Blog Archive

Wednesday, January 18, 2012

Archive #60

Hasan Ali - Dilema PAS adalah juga The Malay Dilemma ? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Wednesday, 18 January 2012 10:26


Oleh: GreenHood


Dilema PAS adalah juga Malay Dilemma ?

Malay Dilemma” adalah nukilan Che’Det ditulis pada tahun 1970 setelah Malaysia menghadapi saat-saat getir rusuhan kaum tahun 1969 atau lebih dikenali sebagai “Tragedi 13 Mei”.

Buku Che’Det tersebut telah diharamkan ketika itu namun, faktor ia diharamkan bukan disebabkan kemarahan bangsa Melayu itu sendiri,  tetapi kemarahan pimpinan tertinggi UMNO terutamanya bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, allahyarham Tunku Abdul Rahman.

Che’Det, atau Dr Mahathir Mohamad telah dipecat keahlian UMNO-nya, dan beliau telah memasuki PAS untuk bergerak di atas platform politik. Setelah Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan, Dr Mahathir Mohamad kembali memasuki UMNO dan ironisnya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu sebelas tahun selepas buku Malay Dilemma diterbitkan.

Kisah Che’Det tidak terhenti disitu. Setelah beliau meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia keempat, beliau menentang penyandang Perdana Menteri yang dipilihnya sendiri iaitu Pak Lah atau Abdullah Ahmad Badawi.

Kisah pertentangan dua ikon besar negara ini bukan menjadi rahsia lagi. Rakyat memerhatikan gelagat kedua-duanya. Pada saat kemuncak, Dr Mahathir mengisytiharkan diri dan keluarganya (kecuali Mukhriz Mahathir) keluar dari parti (UMNO) atas alasan ‘hilang kepercayaan terhadap pimpinan utama UMNO, Abdullah Ahmad Badawi’.

Walaupun dipujuk dengan berbagai cara, Dr Mahathir enggan menarik balik keputusannya bahkan mengisytiharkan bahawa dirinya akan terus menentang kepimpinan UMNO (harus diingat, beliau menentang kepimpinan dan bukan parti itu sendiri) sehingga Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan. Itulah ultimatumnya!


Déjà vu!

Sewaktu saya menghadirkan diri ke sidang media yang dilakukan oleh Dr Hasan Ali baru-baru ini, fikiran saya terus melayang kepada ikon negara, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya yang hadir lewat hanya melihat dan merakamkan kejadian. Tiada soalan yang bermain di fikiran saya perlu dijawab oleh Dr Hasan Ali. Keputusannya adalah satu déjà vu kepada apa yang pernah berlaku dalam senario politik negara.

Dalam hati saya berkata “keputusan yang amat tepat dilakukan oleh Hasan Ali!”


Beliau percaya kepada PAS sebagai parti yang menjadi wadah perjuangannya. Namun, beliau menentang kepimpinan di dalam parti itu sendiri dan azam serta nekadnya adalah untuk mengajak ahli-ahli PAS yang selama ini silent terhadap kepimpinan utama mereka bagi meluruskan perjuangan asal yang terpesong kerana percaturan politik menawan Putrajaya.

Road-show yang bakal dilakukannya bukanlah untuk orang-orang UMNO mahupun Perkasa yang begitu beriya-iya mahukan Dr Hasan Ali, tetapi road-show itu adalah untuk ahli-ahli akar umbi PAS sendiri menilai dan menterjemahkannya kemudian. Ianya urusan Hasan Ali dan PAS. Bukan urusan siapa pun juga. Untuk Hasan Ali, saya mengucapkan selamat maju jaya dalam mengembalikan perjuangan PAS ke tempat asalnya!

Dan kepada Dr Yunus Hairi, ahli dewan undangan negeri N.51 Sijangkang, saya baru mendapat perkhabaran berita bahawa beliau sekarang berada di istana bagi acara mengangkat sumpah selaku exco kerajaan yang baru bagi menggantikan Dr Hasan Ali. Kepada beliau juga saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam melaksanakan tanggungjawabnya!
Last Updated on Wednesday, 18 January 2012 10:34
 
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.

2 comments:

  1. Aku homo cun tidak mempunyai sebarang dilemma orientasi seksualiti homoseksual.

    ReplyDelete