Blog Archive

Saturday, April 6, 2013

Teks Ucapan Presiden, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak #ManifestoBN #JanjiDitepati #PRU13

MENEPATI JANJI MEMBAWA HARAPAN

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Masanya telah tiba untuk kita membuat keputusan. Laluan demokrasi menetapkan bahawa masa depan negara ini berada dalam tangan rakyat. Kuasa rakyat itulah cerminan pilihan raya yang bebas dan adil.

Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein pernah berkata, “Tugas kamu kepada negara adalah untuk memenuhi amanah rakyat dengan segala daya upaya.”

Saya melangkah masuk ke bidang politik 37 tahun lalu dan ini adalah kali pertama saya memimpin gabungan BN untuk menghadapi pilihan raya umum. Ia menjadi satu cabaran besar dan tanggungjawab yang berat.

Para pengasas negara kita sering menekankan betapa pentingnya komitmen serta pengorbanan. Nilai-nilai yang sama itulah yang menjadi panduan kepada saya dalam memikul tugas dan tanggungjawab ini.

Rekod Kerajaan BN menunaikan janji cukup jelas. Daripada transformasi ekonomi, politik dan sosial, sehingga kepada menjunjung hak asasi manusia dan demokrasi, kita mara dengan penuh yakin dan mantap bagi mencapai liberalisasi yang lebih menyeluruh. Perubahan sebenar telah pun berlaku dan dirasai, tetapi perjalanan ke arah transformasi sepenuhnya akan mengambil masa.

Dasar Wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dilancarkan pada 1991, dan selepas 22 tahun, saya gembira menyatakan bahawa dasar-dasar Kerajaan BN yang dirancang dengan berhemat dan prihatin itu telah meletakkan kita pada landasan ke arah mencapai Wawasan 2020.

Dalam kita menuju Pilihan Raya Umum Ke-13, saya, sebagai pemimpin BN, dengan rendah diri memohon mandat daripada anda untuk membawa Malaysia ke mercu kegemilangan baharu. Saya minta diberi peluang untuk memimpin sebuah Kerajaan yang mendahulukan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia, mandat yang saya mohon ini amat penting demi kelangsungan dan kesinambungan. Kita perlu bergerak ke hadapan meninggalkan jalan mundur yang menghalang perpaduan, kestabilan, keharmonian serta kemakmuran. Kita mesti menolak pecah belah, kelembapan, pergolakan, kekacauan, perbalahan dan krisis.

Mandat daripada anda adalah sebuah janji yang membawa harapan, mandat untuk mencapai kecemerlangan bersama-sama sebagai satu bangsa, satu negara dan satu wawasan. Berilah peluang kepada saya untuk meneruskan khidmat bakti ini sedaya upaya saya.

Saya ingin meyakinkan anda bahawa kegemilangan akan menyusul!

MENGAPA BN?

Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat.

Kita perlu mempertahankan apa yang telah kita capai – Kita tidak boleh gadaikan apa yang dikecapi, kita tidak boleh perjudikan masa depan kita.

Kerajaan yang lemah mudah goyah – Kita perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya.

Kita perlu kerajaan yang kuat dan berkeupayaan untuk menjamin kesinambungan perpaduan, kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan.

Berkhidmat untuk rakyat – Kita percaya kepada keadilan sosial dan menjadi inklusif, menyentuh hati nurani dan meningkatkan taraf hidup semua lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan agama.

Rekod pencapaian

Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan – Kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji.

Selama ini, Kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia.

Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini – Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali lakukan uji kaji dengan masa depan kita.

Kami telah buktikan – BN sentiasa melakukan penambahbaikan. Sepanjang empat tahun lalu, kami mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian.

Pengalaman
  • Kami berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya – Politik kami adalah politik perpaduan.
  • Kami telah buktikan kemampuan menghadapi cabaran dan mengharungi kesukaran – Sudah berkali-kali, kita berjaya keluar daripada krisis dengan lebih gagah.
  • Kami adalah gabungan yang dinamik – Kami sesuaikan gerakan dengan perubahan landskap tetapi tidak pernah mengorbankan prinsip.

Gerakan Kesederhanaan
  • Kami amalkan formula perkongsian kuasa yang efektif – Kami tolak politik benci- membenci dan pecah belah.
  • Kami hormat dan terima kepelbagaian agama dan kaum – Kami membina jambatan: Kami tidak merobohkannya.
  • Kami menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik – Perpaduan membuahkan kekuatan, perpecahan pula hanya membawa kemusnahan.

