Pengumuman Rombakan Kabinet Negeri Sarawak ? |
Written by GreenHood |
Wednesday, 28 September 2011 11:53 |
Oleh: GreenHood Desas-desus yang hinggap ke cuping telinga saya kuat mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak yang baru menerima mandat dari rakyatnya dalam pilihanraya negeri ke-12 (PRN 12) akan melakukan rombakan besar. Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak dijangka bakal mengumumkan, pada jam 3 petang ini, senarai baru nama-nama menteri negeri termasuk kontroversi bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dikosongkan akibat kekalahan bekas Timbalan Ketua Menteri dahulu, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam dalam PRN 12 tersebut. Dr. George Chan juga telah mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Presiden SUPP ekoran kekalahan teruk parti tersebut dalam PRN 12 Sarawak yang lalu. Polemik kecenderungan kaum Cina menyokong DAP dan hilang kepercayaan terhadap SUPP menjadi masalah utama dalam Taib Mahmud menyusun barisan kabinetnya termasuklah cabaran Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menyarankan agar wakil-wakil SUPP tidak menerima sebarang jawatan sebaliknya memperbetulkan dalaman parti tersebut. Namun begitu kenyataan Soi Lek tersebut dianggap oleh pemerhati politik sebagai mencampuri urusan dalaman SUPP. Apa pun, kita tunggu sejauh mana kebenaran rombakan tersebut dan sama ada benar atau tidak ia bakal diumumkan jam 3 petang ini. |
No comments:
Post a Comment