"M vs N"; Inisiatif Perang Dingin Ke Atas Najib |
Written by GreenHood |
Monday, 22 August 2011 16:10 |
Oleh: GreenHood Sukacita ingin saya membawa pembaca budiman kembali ke penulisan saya bertajuk "Saya hanya nak menang Samsung Galaxy-Tab dari www.bloghousemalaysia.com (BHM)!” disiarkan dalam http://kritis-online.com tanggal 22 April 2011 sekitar jam 2:41 petang. Saya kira anda semua boleh berilusi dengan apa yang mahu saya sampaikan (dalam tulisan saya di atas) - literal mahupun tersirat. Adapun politik Malaysia sebagaimana yang diingatkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah berkaitan dengan persepsi; apa yang anda mahu percaya atau sebaliknya. Walaupun saya lebih senang dengan mesej yang tepat disampaikan dalam filem “The American President (1995)” berkaitan ‘politik persepsi’ dan Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya ‘meminjam’ bait perkataan ‘politik persepsi’ itu dari filem tersebut dengan garapan serta tafsiran yang diperbaharui bersesuaian dengan pandangan beliau (Mahathir), namun permainan ‘politik persepsi’ adalah permainan yang selari dengan arus politik baru terkait rapat dengan alam maya sebagai ejen pengantara atau penyebaran – bahkan telah kini dianggap sebagai senjata yang ampuh. Justeru, menggunakan media sosial maya seperti blog, facebook, twitter, youtube dan lain-lain adalah penting sebagaimana Amerika Syarikat melalui Pentagon memperuntukkan USD42 juta khusus untuk projek khas memantau, mengkaji, mengembleng dan lain-lain akan ‘senjata-senjata maya’ tersebut. Testimoni terbaik dapat dilihat adalah gerakan revolusi moden Timur Tengah yang menggunakan senjata maya itu sehingga tergulingnya sebuah kerajaan. Bahkan, bukti terdekat yang bisa sahaja kita perolehi adalah bagaimana di Malaysia sendiri gerakan maya mampu mewujudkan persepsi buruk terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi seterusnya melucutkan kerusi Perdana Menteri yang didudukinya. Apabila beberapa penulis blog mula membicarakan gerakan baru maya bagi mengembalikan sekuel tekanan ke atas Perdana Menteri terkini, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak – saya kira, penulisan awal saya di atas mula terbukti benar. Modus operandinya hampir sama – para pemainnya (players) juga hampir sama. Apa yang tidak dapat dikesan hanyalah keputusannya kelak. Adakah Najib telah bersedia bagi menghadapi gelombang itu? Saya kira, para pemain utama yang dituduh oleh beberapa blog untuk mewujudkan ‘suasana tegang dan tekanan’ ke atas Najib Tun Razak lupa bahawa usaha dan kempen mereka sekitar tahun 2004 hingga 2008 didukung secara tidak langsung (atau tidak sedar) oleh ‘ejen Gen-X’. Kini penguasaan alam maya bolehlah dikatakan bukan hanya dipelopori oleh ejen Gen-X tetapi juga kelahiran baru Gen-Y’. Adakah ‘legend’ seperti Tun M mendapat sokongan penuh dari Gen-Y? - pada pengamatan saya, Najib Tun Razak lebih mendapat tempat di sisi Gen-Y berbanding Tun M yang masih punyai aura tebal ke atas Gen-X. Saya kira, perang-dingin ini bakal menjadi satu perang yang menarik sekali. Walau bagaimanapun, saya bersetuju dengan para pemain yang mahu menghidupkan gerakan melumpuhkan Najib Tun Razak bahawa selaku peneraju utama negara beliau sedang menghadapi dilusi yang ditiup halus oleh ‘orang-orang kanan di sekelilingnya’, mengkhayalkan, namun hanya membawa keuntungan dari segi populariti individu beliau per se tidak hakikinya kepada rakyat. Secara umum, dasar-dasar yang diketengahkan oleh beliau masih gagal memanfaat rakyat umum terutamanya bangsa Melayu. Manakala, bangsa lain terutamanya Cina menggunakan sepenuhnya ‘bargaining power’ mereka menjadi ‘power-broker’ dalam mendapatkan apa sahaja yang mereka hajati sedangkan kedahagaan mereka secara halus bukanlah dari segi material namun lebih dahsyat lagi mahukan ‘kuasa’ yang lebih. Dengan candu Pulau Pinang, Perak (sebelum bertukar kembali kepada BN) dan Selangor yang meresap ke dalam urat-saraf mereka, ketagihan memperolehi kuasa bukanlah satu perkara yang boleh dianggap enteng – satu perkara yang kini diperjudikan secara terang oleh parti alternatif bangsa Melayu, PAS kepada pakatan mereka, DAP. Apa pun, jika perang-dingin ini sudah dimulakan sedangkan pilihanraya umum belum lagi selesai, kerugian bakal menyebelahi UMNO/BN umumnya dan ‘kuasa Melayu’ khususnya. Maka muncullah satu dilema ‘persimpangan jalan’ yang terpaksa dipikul oleh Najib Tun Razak selaku ‘penyandang kerusi panas nombor satu negara’; adakah beliau hanya mahu menjadi Perdana Menteri kepada bangsa Melayu sahaja sebagaimana yang ditekan oleh penyokong dan pendukung Tun M atau mahu menjadi Perdana Menteri bangsa 1 Malaysia yang ditiup oleh penasihat-penasihatnya? Bagaimana pula dengan pakatan pembangkang? Para opportunist seperti Anwar Ibrahim dan pengikutnya (terutama DAP) hanya akan mengambil kesempatan mencelah di tengah-tengah perang-dingin ini. Percayalah! p/s: Oh ya. Saya gagal memperolehi Samsung Galaxy-Tab dari Bloghouse Malaysia! |
No comments:
Post a Comment