Oleh: GreenHood Berada di Pulau Mutiara dan mengikuti perkembangan mutakhir perjalanan Kongres Kebangsaan DAP Kali ke-16 adalah suatu yang sangat menarik tak kala demam pilihanraya ke-13 sedang hangat diperkatakan. Tidak mengikut jejak langkah PAS mahu pun parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, DAP mengambil keputusan ‘tidak popular’ dengan mengadakan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat atau ‘central executive committee’ (C.E.C) nya di ambang pilihanraya umum. Keputusan ini amat difahami didorong oleh sifat tamak kepimpinan DAP yang mahu merebut kedudukan dalam kerajaan persekutuan kerana bayangan ‘kemenangan Putrajaya’ dan kedudukan tertinggi C.E.C. adalah jaminan kepada mereka akan kerusi kabinet persekutuan kelak. Sepanjang dua hari berada di Pulau Mutiara ini, saya telah mendapat satu senario perebutan kedudukan C.E.C. yang membariskan dua kem utama Selangor iaitu di bawah Teresa Kok dan Ronnie Liu. Senarai Layak Bertanding Seramai 68 nama telah diisytiharkan layak bertanding bagi kerusi C.E.C. yang memperuntukkan hanya 20 tempat sahaja. Daripada 68 senarai nama layak bertanding, sama ada Teresa dan Ronnie kedua-duanya telah memasang calon masing-masing seperti yang berikut:- Senarai Pilihan Teresa Kok 1. Ean Yong Hian Wah (Setiausaha DAP Selangor merangkap ADUN Seri Kembangan) 2. Fong Kui Lun (ahli parlimen Bukit Bintang) 3. Ganabatirau A/L Veraman (AJK DAP Selangor) 4. Gobind Singh Deo (ahli parlimen Puchong) 5. Karpal Singh (ahli parlimen Bukit Gelugor) 6. Kok Suh Sim (Teresa) (Pengerusi DAP negeri Selangor merangkap ahli parlimen Seputih/ ADUN Kinrara) 7. Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP merangkap ahli parlimen Bagan dan Ketua Menteri P.Pinang) 8. Lim Kit Siang (penasihat kehormat DAP merangkap ahli parlimen Ipoh Timur) 9. Lim Lip Eng (ahli parlimen Segambut) 10. Loke Siew Fook (Anthony) (ahli parlimen Rasah) 11. M. Kulasegaran (ahli parlimen Ipoh Barat) 12. Pua Kiam Wee (Tony) (Timbalan Pengerusi DAP Selangor mrangkap ahli parlimen PJU) 13. Su Keong Siong (Thomas) (ADUN Pasir Pinji) 14. Tan Kok Wai (ahli parlimen Cheras) 15. Teo Nie Ching (ahli parlimen Serdang) 16. WuHim Ven (Vincent) 17. Zairil Khir Johari (setiausaha peribadi Lim Guan Eng) Teresa Kok membariskan 17 nama sahaja dalam senarai ‘chai’ nya dan membiarkan 3 lagi kosong bagi bertukar takil pada waktu kecemasan. Senarai Pilihan Ronnie Liu 1. Fong Kui Lun (ahli parlimen Bukit Bintang) 2. Ganabatirau A/L Veraman (AJK DAP Selangor) 3. Gobind Singh Deo (ahli parlimen Puchong) 4. Karpal Singh (ahli parlimen Bukit Gelugor) 5. Lim Guan Eng (ahli parlimen Bagan) 6. Liu Tian Khiew (Ronnie) (ADUN Pandamaran) 7. Ngeh Koo Ham (ahli parlimen Beruas) 8. Tan Kok Wai (ahli parlimen Cheras) 9. Wu Him Ven (Vincent) 9 penama di atas adalah senarai utama Ronnie yang wajib dipilih oleh perwakilan kongres pada kali ini. Selain 9 nama ini, Ronnie turut menamakan 7 lagi nama bertujuan memecahkan kem Teresa dan penamanya adalah seperti yang berikut: 1. Choong Siew Onn 2. Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) 3. Letchimanan a/l Thatharan (AJK Majlis Daerah Hulu Selangor) 4. Jeef Ooi Chuan Aun (ahli parlimen Jelutong) 5. Sivanesan a/l Achalingam (ADUN Sungkai) 6. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji (Timb. Pengerusi DAP Pahang) 7. Violet Yong Wui Wui (ADUN Pending, Sarawak) Ronnie Liu turut membiarkan 4 lagi nama kosong dalam senarai ‘chai’ nya bagi bertukar takil sewaktu kecemasan namun sumber yang saya perolehi Ronnie turut menamakan penama berikut sebagai ‘favourite’ nya: 1. Chong Eng (ahli parlimen Bukit Mertajam) 2. Liew Chin Tong (ahli parlimen Bukit Bendera) 3. M. Kulasegaran (ahli parlimen Ipoh Barat) 4. Prof Dr P. Ramasamy (ahli parlimen Batu Kawan) Berkampung Tinjauan yang saya lakukan juga mendapati bahawa Teresa telah membawa sebilangan besar perwakilan Selangor ‘berkampung’ di Hotel Krystal Suites dan Seri Malaysia. Manakala Ronnie Liu telah meletakkan para penyokongnya di Hotel Equatorial, dan Teng Chang Khim di B-Hotel. Perwakilan dari Selangor adalah sekitar 400 orang dan perkembangan ini adalah suatu yang amat menarik sekali terutama perebutan kuasa di Selangor antara kem Teresa dan kem Ronnie. Kesimpulan
Jika diperhalusi, dari senarai ‘chai’ kedua-dua kem Teresa mahu pun Ronnie, 10 nama utama dari Selangor yang dikenal pasti adalah sepeti yang berikut:
1. Ean Yong Hian Wah
2. Ganabatirau A/L Veraman
3. Gobind Singh Deo
4. Kok Suh Sim (Teresa)
5. Letchimanan A/L Thatharan
6. Liu Tian Khiew (Ronnie)
7. Manoharan Malayalam
8. Pua Kiam Wee (Tony)
9. Teng Chang Khim
10. Teo Nie Ching
Apa pun permainan kedua-dua belah pihak, 10 nama di atas tetap menjadi keutamaan yang membolehkan mereka menang dengan selesa kerusi C.E.C. tersebut.
|
Blog Archive
- July (9)
- June (7)
- May (3)
- April (5)
- January (10)
- December (10)
- November (13)
- October (7)
- September (1)
- August (9)
- July (6)
- June (4)
- May (34)
- April (32)
- March (23)
- February (12)
- January (32)
- December (13)
- November (16)
- October (22)
- September (12)
- August (4)
- July (1)
- June (10)
- May (1)
- April (6)
- March (5)
- February (4)
Sunday, December 16, 2012
Archive #87 : Kongres Kebangsaan DAP Kali ke-16 - Clash of Selangor Titans
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment