Blog Archive

Thursday, August 18, 2011

Archive #22

Siapa GESTAPO? JAIS, JAIJ atau pendukung parti ekstrimis? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Thursday, 18 August 2011 23:06


Oleh: GreenHood


Perkara ini saya lihat bermula dari lintas langsung ‘twitter’ kepunyaan YB ADUN Seri Setia, Nik Nazmi yang mempromosikan berita dari laman portal
www.nusajayakini.com bertajuk “Gara-gara BERSIH 2.0, Imam masjid bertauliah digantung tugas” bertarikh 13hb Ogos, 2011 - antara lain memberitakan perihal seorang imam masjid Kampung Ladang, Gelang Patah, Johor yang menerima surat penggantungan tugas sebagai imam 1 masjid tersebut – dikhabarkan kononnya gara-gara beliau (imam tersebut) antara 1,200 orang yang ditangkap  terlibat dalam demonstrasi Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011 yang lalu di sekitar ibu-kota Kuala Lumpur.

Awalnya, saya tidak begitu mempedulikan berita tersebut hinggalah siri-siri ‘mensensasikan’ peristiwa penggantungan imam tersebut menjadi satu siri ‘serangan politik’  yang ternyata dilihat bermotifkan cubaan untuk menjatuhkan imej Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) - lebih teruk lagi, nama Mufti Besar Negeri Johor, Dato’ Nooh Gadut selaku Penasihat kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) turut dibabitkan bukan sahaja oleh portal kecil seperti PSPB (Himpunan berita politik Pakatan rakyat; pautan
http://paspb2.blogspot.com), bahkan menjadi antara satu berita sensasi dalam laman portal terkemuka http://malaysiakini.com (dengan tajuk “Imam: Sermons not real reason for suspension”).

Sejujurnya, semua berita di atas (penggantungan imam – penglibatan JAIJ – Bersih 2.0) saya kesan apabila berita mengenai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan siasatan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) serta 12 umat Islam yang disyaki terlibat dalam usaha pemurtadan mereka didedahkan dan menjadi berita paling kontroversi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini - apatah lagi bilamana ianya turut dicampurtangan oleh PAS Pusat yang mahukan justifikasi dari JAIS atas siasatan mereka (JAIS) itu bagi meredakan kemarahan terutamanya parti komponen mereka, DAP.

Seolah-olah, dalam usaha untuk menutupi ‘bangkai gajah’ yang besar (isu JAIS-DUMC-murtad), mengalihkan perhatian umum kepada JAIJ dan Nooh Gadut adalah penting bagi kelangsungan atau ‘survival’ politik pakatan pembangkang – boleh jadi sahaja ianya atas kesedaran bahawa isu JAIS-DUMC-murtad adalah tidak menguntungkan politik mereka.

SAMA TAPI TAK SERUPA

Ironisnya, di satu kawasan terpencil dalam negeri Selangor, satu kes ‘penggantungan seorang imam’ oleh nazir masjid (bersama ahli-ahli jawatankuasanya) menjadi satu modus operandi kawasan yang dikuasai oleh PAS (ADUN-nya adalah dari PAS manakala parlimennya adalah dari PKR dan sebagaimana yang kita ketahui, Selangor adalah kerajaan negeri pakatan) hanya kerana imam tersebut ‘
membacakan khutbah Jumaat serta tazkirah yang menyeru seluruh umat Islam ke arah bersatu-padu dan menolak ekstrimis seperti huru-hara serta perarakan jalanan serta mengajak ummah semua menjaga keamanan dan kemerdekaan negara’.

Unprecedented case
di Selangor yang berlaku lebih awal ini (peristiwa khutbah berlaku pada 15hb Julai, 2011 dan rombongan nazir masjid hadir ke kediaman imam tersebut bagi untuk memberitahu ‘penggantungannya’ adalah pada hari ke-2 Ramadhan ) walau bagaimanapun tidak digembar-gemburkan.

Apa pun,
http://kritis-online.com berjaya mendapatkan klip video pertemuan penduduk kampung yang hadir ke rumah imam tersebut bagi mendapatkan penjelasan serta memberi sokongan moral kepadanya. Sebahagian dari klip video tersebut adalah seperti yang dipertontonkan di bawah ini untuk penilaian seluruh pembaca.

Saksikan!



No comments:

Post a Comment