara-gara beliau (imam tersebut) antara 1,200 orang yang ditangkap  terlibat dalam demonstrasi Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011 yang lalu di sekitar ibu-kota Kuala Lumpur.

Awalnya, saya tidak begitu mempedulikan berita tersebut hinggalah siri-siri ‘mensensasikan’ peristiwa penggantungan imam tersebut menjadi satu siri ‘serangan politik’  yang ternyata dilihat bermotifkan cubaan untuk menjatuhkan imej Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) - lebih teruk lagi, nama Mufti Besar Negeri Johor, Dato’ Nooh Gadut selaku Penasihat kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) turut dibabitkan bukan sahaja oleh portal kecil seperti PSPB (Himpunan berita politik Pakatan rakyat; pautan
http://paspb2.blogspot.com), bahkan menjadi antara satu berita sensasi dalam laman portal terkemuka http://malaysiakini.com (dengan tajuk “Imam: Sermons not real reason for suspension”).

Sejujurnya, semua berita di atas (penggantungan imam – penglibatan JAIJ – Bersih 2.0) saya kesan apabila berita mengenai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan siasatan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) serta 12 umat Islam yang disyaki terlibat dalam usaha pemurtadan mereka didedahkan dan menjadi berita paling kontroversi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini - apatah lagi bilamana ianya turut dicampurtangan oleh PAS Pusat yang mahukan justifikasi dari JAIS atas siasatan mereka (JAIS) itu bagi meredakan kemarahan terutamanya parti komponen mereka, DAP.

Seolah-olah, dalam usaha untuk menutupi ‘bangkai gajah’ yang besar (isu JAIS-DUMC-murtad), mengalihkan perhatian umum kepada JAIJ dan Nooh Gadut adalah penting bagi kelangsungan atau ‘survival’ politik pakatan pembangkang – boleh jadi sahaja ianya atas kesedaran bahawa isu JAIS-DUMC-murtad adalah tidak menguntungkan politik mereka.

SAMA TAPI TAK SERUPA

Ironisnya, di satu kawasan terpencil dalam negeri Selangor, satu kes ‘penggantungan seorang imam’ oleh nazir masjid (bersama ahli-ahli jawatankuasanya) menjadi satu modus operandi kawasan yang dikuasai oleh PAS (ADUN-nya adalah dari PAS manakala parlimennya adalah dari PKR dan sebagaimana yang kita ketahui, Selangor adalah kerajaan negeri pakatan) hanya kerana imam tersebut ‘
membacakan khutbah Jumaat serta tazkirah yang menyeru seluruh umat Islam ke arah bersatu-padu dan menolak ekstrimis seperti huru-hara serta perarakan jalanan serta mengajak ummah semua menjaga keamanan dan kemerdekaan negara’.

Unprecedented case
di Selangor yang berlaku lebih awal ini (peristiwa khutbah berlaku pada 15hb Julai, 2011 dan rombongan nazir masjid hadir ke kediaman imam tersebut bagi untuk memberitahu ‘penggantungannya’ adalah pada hari ke-2 Ramadhan ) walau bagaimanapun tidak digembar-gemburkan.

Apa pun,
http://kritis-online.com berjaya mendapatkan klip video pertemuan penduduk kampung yang hadir ke rumah imam tersebut bagi mendapatkan penjelasan serta memberi sokongan moral kepadanya. Sebahagian dari klip video tersebut adalah seperti yang dipertontonkan di bawah ini untuk penilaian seluruh pembaca.

Saksikan!



Wednesday, August 17, 2011

Bad Omen in Ramadhan?


Oleh: GreenHood

Saya bercadang untuk ‘berehat’ dari menulis dalam bulan suci Ramadhan al’mubarak terutama menulis berkaitan isu politik negara setelah posting terakhir saya “Sinis Malaysia – Marhaban Ya Ramadhan” ; namun, saya gagal ‘menahan nafsu’ menulis saya terutama setelah beberapa insiden yang amat penting dalam era politik moden Malaysia berlaku.


JAIS-DUMC-MURTAD

Pertama; sebagaimana Malaysia gempar dengan isu ‘serangan’ JAIS (setidak-tidaknya itu yang digambarkan oleh pakatan pembangkang dan pengikut mereka) terhadap Damansara Utama Methodist Church (DUMC), ianya menjadi satu lagi titik pembaharuan dimensi politik negara apabila PAS mengecam tindakan JAIS dalam menyatakan pendirian mereka menyokong parti komponen pakatan – khususnya DAP.

