Blog Archive

Tuesday, September 6, 2011

Hishamuddin Mesti Ambil Iktibar Dari Rais Yatim



Saya terfikir dimanakah kewajaran kenyataan Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn (gambar di atas) sebagaimana dilaporkan oleh Bernama dan disiarkan dalam beberapa akhbar perdana termasuk laman sesawang dan blog.

Membaca kritis-online.com bertajuk Home Minister-Suggests Legal Action Over Mat Sabu's Alleged Statement, saya kira kenyataan Hishamuddin belum kena pada waktunya. 

Setidak-tidaknya, mengambil 'sample' dari kes Dato' Seri Utama Rais Yatim dapat dipelajari teknik memberi tauladan kepada rakyat dengan menyediakan 'precedent' atau kes duluan yang baik dan boleh diikuti bilamana dirinya ditohmah oleh seorang blogger.




Antara anggota polis yang terlibat dalam peristiwa bersejarah Bukit Kepong


Di dalam kes Mat Sabu yang hangat diperkatakan, Hishamuddin telah menyarankan agar waris-waris anggota yang terlibat dalam peristiwa hitam Bukit Kepong mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat sabu. 

Secara am, saya turut bersetuju dengan beliau namun alangkah baiknya jika beliau sendiri yang memulakan inisiatif mengambil tindakan undang-undang terhadap Mat Sabu kerana beliau juga merupakan waris antara nama yang disebut oleh Mat Sabu sebagai pengkhianat iaitu allahyarham Dato' Onn Ja'afar.

 
Allahyarham Dato' Onn Ja'afar



Mengambil tauladan dari perbuatan Rais Yatim, beliau tidak banyak bercakap dan terus mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mendapatkan remedi atas tuduhan jahat yang dikenakan ke atasnya dan seterusnya menjejaskan imej beliau sebagai 'orang yang bernama dan berjawatan besar'. Beliau membuka pintu yang luas bagi rakyat Malaysia mengikut jejak langkahnya jika diserang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab; lebih-lebih lagi bila tiadanya peruntukkan undang-undang yang khusus dalam kes-kes sebegini. 

Justeru, saya kira, Hishamuddin wajar melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Rais Yatim dalam merintis kepada waris-waris lain yang terlibat dalam insiden penghinaan Mat Sabu terhadap anggota-anggota polis yang berkhidmat dalam tragedi Bukit Kepong. 

Jika ini dapat beliau lakukan dari mengusulkan orang lain melakukannya terlebih dahulu, saya kira Hishamuddin bukan sekadar "walk the talk" bahkan beliau adalah "a good leader shows a quality leadership" dalam menyediakan "precedent" atau kes duluan - agar perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan serta digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab meraih kepentingan politik dan peribadi.

Hishamuddin bakal mengukuhkan lagi perisai mangsa-mangsa tohmahan dan fitnah politik yang begitu berleluasa dewasa kini di samping kes yang telah dibina oleh Rais Yatim.



Mat Indera


Oh ya, kepada Mat Sabu pula - ingin saya sarankan agar beliau menemui waris-waris Mat Indera dan bantu mereka dalam memulakan tindakan mahkamah bagi mendapatkan halangan atas sejarah yang (kononnya) tidak benar itu dan mulakan prosiding membetulkan sejarah yang sewajarnya (jika benar). Beliau perlu ingat, bukan semua rakyat sepertinya yang suka "main politik" dan suka mempolitikkan semua perkara!

No comments:

Post a Comment