Dr Hasan Ali - Soal Akidah Bukan Perkara Main-Main, Ianya Serius |
Written by GreenHood & krews: PapaRowk & WildOutDoors | ||
Thursday, 20 October 2011 13:56 | ||
Pengarang: GreenHood Krews: PapaRowk & WildOutDoors Pada 17hb Oktober yang lalu, sekitar jam 12.30 tengahari, kami berkesempatan mencuri masa setengah jam dari jadual YB Dr. Hasan Mohamed Ali, EXCO Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, krew KritisOnline berjaya mendapatkan buah pandangan ikhlas serta nasihat beliau berkaitan soal akhlak dan akidah umat Islam dewasa kini. Dalam suasana yang santai di pejabatnya, di tingkat 2, Bangunan SUK Shah Alam, beliau membayangkan bahawa akhlak dan soal akidah umat Islam kini berada pada paras yang agak membimbangkan. “Very very bad!” adalah gambaran pertama yang diucapkan sewaktu kunjungan krew kami. Menceritakan pengalaman beliau sewaktu menjadi pakar motivasi selama hampir 30 tahun, beliau mengakui tidak pernah berjumpa seorang pelajar dari tingkatan 5 yang berjaya menunaikan solat subuh sedari rukun awal (niat dan takbiratul’ihram) hinggalah salam terakhir dengan sempurna kecuali mereka yang datangnya dari sekolah arab, sekolah agama dan maahad tahfiz. Bahkan, lebih teruk lagi digambarkan bahawa umat Islam kini pun tidak tahu perkara asas seperti rukun iman dan rukun Islam. “Untuk mendefinisikan ia (akidah dan akhlak), seseorang itu mesti tahu benchmark nya. Benchmark nya adalah rukun iman dan rukun Islam. Kita wajib tahu ini!” “But how many people out there yang tahu berapa rukun iman dan berapa rukun Islam? Perkara basic pun kadang-kadang mereka tak tahu. You ask them… berapa rukun iman dan berapa rukun Islam? Itu pun mereka tak tahu,” ujarnya. Perkara asas seperti rukun iman dan rukun Islam merupakan banteng pertama kepada soal akidah dan akhlak budi pekerti umat Islam. Dr. Hasan Ali membayangkan jika asas pertahanan ini pun tidak dikuasai maka unsur-unsur luar (negative influences) yang boleh mengganggu-gugat akidah umat Islam akan mudah menyerang mereka. Akhlak adalah perkara yang bermula dari soal pokok iaitu akidah itu sendiri. “When influences come in… and they put the baits… benda-benda yang berbagai itu (baits)… bagaimana mereka hendak pertahankan diri? Apa pertahanan diri dia?” kata Hasan Ali. “People are now surrounded by materialism… elements in life. People day and night, are looking for kebendaan. Kebendaan, kebendaan, kebendaan… akhirnya dia tak sempat dah… semua tak sempat. Masa tak sempat… didik anak tak sempat, didik isteri tak sempat, didik keluarga tak sempat… akhirnya agama pun terpinggir,” ujarya lagi. Memberi contoh beliau berkata jika di Malaysia, apabila azan dilaungkan, orang Islam masih lagi duduk leka di warung-warung, padang bola, di pasar-pasar dan sebagainya. Bagaimana hendak dikatakan akidah umat Islam tersebut baik? Apatah lagi soal akhlaknya jika cermin yang ditonjolkan itu sedemikian. Sebaliknya, jika dibandingkan di Mesir, andai sahaja azan dilaungkan maka segala urusan dunia ditinggalkan dan berduyun-duyun umat Islam ke masjid, atau sahaja sembahyang di mana yang sempat. Malangnya ini tidak berlaku di Malaysia. Beliau menambah, di Malaysia setiap kemajuan yang dibuat secara dasarnya boleh membawa pengaruh yang tidak baik. Semuanya demi elemen materialistik sahaja. Kedai dibuka 24 jam, orang hidup tak henti-henti dengan kebendaan. Walhal, di negara maju seperti United Kingdom atau Australia pun kebanyakkan urus niaga hanyalah sehingga jam 10.30 malam sahaja. “Jangan kata kedai 24 jam macam kedai mamak, nak minum beer pun bukan senang-senang pegang botol beer dan bawa ke sana sini untuk minum (merujuk di London dan Melbourne). Ini tak (di Malaysia),” katanya. “Tapi saya bukanlah yang jaga tu semua… I’m not the person who controls it. Untuk keluarkan lesen dan sebagainya. It’s not in my turf! (selaku EXCO yang berkaitan),” tambahnya lagi. Namun, menolak bahawa dirinya anti-kemajuan (anti-development), Hasan