Blog Archive

Thursday, September 8, 2011

"imperare οἶκος"

Imperare οἶκος - atau 'imperialisme ekonomi' lebih dahsyat dari perlawanan politik bahkan imperialisme ekonomi banyak kali menentukan corak politik sesebuah negara. Dalam kebangkitan kaum Yahudi selepas peristiwa holocaust, mereka meningkatkan imperialisme ekonomi terdahulu dan akhirnya menjadi kuasa lobi politik utama di Amerika Syarikat bahkan secara halus menguasai politik dunia melalui negara itu.

Kepentingan ekonomi tidak disangkal lagi boleh menentukan jatuh bangun sesebuah negara justeru menjadi 'pemain utama' ekonomi sesebuah negara adalah idaman setiap 'money-maker'. George Soros adalah lagenda ekonomis yang menyerang beberapa buah negara tidak lama dahulu dengan permainan matawangnya dan menyebabkan ekonomi dunia tergugat secara amnya.
 
Di Malaysia, perkara yang sama juga berlaku dengan para pemain utama yang tersenarai antara mereka yang terkaya di dunia, zahirnya, namun secara tersirat melibatkan nama-nama yang biasa kita dengar tetapi tidak pula terjangka terlibat dalam 'imperialisme ekonomi'.
 
Agak malang, di Malaysia permainan ekonomi yang kelihatan dipegang mengikut pecahan perkauman Melayu, Cina dan India seringkali mengaburi permainan sebenar yang dimonopoli oleh 'tycoon-tycoon' tertentu yang juga menguasai lanskap politik negara.
 
Apa pun, saya masih melihat beberapa siri permainan imperialisme ekonomi yang kuat bermain dalam asyik rakyat Malaysia ternanti-nanti tarikh pilihanraya umum ke 13 dan siapakah bakal meneraju kepimpinan negara kelak.
 
 
 

No comments:

Post a Comment