Blog Archive

Monday, October 10, 2011

Archive #31

Akta Veteran 2011 - Kenyataan Media Naib Presiden PBTM, Kapten (B) Shaharuddin Hj Omar PDF Print E-mail
Written by admin   
Monday, 10 October 2011 19:33

Kenyataan Media Naib Presiden, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Kapten (B) Sharuddin Haji Omar Pada 6 Oktober 2011, Kuala Lumpur

1. Saya menyangkal kenyataan dan pendapat persendirian Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani yang mendakwa kebimbangan pihak-pihak tertentu bahawa Akta Veteran (2011) akan memansuhkan semua persatuan bekas tentera dan mengekang kebebasan bersuara bekas tentera adalah tidak berasas kerana semua persatuan bekas tentera diberi masa tiga bulan untuk mendaftarkan persatuan mereka di bawah Majlis  Veteran dan boleh terus berpersatuan seperti biasa dan masih boleh mengemukakan permasalahan serta isu berkitan bekas tentera.

2. Saya sebagai salah seorang pemimpin PBTM dan rakan-rakan lain tidak pernah diajak berbincang seterusnya  membuat pendirian sedemikian rupa.

3. Kenyataan yang dikeluarkan Presiden PBTM semalam adalah bersifat peribadi dan tidak boleh dikaitkan dengan pendirian persatuan.

4. Saya berpendapat, bacaan kali kedua Akta Veteran yang diluluskan  (2011) di parlimen semalam adalah satu pengiktirafan tinggi kerajaan terhadap sumbangan dan pengorbanan bekas tentera dan ahli keluarga mereka di negara ini.

5. Sebarang permasalahan yang bakal ditimbulkan pihak-pihak tertentu nanti boleh diselesaikan dengan kaedah-kaedah tertentu asalkan pihak terlibat sedia menerima secara positif dan  menanganinya secara rasional.

6. Saya yakin pengwujudan akta veteran yang dirangka kerajaan dan telah diluluskan di parlimen semalam sudah tentunya merupakan agenda besar kerajaan bagi memastikan kebajikan semua bekas tentera dan keluarga maing-masing terus terjamin.

7. Saya  kesal dengan kenyataan dan bantahan  terburu-buru Presiden PBTM yang seolah-olah beliau mewakili pendapat dan pendirian lebih 400,000 bekas anggota tentera (43 persatuan dan kelab ) malah beliau juga belum mendapat mandat dari 139,000 ahli PBTM yang hanya akan mengadakan Mesyuarat Agong tahunannya pada 26 – 28 Nov 2011 di Lumut Perak.

8. Saya berasa pelik dengan kenyataan itu kerana kelab dan persatuan terbabit tidak pernah memberi mandat kepadanya (Presiden PBTM) untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi pihak mereka.

9. Dia (Presiden PBTM) seolah-olah menganggap sebahagian besar ahli akan menyokong pendiriannya yang belum tentu diterima dalam mesyuarat agong berkenaan walaupun kemungkinan usulnya ditolak sepenuhnya nanti.

10. Saya turut kesal dakwaan Muhammad yang menyatakan Akta Veteran 2011 yang dicadangkan tidak memberi manfaat secara khusus kepada bekas tentera, malah menimbulkan banyak implikasi kepada persatuan dan kelab pesara tentera.

11. Saya berasa pelik dengan kenyataan itu kerana kelab dan persatuan terbabit tidak pernah memberi mandat kepadanya (Presiden PBTM) untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi pihak mereka.

12. Sehubungan itu saya menyeru semua ahli bertenang dan dapatkan maklumat yang sahih dan terperinci mengenai penggubalan akta berkenaan serta memahmi manfaat yang bakal diperolehi hasil daripada pindaan kt berkenaan.

13. Kita mesti memperakui selama ini kerajaan sudah banyak membantu bekas anggota tentera dan ahli keluarga masing-masing mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

14. Oleh itu kita mesti yakin bahawa penggubalan akta berkenaan sebenarnya bertujuan mengemas kini dan menambah-baik perjalanan pertubuhan dan kelab sedia ada yang berasaskan kepentingan bekas anggota tentera serta keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment