Blog Archive
- July (9)
- June (7)
- May (3)
- April (5)
- January (10)
- December (10)
- November (13)
- October (7)
- September (1)
- August (9)
- July (6)
- June (4)
- May (34)
- April (32)
- March (23)
- February (12)
- January (32)
- December (13)
- November (16)
- October (22)
- September (12)
- August (4)
- July (1)
- June (10)
- May (1)
- April (6)
- March (5)
- February (4)
Thursday, October 4, 2012
#NCUKM : DI SEBALIK KECEMERLANGAN YANG TERSEMBUNYI ADALAH KEBOBROKAN HITAM
Oleh: GreenHood
Sekali lagi saya dijemput untuk merakamkan buah fikiran saya dalam laman portal My Mahasiswa ini. Terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi.
Keputusan penuh telah pun diketahui.
Aspirasi Mahasiswa mempelopori pilihanraya kampus (PRK) 2012 ini dengan jumlah universiti yang berjaya ditawannya adalah 18.
Tahniah Aspirasi Mahasiswa
Ini bermakna hanya dua universiti yang dipegang oleh pro-M yang cenderung membawa ideologi pakatan pembangkang iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Jika dilihat pada tahun sebelumnya, Aspirasi Mahasiswa gagal mendapat tempat di UKM, UIAM serta Universiti Malaya (UM), sebaliknya pro-M menerima mandat dari mahasiswa ktiga-tiga universiti tersebut.
Namun, dengan kejayaan Aspirasi Mahasiswa mengambil semula UM tahun ini, peningkatan Aspirasi serta ‘level of confidence’ mahasiswa terhadap mereka tidak dapat lagi dinafikan.
Saya ketepikan dahulu soal UIAM kerana sejujurnya saya tiada pengetahuan mendalam mengenainya.
Ada beberapa faktor kenapa saya berminat memperkatakan soal UKM.
Pertama, saya sendiri merupakan alumni UKM.
Mengenali Tan Sri Dato Wira Prof Dr Sharifah Hapsah
Kedua, saya tidak mengenali secara rapat naib canselornya, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Wira Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabuddin. Namun, sebelum beliau menjadi naib canselor, saya pernah berkesempatan untuk duduk bersama serta berbual dengannya.
Bukan sekali dua, tetapi lebih dari itu.
Saya masih ingat sewaktu portfolio Menteri Pengajian Tinggi Malaysia diwujudkan, menteri pertamanya adalah YB (dahulu) Dato’ Sri Haji Dr Shafie Haji Salleh.
Sebagai ‘sahabat’ kepada Shafie Salleh (bahkan saya turut pernah menjadi wakil calon atau ejen beliau sewaktu bertanding di kerusi P.122 Kuala Langat), saya pernah dijemput dalam beberapa majlis yang mempertemukan saya dengan Sharifah Hapsah.
Mungkin kerana sifat semula jadi saya yang tidak banyak bercakap, maka hanya perkara-perkara tertentu dan kosong menjadi topik bual-bicara.
Saya kira Sharifah sendiri pasti telah pun lupa akan muka dan fizikal saya sekiranya bertemu kembali saat ini.
Dari pertemuan dalam beberapa majlis dan dari pengamatan saya terhadap beliau, Sharifah pada waktu tersebut merupakan seorang yang ‘ambitious’. Apatah lagi dengan jawatannya selaku Pengarah Bahagian Kualiti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, kerapatan beliau terhadap Shafie Salleh tidak dapat dinafikan.
Peranan Shafie Salleh dalam menonjolkan Sharifah bagi kedudukan yang dijawatnya kini bukanlah satu yang ‘coincident’.
Dan kenaikkan karier beliau seterusnya termasuk dalam soal dasar pendidikan seperti program Permata Negara yang menjadi ‘baby project’ kepada YABhg Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada YAB Perdana Menteri Malaysia adalah suatu yang tidak mengejutkan walaupun Shafie Salleh kemudiannya tidak lagi menduduki kerusi menteri pengajian tinggi.
Bijak Menyesuaikan Diri
Satu perkara yang menarik tentang Sharifah Hapsah adalah beliau benar merupakan seorang yang ‘genius’.
Beliau komited dalam melakukan tugasan yang diberikan di samping pandai menarik perhatian pihak atasan.
Ini tidak mustahil kerana sebagai pegawai atasan yang pernah duduk di dalam kementerian seperti kementerian pengajian tinggi, beliau pasti mahir akan seluk beluk politik ofis.
Justeru, jika beliau memegang peranan bukan hanya sebagai naib canselor bahkan turut memegang jawatan-jawatan lain seperti Pengerusi Projek Agenda Kritikal Governans dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) bagi Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, atau jawatan-jawatan lain seperti ahli panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL), ahli majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara (PERMATA), ahli lembaga Pemegang Amanah Yayasan Permata, ahli majlis Penasihat Wanita Negara (MPWN) atau ahli lembaga Penasihat Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri. ianya kerana kepandaian beliau dalam menempatkan dirinya bagi menjawat jawatan yang dipegangnya kini.
Ini hanyalah sebahagian dari jawatan yang dipegangnya dan belum lagi jawatan lain di peringkat antarabangsa mahu pun badan-badan bukan politik (NGO) dalam negara.
Penghargaan Dalam Menaikkan Taraf Kualiti UKM
Seperti yang telah saya nyatakan di atas, Prof Dr Sharifah Hapsah terbukti adalah seorang yang terkategori sebagai bijak pandai atau ‘genius’.
Sepanjang karier beliau sebagai naib canselor, UKM kini menduduki tangga ke 4 dari keseluruhan universiti dalam negara dan menduduki tangga ke 523 di peringkat antarabangsa; ianya tidak lain dan tidak bukan kerana pengurusan serta tahap kualiti yang dibawa olehnya.