Perkongsian kuasa telah teruji

Gabungan pelbagai parti kami telah teruji – Selepas 55 tahun, ia masih mewakili semua lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia.

Kami percaya kepada kesinambungan – Para pemimpin datang dan pergi tetapi gabungan tetap utuh
Kami amalkan politik konsensus dan keterangkuman – Semua pendapat diambil kira, semua suara didengar.

Memenuhi kehendak rakyat

Berkongsi harapan dan aspirasi anda – Berusaha keras menjadikannya suatu kenyataan untuk semua.
Memperkasa rakyat –Peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar.

Menepati Janji Membawa Harapan _ – Memacu rakyat dan negara ke tahap baharu kecemerlangan dan perkhidmatan berasaskan gagasan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!

“Harapan bukan suatu mimpi tetapi jalan menjadikan impian suatu realiti"

MENANGANI KOS SARA HIDUP

Kesungguhan kita untuk menyediakan keperluan asas dan perkhidmatan pada harga yang rendah dibuktikan dalam produk 1Malaysia seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia.

Di Sabah dan Sarawak, Skim Penyeragaman Harga, subsidi pengangkutan dan KR1M sangat membantu menurunkan harga barangan. Dasar Agro Makanan Negara telah diperkenalkan untuk memastikan harga bekalan asas makanan terjamin dan terjangkau.

Untuk semua rakyat, bantuan RM100 setiap pelajar dan RM250 skim Baucar Buku 1Malaysia membantu meringankan beban perbelanjaan. Bantuan BR1M untuk isi rumah berpendapatan di bawah RM3,000 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 pula memberikan kelegaan yang disambut baik oleh banyak pihak.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan.
  • Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150.
  • Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.
  • Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia.
  • Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar.
  • Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk.
  • Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibu bapa bekerja.
  • Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet.
  • Memperkenalkan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
  • Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta.

Setakat ini, kami telah:

  • Memperuntukkan RM6.4 bilion pada 2012-2013 untuk BR1M, Baucar Buku 1Malaysia dan Bantuan Persekolahan.
  • Membelanjakan RM586 juta dalam tempoh dua tahun terakhir untuk Skim Penyeragaman Harga bagi memastikan harga barangan asas di Sabah dan Sarawak adalah sama dengan Semenanjung.
  • Membuka 85 KR1M di seluruh negara.
  • Membuka empat jelapang padi baharu dengan gabungan keluasan 19,000 hektar.
  • Membelanjakan RM134.8 bilion sejak 2010 bagi pelbagai subsidi seperti beras, tepung, gula, bahan api dan bahan tenaga serta bantuan pendidikan dan kebajikan sosial.
  • Memperuntukkan RM150 juta untuk mewujudkan 100 buah Pusat Internet 1Malaysia dalam bandar untuk manfaat golongan miskin bandar.
  • Melaksanakan inisiatif rasionalisasi subsidi bagi memastikan subsidi hanya dinikmati oleh kumpulan sasar yang benar-benar memerlukan.
  • Memperkenalkan geran pelancaran RM10,000 dan pengecualian cukai untuk penubuhan pusat jagaan harian dan pendidikan awal kanak-kanak.

“Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah matlamat akhir kita”
 
MENINGKATKAN KEHIDUPAN WARGA BANDAR

Hari ini, lebih daripada 70 peratus penduduk Malaysia tinggal di kawasan bandar. Kerajaan BN telah memulakan, malah akan melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan struktural besar bagi menangani corak populasi semasa.

Lebih banyak langkah akan diambil untuk memastikan pusat bandar dibangunkan secara sistematik dan terancang bagi mengekalkan kualiti hidup mereka yang tinggal di bandar.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Menstrukturkan semula Kerajaan termasuk mewujudkan Kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
  • Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
  • Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar.
  • Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam.
  • Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
  • Menyediakan kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
  • Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi.
  • Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan.
  • Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.

Setakat ini, kami telah:

  • Membuka 3 Anjung Singgah yang menyediakan perlindungan sementara, makanan dan rundingan kerjaya kepada golongan gelandangan.
  • Membuka 6 lagi Anjung Singgah di kawasan bandar.
  • Menambah peruntukan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia kepada RM40 juta pada 2013.
  • Membuka Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk memastikan kelancaran perkhidmatan awam dan swasta di Kuala Lumpur, Melaka dan Ipoh.
  • Membuka 6 lagi UTC di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching
    Melaksanakan Skim Insurans Berkelompok penjaja dan peniaga kecil.