Dalam konteks ini, PAS tidak perlu vokal dalam menyatakan sokongan namun keperihatinan mereka melahirkan perasaan tidak puas hati dan kesal dengan tindakan JAIS sebagaimana yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (dengan meminta maaf secara terbuka kepada DUMC sebelum siasatan rapi dilakukan) sudah memadai. Niat PAS untuk ‘bersemuka’ dengan JAIS walau bagaimanapun terhalang dengan campurtangan DYMM Sultan Selangor yang mahukan JAIS menyiapkan laporan siasatan mereka dan diserahkan kepada baginda Tuanku.

Tindakan baginda Tuanku sememangnya tepat dan kena pada masanya selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor yang berpengaruh besar dalam seluruh agensi keagamaan termasuklah JAIS. Tindakan ini adalah tindakan apolitical berbanding tindakan PAS yang mahu melakukan ‘political-show-off’ atau ‘a champion’ setidak-tidaknya dalam merancang pertemuan dengan JAIS seolah-olah PAS Pusat adalah badan kerajaan yang mahu melakukan ‘sport-check’ terhadap agensi mereka sendiri.

Apa pun, peristiwa JAIS-DUMC memperlihatkan perpecahan pendapat dan sokongan dalaman PAS sendiri terutama Naib Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Khalid Samad dengan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Dr. Hasan Ali. Selanjutnya, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, ustaz Nasruddin Tantawi juga dilihat cenderung menyokong Dr. Hasan Ali dan JAIS berbanding Khalid Samad yang ternyata mendapat sokongan PAS Pusat termasuklah Setiausaha Agungnya, YB Mahfuz Ali. Mursyidul Am PAS, YAB Dato’ Seri Nik Aziz Nik Mat walau bagaimanapun mengambil pendekatan selamat dengan tidak mahu campur tangan urusan negeri Selangor.

Kita tidak perlu berfikir panjang, sudah pasti peristiwa ini menjadi satu bonus kepada UMNO dan BN untuk menghentam kepincangan pakatan tersebut termasuklah isu sensitif yang menyentuh perihal agama iaitu ‘isu murtad’. Mereka (UMNO-BN) akan menggunakan apa juga kepincangan dalam meraih keyakinan pengundi terhadap mereka berbanding pakatan terutamanya PAS.

Dalam konteks ini, saya secara peribadi berpendapat aliran pengaruh pengundi Melayu-muslim memihak kepada UMNO-BN sedangkan aliran pengaruh bukan Melayu terarah kepada PAS.

BERSIH 2.0 - SPR - PEMUTIHAN PATI

Kedua; Malaysia juga turut digegarkan dengan isu PATI yang mahu diputihkan oleh kerajaan dengan pengambilan sebagai warganegara namun polisi kerajaan ini dilihat oleh pakatan sebagai satu ancaman dengan membuat andaian bahawa kewarganegaraan baru mahupun pemutihan PATI akan memberikan keuntungan kepada BN justeru skandal ‘Mismah-gate’ diwujudkan bagi memberikan gambaran bahawa kerajaan BN begitu terdesak dalam mencari undi baru bagi memenangi pilihanraya ke-13 nanti.

Isu ini sesungguhnya isu yang sememang dinanti-nantikan oleh pakatan pembangkang terutama setelah perhimpunan haram Bersih 2.0 gagal mencapai matlamatnya pada 9 Julai yang lalu. Apa yang pakatan perlu lakukan adalah mencari kesinambungan bagi menghidupkan momentum Bersih 2.0 dan proses pemutihan PATI seolah-olah ‘baja kepada tanam-tanaman yang hampir layu’ - seolah-olah mendapat nafas baru, pemutihan PATI dijadikan motif untuk Bersih yang diketuai oleh Dato’ Ambiga terus mendesak SPR dan kerajaan dan akhirnya, YAB Perdana Menteri Malaysia akur dengan desakan ini dengan menjanjikan penubuhan jawatankuasa bebas penilaian mengundi yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari yang lalu. Adakah dengan akur kepada kehendak mereka (pembangkang) Datuk Seri Najib akan memperolehi populariti seperti yang diingini olehnya? 

Jujur saya berpendapat bahawa keakuran beliau itu hanyalah menunjukkan sifat lemah yang bakal dimanipulasi oleh pembangkang bagi menekan agar beliau turun dari takhtanya dan tidak layak mendapat tempat di sisi UMNO-BN. Dalam kehangatan politik dalaman UMNO yang kuat arusnya mempertikaikan kredibiliti dan kewibawaan Najib memimpin, percayalah, pembangkang akan memanipulasikannya dan pada masa yang sama tetap akan memburukkan kerajaan sedia ada hinggalah Putrajaya jatuh ke tangan mereka.

MAS - AIRASIA

Ketiga; isu ekonomi juga menjadi perhatian rakyat Malaysia. Saya tidak mahu menyentuh perihal harga barang yang tidak akan turun melainkan naik dan naik dan naik lagi - namun seperti rakyat yang lain, rundingan MAS dan AirAsia menjadi antara perbualan hangat di dalam ofis, di kedai kopi, di pasar Ramadhan mahupun di dalam surau dan masjid.

