Blog Archive

Wednesday, January 25, 2012

Kronikal Selangor Pt.3



VII


Siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) ke atas DUMC pada bulan Ramadhan tahun lalu menguatkan teori kes pemurtadan yang galak dilakukan secara tersembunyi dan terancang.


Khalid Ibrahim yang menerima tekanan dari kepimpinan terutamanya DAP terpaksa menyahut kehendak pimpinan tertinggi pakatan. Ucapan maaf dilafazkan sebelum siasatan penuh dilakukan.  Manakala Khalid Samad terus mempertahankan gereja dan mengikut suara-suara ‘halus’ dari kepimpinan tertinggi pakatan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Golongan Anwarista di dalam PAS memainkan peranan yang kuat mendesak kepimpinan PAS untuk terus-terusan menyenyapkan isu pemurtadan umat Islam walaupun PAS suatu ketika dahulu begitu lantang memperjuangkan kes ini (pemurtadan).

Hingga satu ketika golongan ulama’ di dalam PAS turut membisu walaupun ini tidak disenangi oleh Dato'Harun Taib dari Dewan Ulama serta Dato' Harun Din, Timbalan Mursyidul Am. Label ‘ulama’ bisu’ mula melanda PAS. Hingga ke hari ini, isu pemurtadan dan kaitannya dengan DUMC tidak mendapat jawapan yang memuaskan ahli akar umbi PAS sendiri apatah lagi rakyat di luar sana.

VIII


Kes ini amat membimbangkan bukan sekadar umat Islam, bahkan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Baginda Sultan Selangor turut merasainya.

Sebagai exco kerajaan negeri yang memegang portfolio berkaitan, Dr Hasan Ali bertanggungjawab bukan sekadar insiden siasatan JAIS ke atas DUMC, namun fakta kes pemurtadan  itu sendiri. Ianya satu kes yang sensitif, namun amat berat sekali!


Tekanan ke atas Hasan Ali bukan sahaja datangnya dari DAP atau pihak Anwarista. Yang terutama, tekanan dari pihak Istana sendiri yang mahukan kebenaran di sebalik peristiwa itu. Sebagai Ketua Agama Islam negeri, DYMM Sultan Selangor berhak mengetahui kedudukan sebenar. Begitu juga seluruh umat Islam di luar sana. Tekanan yang dihadapi oleh Hasan Ali begitu tinggi sekali. Hasan Ali tersepit antara perjuangannya menegakkan fahaman agama Islam yang menjadi wadah beliau sewaktu menganggotai PAS atau politik sempit yang mahu mencari kuasa dengan perikatan pakatan.

Hasan Ali turut terikat dengan Baginda Sultan kerana beliau selaku exco kerajaan negeri yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam adalah wakil kepada Ketua Agama Islam negeri itu sendiri.
 

Hasan Ali nekad memilih perjuangan ‘asal’ !

...bersambung

No comments:

Post a Comment