Ali berkata setiap perkara mestilah sama adil atau balance. “Macam ni lah, don’t get me wrong. I’m not anti-development… I’m not anti-economics… anti-business dan sebagainya… no! Tetapi saya hendak business must go along with ethics… business must go along with ‘akhlak’… business must go along…. Senang cerita… above all … religion (come first)! Tak kisahlah, Kristian punya religion ke… apa ke… mesti ada elemen itu. Tetapi, malangnya benda tu (religion) tak ada langsung” katanya. Namun, kini Hasan Ali mula mewujudkan elemen tersebut di Selangor terutamanya. Di Gombak contohnya, beliau telah mula mewujudkan khemah atau kontainer untuk bersolat di pasar-pasar malam. Beliau sediakan tempat untuk solat bagi muslim dan muslimah. Setidak-tidaknya, perkara ini adalah asas untuk mewujudkan kesedaran umat Islam untuk bersolat. Menjawab kepada soalan KritisOnline kemungkinan akidah umat Islam itu sendiri goyah akibat kesempitan hidup atau kemiskinan sebagaimana yang dilaporkan dalam beberapa tulisan portal dan blog, Hasan Ali tidak menafikan namun menegaskan bahawa ianya bukanlah punca utama dan terutama di negeri Selangor, pusat zakat berjaya memainkan peranannya dengan baik bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang benar-benar layak menerimanya. “(Pusat) Zakat has been doing very fine. Pusat zakat bagi tahu saya, siapa betul-betul orang miskin, and they fulfilled all the requirements, and yet they don’t receive zakat… bagi tahu saya. Zakat ni dah merata… kalau zakat di negeri Selangor ni dah merata dah (diberi),” jawab Hasan Ali. “Kenapa (pusat) zakat sahaja (yang disalahkan)? Kenapa tak Jabatan Kebajikan Masayarakat sekali?” tambahnya dalam isu kegagalan menolong umat Islam yang miskin yang mungkin menjadi faktor akidah mereka goyang. Dr. Hasan Ali menjelaskan bahawa kegagalan akidah adalah bermula secara fundamental. Pengajaran tentang Islam yang bermula seawal sekolah rendah hanyalah bersifat teknikal seperti pengajaran geografi atau sejarah atau subjek-subjek yang lain. Namun dari segi penghayatannya tidak ada langsung. Sebab itu akidah gagal dibentuk secara baik. Akidah boleh rosak bukan kerana kemiskinan sahaja. Kalau miskin, maka perkara yang ditawarkan oleh mereka yang mengajak kepada kekufuran (murtad) adalah wang. Tapi bagi mereka yang punyai wang, perkara lain pula yang ditawarkan seperti ideologi dan sebagainya. Dengan sebab itu, kini Dr, Hasan Ali di bawah portfolionya selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah mewujudkan satu unit khas yang dipanggil USA, singkatan kepada “Unit Selamatkan Akidah”, bertujuan bagi membantu mana-mana pihak yang dipercayai, setelah siasatan dilakukan, untuk menyelamatkan akidah mereka dari dipesongkan. Ianya telah ditubuhkan secara rasmi pada 5 September yang lalu iaitu seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri. Ditanya tentang keberkesanan USA, Hasan Ali menyatakan sehingga kini sudah menerima 35 orang atau kes yang datang kepada USA memohon untuk dibantu. “It is a very serious matter (apostasy). For me there’s no tolerance against apostasy and therefore… saya bersama JAIS dan MAIS… and I think Sultan has got the very same view you know, and Sultan is very serious about this thing, and we (together with JAIS and MAIS) are echoing what the Sultan says, I mean, MAIS, JAIS and me (the office of Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) are concentrating in preventing that (apostasy) from happen. Dah tak ada masa lah nak bincang-bincang,“ kata Hasan Ali. “Soal akidah adalah suatu perkara yang serius. Saya telah ditakdirkan untuk menduduki kerusi ini (EXCO dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) dan saya bukan sahaja bekerja untuk rakyat namun yang paling utama saya juga telah diamanahkan oleh Allah untuk melakukan apa yang disuruh-Nya”, kata Dr. Hasan Ali sebelum menamatkan bual bicara santai bersama krew KritisOnline. |
No comments:
Post a Comment