“Kita mesti seimbangkan kemampuan Kerajaan supaya selain daripada memberi penekanan kepada agenda luar bandar, kita mesti berusaha meningkatkan kesejahteraan komuniti bandar supaya kita juga memperjuangkan kemakmuran bandar”


MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK

Dasar Kerajaan BN selama bertahun-tahun adalah memastikan bekalan semua jenis rumah untuk rakyat mencukupi. Tempoh lima tahun terakhir ini menyaksikan pertambahan pembinaan projek rumah mampu milik di negara ini yang dilaksanakan untuk menentukan bekalan rumah berterusan.
Selain membina rumah baharu, masalah unit-unit rumah yang perlu dinaik taraf dan dibaiki juga ditangani oleh Kerajaan BN dengan memberi peruntukan dana RM500 juta. Sebanyak RM200 juta telah diperuntukkan untuk membaiki rumah nelayan di seluruh negara.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Membina 1,000,000 rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA
  • Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran
  • Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan Kerajaan 
  • Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
  • Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam 
  • Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
  • Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
  • Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian Kerajaan-Estet
  • Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000 

Setakat ini, kami telah:

  • Komited membina 23,000 pangsapuri kos rendah dan sederhana, Rumah Mesra Rakyat dan Rumah Mampu Milik pada 2013
  • Memperuntukkan RM543 juta untuk 45 projek di bawah Program Perumahan Rakyat bagi pembinaan 20,500 unit rumah
  • Memulihkan 126 projek perumahan terbengkalai melibatkan 30,000 unit
  • Menyediakan RM307 juta pada 2012-2013 untuk memulihkan projek perumahan terbengkalai
  • Menyediakan kemudahan tabung RM1.2 bilion untuk PR1MA bagi pembinaan 80,000 rumah di lokasi permintaan tinggi pada 2013
  • Memberi pengecualian duti setem sebanyak 50% bagi pemindahan dan perjanjian pinjaman untuk pembelian hartanah pertama bernilai sehingga RM400,000

“ Kerajaan komited untuk memastikan setiap rakyat Malaysia berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Ini bukan sahaja satu imperatif yang bersifat ekonomi, malahan ia adalah imperatif moral bagi sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab”
 
4. PELUANG MENDAPAT PERKHIDMATAN KESIHATAN BERKUALITI
 

Kerajaan memberi subsidi kepada 90% perkhidmatan penjagaan kesihatan bagi memastikan rakyat mendapat rawatan berkualiti pada harga terendah. Klinik 1Malaysia telah pun memperluaskan rangkaian pusat rawatan pesakit luarnya dan Kerajaan juga menaik taraf klinik di kawasan luar bandar dan bandar di seluruh negara.

Dalam memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan negara yang berkembang, lebih banyak tumpuan diberikan ke arah memperkenalkan perkhidmatan kesihatan yang mampu dibayar dan penjagaan menyeluruh kepada mereka yang menghidap penyakit akibat gaya hidup dan penyakit-penyakit yang boleh membawa maut. Perhatian khusus juga mesti diberikan untuk menjaga populasi tua dan golongan yang memerlukan rawatan khusus dengan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan kaedah diagnostik.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat
  • Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak
  • Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi
  • Memperkenalkan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
    Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik
Setakat ini, kami telah:

  • Memperuntukkan RM66.1 bilion untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan dari 2010-2013
  • Komited untuk menaik taraf 350 klinik Kerajaan dan membuka 70 buah lagi Klinik 1Malaysia sebagai tambahan kepada pembinaan 175 buah klinik itu pada akhir 2012 
  • Menyediakan kemudahan ujian urin dan kolesterol di Klinik 1Malaysia
    Memperuntukkan dana membeli 150 mesin dialisis di pusat hemodialisis Kerajaan di seluruh negara 
  • Memperkenalkan program tukar jarum dan penggantian methadone bagi mengurangkan kes-kes baharu HIV sejak 2005
“Sistem penjagaan kesihatan rakyat Malaysia akan diubah menjadi sistem yang lebih cekap dan berkesan dalam memastikan semua orang berpeluang mendapat penjagaan kesihatan”

5. KE ARAH KECEKAPAN TERHEBAT PENGANGKUTAN AWAM
 

Walau sepantas mana negara kita membangun, jalan raya tidak akan cukup untuk menampung keperluan kenderaan yang terus bertambah bilangannya. Justeru, sistem pengangkutan awam yang cekap dan boleh diharap amat diperlukan.

