Blog Archive

Thursday, March 15, 2012

Setuju debat antara @NajibRazak dan @anwaribrahim.. tapi.. (archive #68)

Setuju debat antara @NajibRazak dan @anwaribrahim... tapi... PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Thursday, 15 March 2012 14:06

Oleh: GreenHood


Ya! Saya setuju diadakan debat antara Najib Tun Razak dengan Anwar Ibrahim. Tapi untuk apa? Bagi memperlihatkan kepetahan bercakap? Bagi memukau awam dengan pesona kata?

Kita rakyat Malaysia sangat terbawa-bawa dengan konsep pilihanraya ala demokrasi tulen tayangan Barat. Kononnya hanya yang pandai berpidato dapat memikat rakyat sedangkan hari ini rakyat Amerika Syarikat contohnya yang terpesona dengan kepetahan Mr. Barrack Obama sewaktu kempen pemilihan Presiden dahulu tercari-cari janji-janji yang pernah dibawa olehnya.

Di manakah kempen merakyatkan ekonomi negaranya? Di mana kempen polisi insuran kesihatan rakyatnya? Di mana kempen dasar polisi luar negaranya terutama yang berkaitan dengan dasar ketenteraannya? Apa berlaku terhadap ekonomi negaranya? Berjayakah ekonomi Amerika Syarikat dipulihkan 100% serta dapatkah beliau memperbaiki kadar inflasi serta pengangguran negaranya?

Hakikatnya, Obama masih terkial-kial melaksanakan apa jua janji yang pernah ditaburkannya. Hakikatnya lebih mudah berkata dari melaksanakannya. Justeru, tidak pelik kini Obama berkempen bagi meminta tempoh satu penggal lagi kononnya bagi memberikan masa kepada dirinya untuk melaksanakan janji-janji yang pernah dibuat olehnya.

Di Malaysia, negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang punyai manifestasi berbeza dalam mentadbir kerajaannya. Kedah berbeza dari Pulau Pinang. Berbeza dari Kelantan dan amat jauh berbeza dari Selangor. Ini berlaku kerana kepimpinan negeri yang terbawa-bawa oleh sifat ke-partai-an masing-masing. Walaupun ‘buku jingga’ serta slogan ‘negara berkebajikan’ dijanjikan bagi pilihanraya umum (PRU) ke 13 akan datang, namun dilihat dari segi gaya kepimpinan sedia ada amat mustahil bagi diikuti oleh parti-parti yang membentuk pakatan mereka terutamanya PAS. Kumpulan ortodoks PAS terutamanya di dalam dewan ulamak seringkali bercanggah dengan persetujuan pakatan.


Maka, di sinilah relevansi debat umum cabaran Anwar Ibrahim terhadap Najib menjadi satu cabaran yang agak retorik pada pandangan peribadi saya.

Rakyat Selangor kini penuh dengan pertanyaan yang mahu diajukan kepada kerajaan negeri terutama berkaitan janji-janji manifesto sewaktu PRU 12 dahulu. Terlalu banyak janji yang tinggal janji.

Ini mahu diajukan bukan sahaja kepada menteri besar Selangor bahkan turut mahu diajukan kepada penasihat ekonomi kerajaan negeri iaitu Anwar Ibrahim sendiri.

Selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri seterusnya ketua umum pakatan, Anwar bertanggungjawab membuka debat kepada rakyat kerajaan negeri di bawah pemerintahan pakatan terutamanya Selangor.

Anwar harus berani membuka sesi dialog bersama rakyat sebelum parlimen dibubarkan. Ini bagi meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan beliau selaku ketua umum seterusnya dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri andai mereka menang nanti.

Anwar perlu berani membuka forum kepada rakyat, membuat satu inventory bersama rakyat. Bukan sekadar ceramah satu hala.

Saya setuju debat terbuka antara Anwar Ibrahim dan Najib Tun Razak diadakan. Tapi saya juga bersetuju agar Anwar membuka dialog dua hala atau forum bersama rakyat terlebih dahulu. Berdebatlah dengan rakyat.

Anwar boleh sahaja berdebat di dalam sidang parlimen bersama Najib tapi tidak bersama rakyat.

Berhadapan dengan rakyat adalah lebih penting pada waktu ini bagi meyakinkan mereka untuk membuang undi kepada beliau. Berdebat bersama Najib tidak lebih dari satu tontonan seketika sepertimana debat-debat yang pernah berlaku sebelum ini. Ia hanyalah satu puncak klimaks untuk diri sendiri tapi bukan untuk rakyat!
Last Updated on Thursday, 15 March 2012 14:51
 
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.

2 comments:

  1. cadangan yang sangat bernas. i like this article.
    ketika itulah kita boleh lihat bagaimana kerajaan negeri Selangor menanangi segala keluhan dan luahan perasaan dari rakyat dengan masaalah janji2 tak tertunai, masaalah sampah yang kian menggunung, pasir yang makin hilang, etc.

    perdebatan antara Anwar dan Najib secara jujurnya mungkin akan berpihak kepada Anwar kerana dia lebih pandai dan bijak berpidato dan bahasa2 retoriknya terlalu ampuh.

    Najib...not so much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye bro... kurangkan bercakap, lebihkan bekerja. tanya terus pada rakyat apa mahu mereka. rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

      Delete