Blog Archive

Sunday, December 16, 2012

Archive #88 : #DapKongres Ke-16, Kaum India Menuntut Keadilan Dari DAP




Oleh: GreenHood

Hari ini adalah hari terakhir Kongres Kebangsaan DAP kali ke-16 berlangsung.

Kelmarin, keputusan yang dinanti-nantikan telah pun diketahui. Jelas menunjukkan penguasaan keluarga Lim menduduki carta no. 1 dan 2 tertinggi.

Manakala Karpal selaku pengerusi masih mengungguli kedudukan ke 3 tertinggi selepas Lim dan keluarga.

Ini adalah tanda aras bahawa DAP masih tidak berubah dan slogan “Jom UBAH!” mereka ternyata satu yang retorik di mana parti itu sendiri tidak mengalami sebarang perubahan.

Bagaimana sebuah parti yang tidak mahu berubah boleh memaksa rakyat Malaysia untuk melakukan perubahan dengan mengubah undi rakyat kepada BN ditukar kepada mereka?


Suatu yang perlu difikirkan.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada pemenang.

Berbalik kepada kongres kali ini, ternyata perang psikologi yang dimainkan oleh ahli-ahli DAP sendiri begitu tinggi.

Selain perang poster sewaktu pertandingan sesama mereka, terdapat banyak risalah yang ditebarkan bagi membangkitkan semangat para perwakilan sewaktu berhujah nanti.

Apa yang menarik perhatian saya adalah sebuah CD yang diedarkan kepada orang ramai termasuk perwakilan berkenaan isu kuil yang diruntuhkan baru-baru ini.

CD tersebut dengan jelas mengajak orang ramai termasuk perwakilan mengutuk dan mengkritik sebuah kerajaan negeri di bawah pakatan (difahami di sini ianya adalah negeri Selangor) yang tidak mengambil kira sensitiviti kaum dan agama sewaktu meruntuhkan altar agama Hindu.

Adakah ini sebabnya, Ronnie Liu selaku exco kerajaan tempatan ditolak oleh perwakilan DAP dalam pertandingan C.E.C. ?

CD tersebut juga jelas menunjukkan penentangan terutama kaum Hindu DAP  terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku menteri besar dan bagaimana kongres DAP kali ini dapat membantu ahlinya yang berbangsa India?

Saya juga telah mendapati bahawa konten CD tersebut juga telah dimuat-naik ke dalam laman youtube dan boleh disaksikan sebagaimana di bawah ini:

No comments:

Post a Comment