Kerajaan BN telah membina sistem LRT, Monorel dan Komuter serta menambah perkhidmatan bas untuk memenuhi pertumbuhan pengangkutan awam. Pertambahan laluan LRT dan Komuter akhirnya akan menggabungkan sejumlah 34km landasan baharu dan 13 stesen baharu untuk kawasan Kelana Jaya dan Ampang di Lembah Klang.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya
  • Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter
  • Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar
  • Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat
  • Meningkatkan jumlah permit teksi individu
  • Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar
  • Setakat ini, kami telah:
  • Memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura
  • Melaksanakan projek MRT yang akan diintegrasikan dengan LRT, Komuter, Monorel dan rangkaian bas bandar
  • Mengembangkan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti tinggi menerusi RapidKL, RapidPenang dan RapidKuantan
  • Menyediakan kemudahan pinjaman mudah untuk pengusaha bas antara bandar, bas mini dan bas sekolah menerusi Tabung Pengangkutan Awam berjumlah RM150 juta yang diuruskan oleh Bank SME
  • Menambah 478 bas baharu untuk RapidKL dan memperkenalkan enam laluan Transit Bas Ekspres Lebuh Raya untuk mengurangkan masa perjalanan bas-bas awam
“Saya percaya antara isu yang memberi kesan kepada kebanyakan rakyat ialah peningkatan kualiti dan akses kepada perkhidmatan pengangkutan awam”

6. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR BERTARAF DUNIA DAN TRANSFORMASI LUAR BANDAR

Kerajaan BN sentiasa menaik taraf infrastruktur negara untuk menjamin kesinambungan dan pertumbuhan cekap bagi mendorong produktiviti dan ekonomi. Pembangunan infrastruktur juga membuka bidang pertumbuhan baharu yang menggalakkan agihan kekayaan dan pembangunan saksama serta mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih banyak di semua peringkat.

Bagi manfaat komuniti luar bandar, kami telah membina beribu-ribu kilometer jalan raya, menggali beribu-ribu kilometer untuk memasang paip air, mendirikan beribu-ribu tiang elektrik dan memasang beribu-ribu kilometer talian komunikasi di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:

  • Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
  • Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudung di Sabah 
  • Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Bharu dan Gambang-Segamat
  • Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping 
  • Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat-peringkat 
  • Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana
  • Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk 
  • Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan
  • Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara
  • Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak 
  • Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara
Setakat ini, kami telah:

  • Memansuhkan tol di Jalan Kuching, Kajang dan Cheras
  • Mengurangkan kadar tol Plaza Petaling Jaya Selatan 2 di Lebuh Raya Pantai Baru dan Plaza Sunway dan Kemuning di Lebuh Raya Kesas
  • Membekukan selama 5 tahun kenaikan kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Utara-Selatan Lingkaran Tengah, Lebuh Raya Link Kedua, Lebuh Raya Butterworth-Kulim, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Satu
  • Memperuntukkan RM18.7 bilion pada 2010-2013 untuk pembangunan infrastruktur luar bandar
  • Komited untuk membina 441km jalan raya menghubungkan kampung dan kawasan luar bandar pada 2013 untuk faedah 220,000 penduduk kampung
  • Memperluaskan bekalan air kepada 24,000 rumah dan bekalan elektrik kepada 19,000 rumah pada 2013
  • Memperkenalkan Program Transformasi Luar Bandar bagi memastikan penekanan sama rata diberikan untuk pembangunan kawasan luar bandar
  • Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan bagi menyediakan perkhidmatan perniagaan bersepadu
“Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk mengubah kehidupan rakyat kawasan luar bandar supaya kita boleh menyediakan pembangunan seimbang untuk semua”


7. MEMBINA EKONOMI MAPAN, DINAMIK DAN INOVATIF

Walaupun wujud ketidaktentuan ekonomi di kebanyakan negara dunia, Malaysia masih mampu menguruskan impak kemelesetan ekonomi global dan mempertahankan pertumbuhan ekonominya. Ia tidak berlaku secara kebetulan tetapi hasil perancangan berhati-hati dan strategik yang dirintis oleh Kerajaan BN dan disokong oleh rakyat.