Khazanah yang bersetuju untuk melupuskan 20% saham MAS kepada AirAsia adalah dilihat sebagai satu lagi langkah ‘merger’ yang terkenal suatu ketika dahulu berlaku dalam institusi perbankan. Rasional pertukaran saham MAS dan AirAsia antara satu sama lain mungkin boleh difahami tetapi melibatkan kepentingan aset Melayu terutamanya kepada syarikat bukan 100% Melayu seringkali menjadi topik yang sensitif dan memberi kesan negatif secara politik.

A corporate decision is always benefits to the players’ – dalam konteks ini, sebagai pemegang amanah (stake-holder) Melayu, pemberian saham MAS kepada syarikat bukan Melayu bukanlah suatu yang menguntungkan secara politik langsung walaupun perjanjian kononnya menyebut ianya akan diganti oleh jumlah yang sama di dalam AirAsia serta AirAsia-X (10%+10%). MAS semenjak zaman Tan Sri Tajuddin Ramli lagi bukanlah sebuah syarikat konglomerat yang menjadi ‘player’ sebaliknya hanyalah memenuhi tuntutan sebuah negara dalam mewujudkan sistem pengangkutan udara. Apa yang tidak difahami adalah mengapa MAS mengalami kerugian yang amat besar sedangkan ia wajar pada kedudukan ‘par’ tanpa keuntungan yang besar dan itu sudah memadai untuk dianggap baik.

Kewujudan AirAsia yang suatu ketika dahulu kononnya dianggap sebagai sistem sokongan pengangkutan udara negara dengan perkhidmatan alternatif kepada rakyat kini tidak lebih dari ‘player’ yang ‘menelan induk’ negara. Adakah ia boleh memajukan MAS dengan saingan sebegini? Kerajaan perlu fikir lebih lagi sebelum membenarkan Khazanah melakukan eksesais tersebut.

Mungkin tidak seteruk zaman ‘merger’ sistem perbankan negara yang melibatkan ratusan ribu pekerja yang akhirnya menentang kerajaan sedia ada, MAS mungkin mempunyai tidak lebih dari ¼ dari jumlah pekerja sektor perbankan yang terlibat dalam eksesais itu justeru kerajaan menganggap ianya kecil dan tidak mungkin akan dapat menjadi faktor penyumbang kepada kekalahan dalam pilihanraya akan datang.

Selain dari 3 perkara di atas, banyak lagi yang mahu saya nyatakan seperti isu bacaan ayat suci Al-Quran dilarang dari mengguna-pakai sistem pembesar suara dan sebagainya. Mungkin dalam coretan yang akan datang.



Persoalan yang saya mahu lontarkan dari keseluruhan celoteh saya di atas adalah;


Adakah UMNO-BN benar-benar telah bersedia untuk menghadapi PRU-13 pada tahun ini?”

Tuesday, August 16, 2011

Archive #21

Sinis Malaysia - Marhaban Ya Ramadhan! PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Sunday, 31 July 2011 19:54
Saya membaca tweet seorang rakan.. guraunya bertulis, "syaitan dan iblis akan di I.S.A kan menjelang hadirnya bulan Ramadhan". Saya tersenyum.
Petang tadi sewaktu minum petang di sebuah kedai mamak di sekitar Seri Kembangan, saya membuka jenaka rakan saya dalam twitter terdahulu di atas kepada seorang lagi sahabat saya. Dia ketawa besar. Kemudian kami merapu panjang. Antara dialog kami adalah seperti yang berikut :-

Saya : Tapi I.S.A tu ada orang kata 'draconian law'. Sama dengan beberapa perundangan yang lain termasuk 'Emergency Ordinance'. Maknanya, Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Penyayang juga tidak memberi pengecualian. Biar pun iblis dan syaitan serta rakan-rakan sekutunya membantah 'such a draconian law'.
Sahabat: Sudah pasti. Cuba kamu bayangkan, 'sahabat-sahabat' iblis dan syaitan yang sanggup bersekutu demi menumbangkan UMNO akan bermati-matian mempertahankan 'sahabat' mereka si iblis dan syaitan yang direjam!
Saya : Isk isk isk... Tak dapat hendak ku bayangkan! Jangan sampai mereka melakukan demonstrasi besar-besaran semata-mata mahu membebaskan syaitan dan iblis dari tahanan sudahlah!
Saya dan sahabat : ketawa lagi.

Kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya, selamat menyambut kehadiran Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan. Selamat melakukan amal ibadah kelaziman umat Islam seperti berpuasa dan solat terawih serta amalan-amalan lain yang diberkati.
Marhaban ya Ramadhan!