Blog Archive

Wednesday, November 23, 2011

Archive #40

Di mana silapnya kerajaan pakatan Selangor? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Saturday, 19 November 2011 00:52


Oleh: GreenHood & krews (K7L & UpinIpin)

Di manakah kesilapan pakatan PAS, PKR dan DAP di Selangor? Sedangkan pakatan ini telah menerajui pentadbiran kerajaan negeri Selangor setelah berjaya menumbangkan kekuasaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008.

Dalam apa yang tercatat dalam sejarah politik moden negara sebagai ‘Tsunami 2008’, pentadbiran kerajaan negeri yang dilaporkan sebagai cemerlang oleh Menteri Besarnya, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanya dilihat gah kerana kononnya berjaya membongkar satu persatu salah guna kuasa kepimpinan pentadbiran terdahulu di bawah Dr. Mohammad Khir Toyo. Maka, satu demi satu nama diheret hingga terkini YB Dato’ Dr. Satim Diman, Ketua Pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Selangor menjadi perisai bagi Khalid Ibrahim menutup kelemahan pentadbirannya terutama berkaitan soal ekonomi.

Dengan apa yang beliau sifatkan sebagai skandal salah guna kuasa, Satim Diman menjadi subjek untuk mengalih perhatian rakyat negeri Selangor yang masih ternanti-nanti sentuhan magis pentadbiran kerajaan yang ditampuk oleh pemimpin pakatan PAS, PKR dan DAP.

Benarkah Ekonomi Negeri Selangor Dirakyatkan?

Sidang dewan undangan negeri yang baru berlangsung dengan pembentangan Bajet 2012 Negeri Selangor dilaporkan masih gagal membawa sebarang erti terutama kepada rakyat negeri Selangor.

Hanya isu ‘air percuma’ yang dari dulu hingga kini dijaja olehnya membuka sedikit mata rakyat negeri Selangor setelah merasai nikmat mendapat potongan harga kerana janji yang dibentangkan dalam manifesto pakatan pada tahun 2008. Itu pun, apabila krisis kerajaan negeri dan Syabas berlaku, ia membuka minda rakyat negeri Selangor bagaimana kerajaan di bawah pimpinan Khalid Ibrahim terpaksa menggunakan segala kuasa yang ada bagi memaksa syarikat-syarikat subsidiari di bawah kerajaan negeri untuk membayarkan hutang-hutang akibat janji mereka kepada rakyat.

Bertambah teruk apabila Laporan Audit Negara bagi negeri Selangor menunjukkan tidak sampai separuh dari bilangan penduduk negeri Selangor yang benar-benar mendapat faedah ‘air percuma’.


Antara lain, kononnya pakatan yang mahu membela rakyat serta menuju ke arah negeri berkebajikan, ia termasuklah saguhati wang berupa ‘one off’ yang diberikan kepada warga emas bagi kononnya menjayakan kempen ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor’ serta berbagai bentuk pemberian yang lain.

Malangnya, sekali lagi ketelusan kerajaan negeri dalam memberikan secara adil dan sama rata kepada seluruh rakyat negeri Selangor menjadi pertikaian kerana sifatnya yang memaksa rakyat terlebih dahulu mendaftarkan diri kepada wakil-wakil dari parti yang membentuk pakatan kerajaan negeri. Apabila kerajaan pusat menunjukkan kaedah yang sebenar pengagihan wang saguhati secara adil melalui anak-anak murid di sekolah-sekolah seluruh negara tanpa syarat yang khusus, ia sebenarnya menempelak terutama kerajaan negeri Selangor yang acapkali kononnya mahu ‘memulangkan sesuatu’ berupa faedah-faedah secara ‘short-term’ namun hakikinya tidak dinikmati oleh keseluruhan besar rakyat Selangor.

Ibarat pepatah ‘menunggu hujan yang tak kunjung tiba’, rakyat negeri Selangor mula hilang keyakinan terhadap pentadbiran kerajaan di bawah pakatan.

Siapa Kuasai Meja Bulat EXCO Kerajaan Negeri?

Maka tidak hairanlah, jika bukan hanya rakyat bahkan ahli-ahli terutama di dalam PKR sendiri mulai sangsi dengan matlamat perjuangan sebenar PKR di negeri Selangor apatah lagi bilamana Khalid Ibrahim yang datangnya dari parti PKR menjadi Menteri Besar namun mereka sebagai ahli turut tidak merasai faedah langsung dari kepimpinan utama mereka iaitu Khalid Ibrahim.

