Blog Archive

Tuesday, January 15, 2013

REVERSE KEPUTUSAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH - ADA SESIAPA TERIMA AMARAN INI?


Mengapa perlu terkejut? Mengapa perlu melompat?

Secara tiba-tiba semua perhatian pemerhati politik tanahair terarah kepada keputusan majlis syura PAS yang bertentangan dengan keputusan presiden PAS.

Mat Sabu, terlebih dahulu menyatakan kepada umum dan dipetik secara meluas oleh media pro mereka seperti Harakahdaily, MalaysiaKini, Malaysia Chronicle, RoketKini, KeAdilan dan lain-lain bahawa PAS melalui kepimpinan utamanya diketuai oleh Haji Hadi Awang menerima penggunaan kalimah Allah kepada agama selain Islam.

Walaupun secara berkias dan bersyarat iaitu ianya boleh diterjemahkan tetapi tidak boleh disalahpakai, Haji Hadi Awang digambarkan seolah-olah menerima secara umum penggunaan kalimah Allah demi meraih undi 10% pengundi Malaysia yang terdiri dari kalangan penganut agama Kristian.

Adalah nyata sekali, perebutan hak menggunakan kalimah Allah merujuk kepada tuhan mereka datangnya dari kelompok gereja dan penganut agama Kristian berbanding agama-agama lain.

Perkara menerima penggunaan kalimah Allah oleh selain agama Islam berlaku beberapa hari sebelum berlangsungnya #KL112.

Ini penting kerana antara pendukung bagi menjayakan #KL112 adalah berbagai 'kuasa ketiga' termasuk LGBT, pluralisme bahkan anakmuda 'punk' turut diheret sama.

Perkara ini telah diperingatkan lebih awal oleh sebuah blog (klik sini) dan (sini).

Ia adalah strategi yang dijalankan bersama. 

Sebab itu, DAP terlebih dahulu membuat keputusan kurang popular kepada ahli-ahlinya demi meraih populariti kaum Melayu dan menolak Vincent Wu dari senarai CEC bagi digantikan oleh Zairil Khir Johari yang kononnya menang atas dasar teknikal. 

Kenapa?


Kerana DAP perlu dilihat oleh awam sebagai parti berbilang bangsa termasuk Melayu dan membatalkan kemenangan Vincent Wu bagi digantikan oleh Zairil adalah penting bagi mencapai matlamat ini.

Begitu juga apabila Haji Hadi Awang terpaksa membuat keputusan kurang popular kepada ahli-ahlinya demi meraih populariti penganut agama lain terutamanya Kristian yang mewakili 10% penganut agama-agama dalam negara ini.

Keputusan yang dibaca oleh Mat Sabu adalah penting agar kelangsungan ikatan kerjasama PKR-DAP-PAS dilihat oleh awam sebagai jitu dan mantap terutama bagi menarik mereka berhimpun sewaktu #KL112.

Namun, dengan menggunakan majlis syura di bawah Dato' Harun Taib untuk menyanggah keputusan awal Haji Hadi Awang ianya perlu bagi meredakan kemarahan ahli-ahli PAS sendiri yang tidak senang dengan penggunaan kalimah Allah selain agama Islam.

Bukankah sudah dinyatakan, DAP & PAS SANGGUP UNTUK FLIP-FLOP DEMI MERAIH POPULARITI MENUJU PRU13!



Tidak hairan jika Lim Guan Eng hanya membiarkan sahaja permasalahan penggunaan kalimah Allah diselesaikan oleh dalaman PAS sahaja kerana mereka (DAP) juga punyai perancangan lain yang perlu diselesaikan seperti kes Vincent Wu/Zairil Khir Johari.

Awal-awal lagi blog ini (sini)  telah memberi amaran - ADAKAH SESIAPA MENDENGARNYA?   

No comments:

Post a Comment