Apabila Akta Perubatan 1971 diluluskan, maka Majlis Perubatan Malaysia (MPM) ditubuhkan bagi mengawal-selia para pengamal perubatan di negara kita. Adakah ianya bersifat menindas? Tidak memberi kebebasan atau ruang kepada ahlinya dalam menjalankan tugas harian mereka selaku pengamal?
Begitu juga bilamana Akta Profesyen Undang-Undang 1976 diluluskan, maka tertubuhkan Majlis Peguam Malaysia bagi mengawal-selia dan menjaga para ahlinya - adakah majlis ini turut dihalang kebebasan mereka dari bersuara? dari mengamalkan apa yang didewakan sebagai 'hak demokrasi' mereka? Majlis Peguam? Anda mungkin senyum simpul jika pun tidak ketawa terguling-guling.
Beberapa siri kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Dato' Muhammad Abdul Ghani berkaitan permohonan semakan fasal 17 Akta Veteran 2011 yang baru selesai diluluskan oleh Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua 4 Oktober 2011 yang lalu benar-benar 'tidak mencerminkan' kenyataan dari seorang bekas senator dua penggal yang menduduki kerusi senator atas tiket bekas perajurit negara.
Apatah lagi alasan-alasan yang tidak konkrit seperti 'hak kebebasan bersuara' yang bakal disekat dan ketidak-wajaran pendaftaran di bawah Pendaftar Persatuan (ROS) bakal dibatalkan sebaliknya memberi kuasa kepada Majlis Veteran untuk memberi kelulusan.
Lebih lucu apabila, 'loose cannon' Muhammad Ghani adalah seterunya Mohd Ali Haji Baharom atau 'Ali Tinju', Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang bermati-matian menyokong rang undang-undang tersebut sewaktu pembentangan kali pertama di Dewan Rakyat pada sidang parlimen yang lalu - namun kini sudah berpusing 360 darjah menentangnya. Ada apa dengan 'Ali Tinju' dan Mad Ghani?
Sewaktu Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia berhempas pulas mahu mendapatkan pengiktirafan sebagaimana MPM, veteran-veteran tentera Malaysia mendapat pengiktirafan dengan penggubalan dan penguatkuasaan akta sendiri serta dapat pula menubuhkan Majlis Veteran, duo Presiden PBTM dan Presiden PVTM mempunyai agenda lain dalam menentang akta tersebut terutama dengan mengguna-pakai alasan fasal 17 - yang saya secara peribadi merasakan amat 'pelik bin ajaib' sekali!
No comments:
Post a Comment