Oleh: GreenHood
Saya melihat, kunjungan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri ke bumi Palestin membawa dua perasaan berbeza kepada rakyat Malaysia.
Pertama, bangga dan teruja.
Kedua, meluat dan hasad.
Bagi perasaan kedua di atas, sudah tentu ia lahir dari para pemimpin serta penyokong tegar pakatan pembangkang. Maka, berbagai gambaran negatif akan dilemparkan kepada Najib Razak dan isteri.
Lemparan tersebut akan dimainkan oleh lidah-lidah utama mereka seperti Harakah, Suara Keadilan, RoketKini, Malaysia Kini, Malaysia Chronicle serta lain-lain.
Perasaan tersebut memang tidak dapat dibendung kerana memberi pujian kepada Najib hanya akan menaikkan rating beliau menjelang pilihanraya umum yang bakal berlangsung pada bila-bila masa.
Percayalah! Antara keynote bagi membenamkan usaha murni Najib itu adalah dengan mengaitkan kunjungan tersebut dengan perkara yang tidak masuk akal seperti kerjasama beliau (Najib) dengan Israel.
Bahkan unsur-unsur lucu seperti cincin berlian bernilai RM24 juta yang tiada kena mengena pun akan dipalitkan sama dengan kunjungan tersebut.
Bagi perasaan pertama disebut di atas pula, sudah pasti ia akan dimainkan sehabis mungkin oleh jentera penerangan Barisan Nasional (BN) merangkumi media cetak, elektronik, radio dan maya.
Perkara pertama yang akan dicanang adalah keberanian Najib menjadi pemimpin Islam pertama mengunjung rasmi bumi yang malang itu.
Mungkin suara-suara ‘nakal’ akan membuat perbandingan Najib dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi itu tidak boleh dijadikan perbandingan bagi memilih kerusi presiden mahu pun perdana menteri Malaysia akan datang.
Dr Mahathir sudah lama bersara. Bahkan, sewaktu beliau atau isteri mengunjungi Palestin ia tidak dianggap sebagai rasmi dan dilakukan sembunyi-sembunyi. Hanya setelah Dr Mahathir bersara, beliau giat membantu rakyat Palestin atas kapasiti sebagai seorang aktivis.
Perlu diingat, bahawa gencatan senjata antara Israel dan pejuang Hamas dicapai takkala kunjungan Najib ke Phnom Penh dan bertemu presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama sekitar penghujung tahun lalu.
Jika bukan Najib Razak, agaknya siapakah yang dapat memujuk Obama bagi mengarahkan Israel menghentikan serangan bertali arus ke atas Gaza?
Tidak dinafikan, peranan Dr Mohammed Morsi, presiden Mesir adalah penyumbang utama rundingan damai serta tekanan negara-negara Islam yang lain termasuk Turki dan Iran.
Lebih dari itu, dalam usaha membantu Palestin, Malaysia di bawah kepimpinan Najib Razak turut melobi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar menerima Palestin sebagai sebuah negara pemerhati.
Penerimaan Palestin ke dalam senarai negara diiktiraf bertaraf pemerhati merupakan satu pencapaian tertinggi dalam sejarah dunia.
Dan yang paling harum adalah usaha tersebut bertulang-belakangkan Malaysia yang dipimpin oleh perdana menterinya, Najib Tun Razak.
Pendekatan diplomasi yang digunakan oleh Najib ternyata memberi kesan besar terhadap Palestin.
Bahkan, sukacita ingin saya katakan bahawa ianya jauh lebih berkesan berbanding kaedah konfrontasi yang diamalkan wa’ima oleh Dr Mahathir sendiri.
Untuk sekian kalinya, ingin saya katakan bahawa kunjungan Najib Razak adalah julung-julung kali dilakukan oleh seorang pemimpin Islam dunia selepas Palestin diiktiraf PBB sebagai sebuah negara bertaraf pemerhati.
No comments:
Post a Comment