Blog Archive

Monday, March 14, 2011

namanya PAK MENTERI... parlimen JANGAN tertinggal!

Satu panggilan telefon dari seorang sahabat. Katanya mahu atau tidak saya mengikuti perjalanan harian seorang "pak menteri". Saya bertanya, menteri mana dan ke mana? 

"Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Zahid Hamidi..." balasnya. "Dan kita akan mengikuti program beliau di kawasannya. Bagan Datoh, Perak bermula hari Sabtu 12 Mac hingga Ahad 13 Mac 2011..." ringkasnya lagi.


****

Baiklah. Mengikuti perjalanan seorang menteri bukanlah suatu yang asing bagi saya. Selepas menjadi wakil calon bagi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004, dan calon yang saya wakili tersebut menjadi satu-satunya menteri penuh dalam negeri Selangor, saya juga telah ditugaskan membantu politik beliau. Sebagai sahabat kepada beliau, saya faham akan kedudukannya sebagai menteri penuh. Jadualnya amat padat dan ketat. Sebagai pak menteri, dan juga sebagai ahli parlimen, tidak terkecuali sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, setiap satu tugas sahabat saya itu berbeza. Namun, seorang pemimpin yang baik akan dapat menjalankan setiap satu fungsinya dengan berkesan dan penuh jaya. Pengetahuan inilah yang saya bawa dan nilaikan dalam perjalanan mengikuti Pak Menteri Pertahanan Negara, Y.A.B. Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi.

Menerima tentative program yang tidak kurang dari 10 acara hanya untuk hari Sabtu sahaja menunjukkan bahawa time is an essence. Kejayaan beliau mengikuti setiap satu dari program yang telah dijadualkan tanpa membatalkannya adalah satu kejayaan bagi seorang wakil rakyat. Walaupun pada sebelah malamnya, hujan yang amat lebat turun mencurah-curah ketika beliau merasmikan majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-128 Tokong Poh Ann Keong, Pasir Laut beliau tidak membatalkan program Bersantai Bersama Pemuda-Pemuda UMNO Bahagian Pasir di Ghaddarf Marble setelah selesai di tokong tersebut. Menutupi program rasmi di Ghaddarf Marble, Zahid Hamidi melengkapi setiap satu program yang telah disusun dengan jayanya.


Semua program yang telah disusun termasuk majlis-majlis perkahwinan penduduk dalam parlimen Bagan Datoh telah dihadiri dan ditunaikan. Kudos diucapkan kepada Datuk Seri. 

Namun, saat yang saya nanti-nantikan adalah ketika beliau berada di rumahnya (sebenarnya adalah rumah keluarganya yang masih didiami oleh orang tuanya). Berdasarkan pengalaman saya, saat dan ketika inilah yang menjadi tumpuan rakyat untuk datang dan mengemukakan masalah secara in-person. Apabila mengetahui bahawa ahli parlimen yang mereka undi pada tahun 2008 berada dalam kawasan, maka mereka akan mencari ahli parlimen tersebut di rumahnya. Dan benar, perkara ini benar-benar berlaku disaksikan oleh saya bersama beberapa rakan penulis yang turut dijemput untuk mengikuti hari bersama Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi.


Zahid Hamidi berada di rumahnya dua (2) kali pada waktu siangnya sebelum melabuhkan tirai malam selepas program bersama Pemuda.

Waktu yang pertama adalah bagi beliau rehat dan menunaikan solat zohor. Dan waktu yang kedua adalah bagi menunaikan solat maghrib.

Jelas di hadapan mata saya, waktu yang dikatakan "waktu rehat" itu hanya tinggal nama. Setiap masanya tetap melayani setiap manusia yang mahu berjumpa dengannya. Bahkan, bukan hanya "orang tempatan", tidak ketinggalan mereka yang jauh turut hadir dengan urusan dan permasalahan yang mereka bawa untuk dibantu oleh Zahid Hamidi. Sebagai contoh, bekas ahli parlimen Temerloh iaitu Kamarulzaman bin Baria turut hadir di kediaman keluarga Zahid lewat petang hari.

Dan hati saya penuh ikhlas memuji, Zahid Hamidi sekali lagi menunjukkan sikap yang sewajarnya ada pada setiap Pak Menteri mahupun Timbalan Menteri. Priority beliau adalah kepada rakyat dalam kawasannya, pengundinya. Keperihatinan extra yang beliau berikan kepada orang kawasannya melebihi orang luar yang "memburu" beliau hingga ke rumahnya adalah amat dipuji dan bagi saya secara peribadi mencapai salah satu point KPI yang awal-awal lagi saya letakkan sebelum mengikuti program Sehari Bersama Menteri Pertahanan Negara ini.

Bahkan, apabila cuping telinga saya menangkap bait-bait ayat


"Aii... sampai ke sini mencari saya? Kat KL susah jumpa ke? Bagilah chance pada pengundi saya.." 


(walaupun cara ianya diluahkan penuh jenaka... tetapi sinis) membuatkan saya turut tersenyum dan bersetuju dengan beliau.

****

Cuma satu sahaja kekurangan dari kacamata saya... Mungkin Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi boleh menambat lagi hati para pengundinya lebih jika beliau mengurangkan konvoi yang mengekori pergerakannya dari satu program ke satu program serta mungkin juga beliau boleh menyusun program luar jangka dengan menziarahi rumah ke rumah rakyat dalam parlimennya tanpa memberitahu si pemilik rumah yang awalnya sudah dikenal-pasti oleh jentera parlimennya secara discreet. Sentuhan yang paling dianggap manis dan bermakna adalah sentuhan peribadi dari seorang bergelar Pak Menteri dengan rakyat yang bergelar marhaen ~ wallahua'lam bissawab.

(catatan Perjalanan Sehari Bersama Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi juga boleh dibaca melalui sahabat pena Panglima Perang Cyber dan Pena KSJ)

3 comments:

  1. Sebelum ini ramai yang tidak mengetahui secara lebih jelas mengenai beliau. Adakah langkah ini diambil sebagai "desperate measure" oleh beliau bagi survival politik beliau sepertimana yang pernah beliau ucapkan di Perhimpunan UMNO berkenaan peranan pencatat (blogger). Pada pengamatan saya, bukan mudah untuk beliau memberi peluang kepada mana2 blogger utk mendekati beliau.

    ReplyDelete
  2. u must be somebody...

    ReplyDelete
  3. Anonymous #1 - 'desperate measure' adalah kemungkinan. tetapi suka untuk saya mengatakan bahawa 'it's better late than never'. bahkan, ucapan beliau serta YAB Presiden parti yang mengingatkan kepentingan penguasaan 'dunia maya' tidak boleh dipandang ringan dan menjadi salah satu medium paling berpengaruh dalam era 'new-politic'.

    Anonymous #2 - saya hanya orang biasa seperti anda semua. :)

    ReplyDelete