Kami komited memperbaiki lagi kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing global.
Ekonomi berpendapatan tinggi, yang dipacu pelbagai inisiatif transformasi termasuk penekanan terhadap kreativiti dan inovasi berasaskan kepada pengagihan sama rata dan adil yang inklusif dan berdaya saing, akan mendorong Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020.

Dalam tempoh LIMA tahun ini, kami berjanji untuk:
  • Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi 
  • Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020 
  • Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kekayaan 
  • Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal 
  • Mempertingkatkan agenda Bumiputera (termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak) menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi 
  • Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan 
  • Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat
  • Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang 
  • Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME 
  • Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan syarikat Malaysia 
  • Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera 
  • Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%
  • Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India 
  • Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil
Setakat ini, kami telah:

  • Menubuhkan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion untuk menggiatkan dana aktiviti penyumberan luar dan pengambilalihan teknologi oleh syarikat Malaysia
  • Menyediakan kemudahan pinjaman kepada penjaja kecil dengan pinjaman sehingga RM25,000 untuk licensees dan RM500,000 kepada licensors
  • Menyediakan tabung untuk SME menerusi dana RM1 bilion yang diuruskan oleh Bank SME
  • Menubuhkan TERAJU sebagai unit setempat untuk melaksanakan dan memantau agenda Bumiputera
  • Memperkenalkan dasar bersaing sesama sendiri dan berasaskan merit untuk semua projek melebihi RM500 juta bagi syarikat Bumiputera
  • Menyediakan RM2 bilion dari 2008-2013 kepada TEKUN untuk usahawan kecil, termasuk peruntukan khusus RM50 juta kepada komuniti India pada 2013 sahaja
  • Menubuhkan Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyediakan kemudahan kredit mikro sehingga RM8 bilion terutama untuk usahawan kecil wanita
  • Menyemak semula Akta Bankrap bagi memberi peluang kedua kepada golongan yang diisytihar bankrap dan mereka yang disenarai hitam
  • Menyediakan dana tambahan RM600 juta pada 2013 untuk pembangunan komuniti perniagaan Bumiputera
“Adalah jelas cerita kejayaan pembangunan Malaysia bukan dilakar di bilik mesyuarat di bangunan pencakar langit… kejayaan ini hasil kerja keras semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, kepercayaan, jantina atau status sosioekonomi”


3 comments:

  1. Saya Husnah dan saya mengambil waktu saya keluar untuk bersaksi Ibu Amanda karena dia akhirnya menawarkan saya.
    Saya dan suami saya masuk ke utang yang sangat besar dengan Bank dan kami mencari pinjaman dari perusahaan pinjaman yang berbeda tetapi semua datang ke sia-sia. sebaliknya mereka membawa kita ke dalam lebih banyak utang meninggalkan kami bangkrut sampai saya datang di kontak dengan Ibu Amanda, yang menawarkan pinjaman. Sekarang kita telah akhirnya menetap utang kami dan memulai bisnis baru dengan uang yang tersisa dari pinjaman. Anda dapat menghubungi dia hari ini untuk pinjaman apapun dan jumlah.
    Hubungi Ibu Amanda melalui salah satu email berikut. amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com atau Anda dapat menghubungi saya melalui email saya untuk arahan lebih lanjut ikmahusnah@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Saya Husnah dan saya sedang mengambil masa saya keluar untuk memberi keterangan Puan Amanda kerana dia akhirnya menawarkan saya.
    Saya dan suami saya mendapat ke dalam hutang yang sangat besar dengan Bank dan kami memohon pinjaman daripada syarikat pinjaman yang berbeza tetapi semua datang tidak berjaya. sebaliknya mereka mendapat kita ke dalam hutang lebih meninggalkan kita bankrap sehingga saya datang dalam hubungan dengan Puan Amanda, yang menawarkan saya pinjaman. Sekarang kita telah akhirnya menetap hutang kami dan memulakan perniagaan baru dengan wang kiri dari pinjaman. Anda boleh menghubungi beliau hari ini untuk pinjaman dalam apa jua bentuk dan jumlah.
    Hubungi Puan Amanda melalui mana-mana e-mel yang berikut. amandarichardssonloanfirm@gmail.com atau amandarichardson686@gmail.com atau anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya untuk arahan lanjut ikmahusnah@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Merkur Gold Finish Straight-Barbershop Stainless Steel Safety Razor
    Rating: t fal titanium pan 3.5 · ‎1 babyliss pro nano titanium hair dryer review · gold titanium ‎$19.99 · titanium blue ps4 controller ‎In babyliss pro titanium straightener stock

    ReplyDelete