IV
Keputusan pertandingan memperlihatkan Nasharuddin tewas di tangan Mat Sabu. Hasan Ali turut menerima kesannya apabila tidak dinamakan sebagai pesuruhjaya mahupun naib-naib pesuruhjaya peringkat negeri Selangor selepas selesai pemilihan parti.
Golongan yang mula berkuasa dalam PAS disebut oleh pemerhati politik sebagai golongan yang cenderung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atau disebut sebagai kumpulan Anwarinas atau Anwarista.
V
Selepas selesai pemilihan parti, Hasan Ali meneruskan tugas-tugasnya seperti selalu tetapi dengan iktikad yang lebih kuat. Pertentangan dalaman mulai wujud. Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar turut merasa kesannya.
Golongan Anwarista terlalu kuat melanda dalaman PAS. Pengaruh Anwar Ibrahim bertapak kukuh terutama dengan kedudukan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden dan ditambah dengan Husam, Salahuddin serta Mahfuz selaku Naib Presiden.
Khalid Ibrahim turut merasa tekanan yang hadirnya dari Azmin Ali. Bukanlah satu perkara yang baru semenjak Azmin terlucut jawatan selaku Pengerusi PKR di negeri kepulauan Borneo, beliau telah dilantik selaku Pengerusi PKR negeri Selangor dengan alasan yang diberikan oleh Datuk Seri Wan Azizah Ismail, Presiden PKR, agar Khalid Ibrahim dapat menumpukan seratus peratus kepada soal pentadbiran kerajaan negeri.
VI
Sesetengah pemerhati politik berpendapat bahawa Azmin begitu teruja dengan negeri Selangor serta menyimpan hasrat untuk menduduki kerusi Menteri Besar di negeri yang kaya-raya ini.
“Perang Dingin” atau “cold-war” di antara kedua-dua Khalid dan Azmin memang wujud walaupun berjaya disembunyikan secara kosmetik sebagaimana Hasan Ali berjaya menyembunyikan kedinginannya dengan Ronnie Liu dan begitulah sebaliknya.
Berbagai peristiwa berlaku termasuk pergolakan pentadbiran hal ehwal agama Islam yang menyentuh perihal wang zakat yang mahu turut dikongsi bersama dengan bukan Islam. Namun peristiwa yang menjadi kemuncak perpecahan dalaman pakatan yang membentuk kerajaan negeri Selangor adalah peristiwa terpahat dalam sejarah negara iaitu pemurtadan umat Islam dan dikaitkan dengan gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
...bersambung
No comments:
Post a Comment