Blog Archive

Tuesday, January 31, 2012

unspinners go spinning !

Pagi-pagi sudah buat jenaka. sedang aku menulis tentang pertemuan dengan YAB Menteri Besar Terengganu baru-baru ini dan bagaimana persiapan Terengganu bagi menghadapi PRU 13... aku terima satu mesej yang mengatakan ada seorang sahabat masuk dalam tajuk satu laman blog.  aku pun baca... dan tergelak. katanya Anuar Mohd Nor pengendali laman www.umno-reform2.com adalah blogger pembangkang! atau sebenarnya dia nak kata "...was a pro-opposition blogger?". dua perkara berbeza. dalam kepala otak ligat berpusing. kelmarin sewaktu dalam program sebagaimana yang dinyatakan oleh si pelapor, yang memberi ceramah atau ahli forumernya adalah YB Zul Noordin. jadi timbul persoalan dalam benakku... adakah Zul Noordin merupakan pembangkang atau "...was an opposition member?"

kebetulan, dalam pertemuan bersama YAB Menteri Besar Terengganu, beliau memaklumkan bahawa beliau amat baik dan rapat dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah sehingga kini. namun katanya, ia tidak menjejaskan fahaman politik mereka. bahkan YAB Menteri Besar Terengganu mencabar Anwar jika benar dia tidak bersalah dan mahu bersumpah, dia akan mendukung Anwar Ibrahim. tapi Mat Said tahu Anwar tidak akan bersumpah sampai bila-bila. ini tidak menjejaskan hubungan baik mereka. kalau aku mahu kiaskan antara Anuar Mohd Nor dan Chegubard... lebih kurang lah tu. mungkin si pelapor lupa, Zul Noordin kelmarin turut berkata beliau kenal YB Dato' Ahmad Maslan semenjak belajar lagi dan pernah tinggal serumah selama setahun. setelah habis belajar, mereka profesional, walaupun masa itu masing-masing berfahaman politik lain. itu pun tak tak faham-faham lagi ke? LOL


Oh ya! testimoni yang cuba disampaikan adalah keratan laporan Keadilandaily yang menyatakan bahawa Anuar Mohd Nor turut bersetuju bahawa pelaku seks dalam video klip carcosa bukan Anwar Ibrahim.. betul ke tu? cuba semak balik dengan rakaman yang macam Johari kena. Anuar kata bukan Anwar Ibrahim atau dia kata lain? mungkin Anuar beri amaran agar ini tidak dikaitkan denggan UMNO. check balik.. check balik.. :)

Hairan juga kerana percaya berita dari sumber yang memang tak boleh pakai!

secara tiba-tiba, nama Razman Hakimi Abdullah dan UMB turut terkait. seorang graduan dari liverpool, united kingdom yang punyai pengalaman korporat dan berpotensi besar walaupun muda dipertikai sebagai UKK Mindef. Anak siapa Razman ni? semak baik-baik kawan! patriotik atau tidak budak hingusan ni? nak lantik setpol pun kena semak anak siapa dia ni... maknanya pemilihan bukan semberono.. LOL. 

UMB pun kena juga! aku rasalah... ada komplot terancang kot nak bolot semua. habis semua ditarik masuk dalam game ni.

apa pun... aku nak katalah, Tok Mat sebagai penganjur pun tahu cakap, "thank you for coming Nuar!"

wake up please! 

p/s: dalam perhimpunan agong umno 2011, hanya ada seorang naib presiden selain memuji dan berterima kasih pada bloggers dia turut berkata... "hari ini kita untung sebab kita dibantu oleh bekas pemain media pro-pembangkang. kita tahu gerak dan permainan pembangkang!" lagi tak boleh baca ke hint ni?!

8 comments:

  1. saya jarang masuk ke sini. sebab saya tidak ada masa banyak untuk jelajah sana sini.

    tetapi saya fikir permainan game sesama sendiri makin hebat.

    adakah perlu hang tuah membunuh hang jebat ?

    ReplyDelete
  2. Prof Khoo Kay Kim kata tidak ada bukti kewujudan Hang Tuah..apatah lagi Hang Jebat. Namun Tun M berkata ianya mungkin legenda. Tapi rakan tikam belakang memang wujud dan ia berlaku setiap hari.

    ReplyDelete
  3. hanya secebis tips..dah boleh dianggap penyumbang kepada media dan blog UMNO..hehehehe mahazalim senyum sampai ke pipi....

    ReplyDelete
  4. Cuba huraikan definisi 'Secebis' tu.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Freedom of speech and to access public info. Terima kasih kembali kerana sudi membaca. :-)

      Delete
  6. bila just judging from the past... ironik bila mereka cekau duit dari segelintir pemimpin yg punya 'bad past' juga! LOL

    ReplyDelete