Bagi peringkat ini, saya secara peribadi meletakkan setinggi penghargaan kepada beliau.
Beliau mampu melakukan tugas yang diamanahkan kepadanya. Sebab itu UKM menyusur laju mempertingkatkan nama dan kedudukannya sebagai salah satu universiti yang dihormati.
Sharifah Hapsah Mampu ‘Survive’ Di Bawah 3 Menteri KPT dan 2 Perdana Menteri
Saya berani katakan bahawa Prof Dr Sharifah amat bijak dalam melakukan tugasannya.
Kerana itulah beliau sentiasa mendapat mandat dan amanah dalam menduduki jawatan tertentu yang penting dalam membantu kerajaan mewujudkan dasar serta aplikasi dasar tertentu.
Dan tidak hairanlah, dengan kebijaksanaannya itu membuatkan beliau tidak kekok menduduki jawatan sebagai naib canselor di UKM bermula dari zaman YB Dato Sri Mustapa Mohamed hinggalah YB Dato Sri Mohamed Khaled Nordin .
Dan lebih dari itu, Prof Dr Sharifah Hapsah turut dilihat begitu mudah diterima dalam era pentadbiran mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi serta Perdana Menteri terkini, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mahasiswa UKM Adalah ‘Agenda Utama’
Di sebalik ‘track-record’ Prof Dr Sharifah yang cemerlang di atas, tersembunyi keburukan yang menggusarkan pemerhati politik terutama yang cenderung kepada Barisan Nasional (BN).
Dalam tinjauan saya baru-baru ini terutama dalam memerhatikan perjalanan PRK 2012, UKM telah dianggap sebagai salah satu kubu kuat mahasiswa yang menggerakkan ideologi pembangkang di bawah nama Gerakan Mahasiswa UKM (GMUKM).
Gerak-kerja GMUKM yang amat kemas dan teratur adalah dipercayai hasil didikan dan asuhan pemimpin pembangkang. Ini telah saya nyatakan dalam artikel saya sebelum ini melihat dari sudut geografi kedudukan UKM di Bandar Baru Bangi yang terletak di bawah kawalan-selia ADUN PAS, iaitu YB Dr. Shafie Abu Bakar.
Bahkan, dari sudut geo-politiknya, UKM turut pernah melahirkan pensyarah yang cenderung kepada pembangkang seterusnya menjadi individu berpengaruh dalam parti politik pembangkang seperti mantan Timbalan Presiden PAS, Haji Nasharuddin Mat Isa serta Dato’ Dr Harun Din (ironinya, saya turut pernah diajar oleh Nasharuddin sewaktu beliau menjadi pensyarah di UKM).
Perkembangan politik mahasiswa UKM yang mula menjadi ‘kilang’ pengeluaran soldadu pakatan pembangkang berlaku hanya di bawah hidung Prof Dr Sharifah Hapsah. Bukankah ini amat mengejutkan sekali?
Sharifah Hapsah Terlalu Sibuk Untuk ‘Menyentuh’ Mahasiswa
Beberapa pemerhati politik cenderung mengatakan bahawa ‘keburukan tersembunyi’ yang berlaku di bawah batang hidung Sharifah Hapsah ini kerana kesibukan melampau beliau menjawat jawatan yang dianugerahkan oleh ‘kerajaan BN’ kepadanya.
Kerana kesebukan dalam menjalankan tugas di luar skopnya sebagai naib canselor, antara rintihan yang turut didengar bukan sahaja mengenai ‘lubuk’ yang dibina oleh pembangkang dalam mengkaderkan mahasiswa, bahkan turut dapat didengar dari mahasiswa sendiri adalah kepayahan dalam mendapatkan sentuhan peribadi beliau.
Mahasiswa ada yang menyatakan amat memerlukan ‘ketua keluarga’ yang dapat mencorakkan bukan sahaja tahap pendidikan mereka, bahkan ibarat seorang anak, mahasiswa turut memerlukan dorongan dan sentuhan kasih sayang dalam memahami permasalahan remeh anak muda ini.
Persoalan-persoalan tentang dasar negara dan kebaikannya terhadap mereka (mahasiswa) tidak lagi menjadi agenda naib canselor ini.
Acapkali beliau meletakkan beban memahami dasar negara kembali kepada mahasiswa untuk menghadapinya.
Walau pun beliau punyai dua orang timbalan yang menjaga soal akademi serta hal ehwal pelajar itu sendiri, namun jurang yang ketara di antara naib canselor dan timbalan-timbalan naib canselor nya begitu jelas kelihatan.
Para timbalannya tidak berani melakukan apa-apa tanpa mendapat restu dari ketuanya dan ini amat mudah difahami melihat status naib canselor itu sendiri yang punyai hubungan amat kukuh dan rapat dengan nama-nama besar negara.
UKM Dan Nafas Baru
Sharifah Hapsah sewajarnya sedar, walau sesibuk mana pun beliau terhadap tugasan di lapangan luar, UKM adalah ‘rumah’ kepada dirinya yang sarat dengan ‘anak-anak’ di bawah tanggung jawabnya selaku ‘ketua keluarga’.
Jika ini pun gagal dilakukannya, atau mungkin sahaja bagi dirinya ia suatu perkara yang remeh; adalah wajar beliau mengundurkan diri selaku naib canselor dan seterusnya memberi peluang kepada tenaga baru yang dapat memberikan tumpuan 120% kepada permasalahan-permasalahan di atas.
PRK 2012 adalaj imej beliau dan kerajaan BN. Jika benar beliau prihatin, PRK UKM 2012 yang baru lalu tempoh hari pasti menjadi keutamaan beliau dan bukannya berada di kotaraya London sepanjang tempoh PRK tersebut berlangsung!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment