Blog Archive

Friday, November 4, 2011

Archive #37

'Demokrasi' itu satu agama? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Friday, 04 November 2011 04:16


Oleh: GreenHood

Bolehkah sesiapa dapat membuktikan bahawa terdapat agama-agama utama di Malaysia membenarkan perlakuan ‘lesbian’, ‘gay’, ‘bisexual’ mahupun ‘transgender’ (LGBT) ?

Dapatkah agama-agama utama seperti Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain yang dianuti oleh rakyat Malaysia memberikan dalil ataupun nas kepada kebenaran oleh Tuhan mereka akan perlakuan LGBT?

Adakah ‘demokrasi’ itu suatu ‘agama’ hingga nilainya begitu tinggi membolehkan perkara-perkara seperti LGBT diamalkan justeru hukum ‘keadilan sama-rata’ atau ‘hak asasi manusia’ seperti yang dilaungkan atas nama ‘agama demokrasi’ membelakangkan agama-agama lain yang beribu tahun dianuti oleh manusia sebelum demokrasi itu sendiri wujud?



Kadangkala saya begitu pelik bilamana cogan-kata negara maju seperti Amerika Syarikat melaungkan ‘in God we trust!’ namun hakikatnya tiada satu Tuhan pun dalam mana-mana agama membenarkan hak asasi yang melanggar hukum-hakam yang digariskan oleh Tuhan mereka.

Senario di Malaysia juga tidak jauh berbeza apabila Perkara 1 Rukun Negara menyebut ‘Kepercayaan kepada Tuhan’ sebagai asas jati diri rakyat Malaysia. Hanya selepas itu disebut di dalam Perkara 3 dan 4 Rukun Negara akan keluhuran serta kedaulatan perlembagaan dan undang-undang untuk dipatuhi.

Jika diambil dari turutan utama hingga terkemudian, nescaya, secara literal perlembagaan serta undang-undang yang mahu dibentangkan itu terlebih dahulu merujuk kepada kepercayaan yang utama iaitu ‘Tuhan’.

Justeru, manusia hendaklah menetapkan perlembagaan serta undang-undang itu menurut undang-undang yang mahu dilaksanakan oleh Tuhan terhadap hamba-Nya.

Dan oleh kerana rakyat Malaysia terdiri dari komposisi berbilang bangsa dan agama, undang-undang yang adil terutama yang terdapat dalam kebanyakkan agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia dijadikan undang-undang yang mengikat dan terkuat-kuasa. Bagi menyeimbangkan undang-undang itu menurut kehendak agama-agama yang ada, demokrasi dipilih menjadi jalan tengah agar keharmonian kaum dan penganut agama dapat diwujudkan.

Malangnya, tiada satu pun agama yang membenarkan LGBT bahkan hampir semua agama yang wujud di dunia melaknat dan mengeji perlakuan ‘homoseksualiti’ yang wujud akibat gabungan ‘lesbian’ dan ‘gay’, dan seterusnya ‘bisexual’, melainkan ‘transgender’ bila mana terdapatnya khilaf dalam sesetengah agama termasuk agama Islam sendiri.

LGB (tolak T) itu jelas hanya wujud dalam satu ‘agama moden’ yakni ‘agama demokrasi’. Maka, sekali lagi saya ingin bertanya; adakah benar demokrasi itu ‘satu agama’ ?



No comments:

Post a Comment