Blog Archive

Tuesday, October 25, 2011

Mana Transformasi BN Dalam Penguasaan Alam Maya?

1. Berapa ramai ahli-ahli Yang Berhormat (YB) Barisan Nasional dapat menyalurkan maklumat secara timeline sewaktu dewan sedang berlangsung?

2. Apabila YAB Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2010 yang lalu, penguasaan media sosial dan interaktif adalah penting bagi berhubung dengan rakyat secara pantas dan lebih penting adalah tanpa birokrasi yang menyusahkan, adakah ianya dipandang enteng oleh sebahagian besar ahli-ahli politik BN?


3. Berapa ramai pula ahli-ahli politik yang dapat menyalurkan maklumat berguna dan terkini dengan editing yang memenuhi kemahuan rakyat? Ataukah ahli-ahli politik hanya sekadar syok sendiri dengan jadual harian dan gambar-gambar mereka memenuhi media-media sosial (jika ada) mereka seperti facebook, twitter, portal, blogs dan sebagainya?


4. Jika terdapat ahli-ahli politik dari BN yang menyalurkan maklumat yang amat berguna kepada ahli yang lain, adakah ianya hanya disimpan di dalam 'laci' atau 'poket' mereka tanpa memetiknya untuk diguna-pakai bagi tujuan makluman dan hebahan? Atau sememangnya ahli-ahli di bahagian-bahagian tidak tertarik dengan faktor-faktor sebegini sebaliknya hanya sensasi dengan berita-berita seks, skandal, moral & akhlak sahaja yang sebenarnya hanya efek kepada sipelaku namun kepada rakyat keseluruhan, mereka tidak merasa apa-apa melainkan perkara-perkara yang terkait dengan rakyat sendiri seperti ekonomi, harga barangan, penyalah-gunaan wang kerajaan yang juga merupakan wang hasil kutipan cukai rakyat?


5. Banyak lagi perkara yang harus diubah di peringkat bawahan terutama mentaliti bagi kesusaian dengan agenda transformasi yang dibentangkan di hadapan mereka oleh Najib Tun Razak dan ia termasuklah Plan Transformasi Politik (PTP) yang sepatutnya dikuasai terlebih dahulu oleh ahli-ahli politik peringkat cawangan dan bahagian kerana kerapatan mereka dengan rakyat.

6. Setidak-tidaknya, YB P Kamalanathan dari Parlimen Hulu Selangor telah membuktikan bahawa beliau adalah ahli politik muda yang dapat mengadaptasikan dirinya dengan proses transformasi yang dilaungkan oleh Najib dan kita mengharapkan agar lebih ramai lagi ahli politik sepertinya di dalam BN terutama apabila ramai ahli politik dari pihak pembangkang yang telah menguasai alam maya dalam mendapatkan pengaruh terhadap rakyat! 


7. Jadi, di manakah transformasi BN?


4 comments:

  1. kita kena sedarkan orang kita yeop...jangan tunggu pilihanraya.

    kritikan pedas tapi sedap kena buat sekarang bukan tunggu habis pru.

    lepas ni pegawai khas menteri kena aktif blog fb twitter.

    then ajar menteri dan timbalan menteri.

    tak reti kena belajar.

    ramai blogger boleh diminta tolong utk mereka.

    ReplyDelete
  2. perubahan perubahan perubahan.

    ubah atau rebah. :)

    ReplyDelete
  3. saya mengulas dalam www.umno-reform2.com. Cara yang terbaik adalah untuk kerajaan BN menelan kepahitan laporan dan mengambil tindakan segera yang boleh dibentangkan kepada rakyat bahawa kita serius mengatur perubahan. Sungguhpun dari sudut lainnya kita wajib membongkar kelemahan kerajaan PR tetapi itu bukan sandaran utama untuk kita counter apa yang berlaku. Bagi saya kelemahan PR dalam mengurus BUKAN pra syarat untuk membolehkan kita rasa selesa dengan kelemahan kita. Aturkan politik matang...

    ReplyDelete
  4. Saudara Anuar Mohd Nor.

    Saya juga telah membaca artikel terbaru tuan di capaian

    http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=1231&Itemid=58#JOSC_TOP

    Pada pengamatan saya, sewajarnya kembali kepada konsep lama dalam mengeluarkan Laporan Juru Audit Negara dan Pembentangan Belanjawan Negara. Pada kebiasaan yang diamalkan semenjak zaman Dr. Mahathir Mohamad, Laporan Juru Audit Negara akan DIKELUARKAN DAHULU SEBELUM PEMBENTANGAN BELANJAWAN BARU.

    Dengan kaedah ini, sidang parlimen akan dapat melihat KELEMAHAN DAHULU dan kemudian disusuli dengan Belanjawan baru yang memperbaiki kelemahan sebelumnya.

    Ianya bukan soal bagaimana mahu "menelan kepahitan" tetapi "memperbaiki kelemahan". Dan ia juga bukan soal melawan kelemahan kerajaan negeri-negeri PR bagi menutup kelemahan pusat, tetapi bagaimana kepekaan ahli-ahli parlimen BN pula dalam menyalurkan maklumat menggunakan teknologi IT yang pada pandangan peribadi saya dipelopori oleh barisan pembangkang pada masa rakyat mahukan respon segera dari wakil-wakil rakyat yang mereka undi semasa PRU yang lalu.

    Terima kasih atas kesudian memberikan komentar di blog saya.

    ReplyDelete