Bukanlah menjadi satu rahsia lagi bahawa dalam meja bulat exco-exco kerajaan negeri, Khalid Ibrahim dikatakan oleh ramai pemerhati politik sebagai yang hanya menurut kata exco-exconya terutama yang datangnya dari DAP, daripada memimpin mereka mengikut acuan dan kemahuan dirinya sendiri.

Ditambah lagi dengan ‘kedinginan’ antara exco-exco Melayu dan Cina yang dipisahkan kerana beberapa isu termasuklah isu penjualan arak di Selangor suatu ketika dahulu dan terkini yang melibatkan kes akidah dan pemurtadan. Namun, jurang pemisahan ini tidak boleh melawan akan isu ekonomi yang dipegang kuat oleh mereka yang berpotfolio terkait rapat dengan sumber ekonomi dan dikhabarkan bahawa peruntukan-peruntukan yang disalurkan ke bawah hendaklah melalui beberapa tapisan yang dijaga oleh lapisan tertinggi dari kepimpinan DAP seterusnya PKR dan akhir sekali adalah PAS.

Barah dalaman ini tidak terhenti setakat itu apabila pemerhati politik juga mengesan pergeseran yang berlaku antara Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam soal perebutan dan mengekalkan kuasa sebagai Menteri Besar yang turut diminati oleh Azmin. Ini secara tidak langsung mewujudkan beberapa kem sendiri di dalam PKR dan pentadbiran kerajaan negeri.

Keyakinan Ahli Semakin Pudar

Demikian itu, apabila jentera-jentera parti dari pakatan mula turun ke bawah bagi terutamanya menerangkan Belanjawan 2012 kerajaan negeri, sambutan yang diterima sangat tidak menggalakkan. Saya sendiri bersama beberapa krew dari KritisOnline yang melakukan kajian ke peringkat akar umbi mendapati beberapa siri ceramah terutama yang dianjurkan oleh PAS amat dingin jika berbanding siri-siri ceramah yang dilakukan oleh DAP.

Manakala PKR menunjukkan kelemahan ketara apabila Cabang Petaling Jaya Selatan secara nyata menunjukkan kehilangan keyakinan akan perjuangan asal partinya dengan membubarkan dan seterusnya memasuki UMNO. Dalam beberapa kaji selidik yang kami perolehi, akan ada lagi kejutan-kejutan besar dari dalam PKR kerana sindrom hilang keyakinan itu. Bertambah parah, gerakan ini berlaku di kalangan golongan muda yang sepatutnya bersifat keras memperjuangkan prinsip lebih dari mengejar faedah yang boleh ditawarkan.

DAP Tidak Yakin Pada PAS?

Namun, jangan terkejut, di beberapa tempat yang kami tinjau, DAP sendiri mula hilang keyakinan terhadap PAS di Selangor bagi menarik pengundi-pengundi Melayu apabila secara halus dan senyap mula merayap ke akar umbi bagi menawarkan ramai Melayu membuka cawangan-cawangan DAP. Perkara ini akan saya kupas kemudian hari bagi segmen khas dengan beberapa bukti kukuh yang diperolehi.

Apa yang menghairankan saya adalah, semua perkara di atas seolah-olah tidak ternampak oleh BN terutamanya UMNO dalam melakukan gerakan secara agresif dan besar-besaran bagi menggempur kerajaan negeri di bawah pakatan dan seterusnya memastikan kemenangan BN pada PRU 13 kelak.

Atau mereka terlalu asyik dengan bermain politik sekitar parti sahaja dengan percubaan untuk menonjolkan diri bagi ‘terlihat jelas’ oleh pucuk pimpinan dalam soal kepastian mereka terpilih sebagai calon PRU 13 di kawasan masing-masing? Demikian itu tugas bagi menyerang dan melemahkan kerajaan negeri bukanlah satu agenda yang utama!



Dun Morib


YB Khalid Samad berceramah di hadapan sekitar 40 pendengar sahaja.


DUN Sijangkang



Fariz Musa, Timbalan Ketua AMK di hadapan kurang dari 100 pendengar sahaja.



PKR Petaling Jaya Selatan lumpuh.

Copyright © 2011 Kritisonline. All Rights Reserved.

No comments:

Post a Comment