Blog Archive

Thursday, May 30, 2013

Archive #100 - Barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor Dan Khayalan Azmin


Column by: GreenHood

Teka-teki siapa exco kerajaan negeri Selangor akan terurai Khamis ini apabila menteri besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memaklumkan kepada media bahawa DYMM Sultan Selangor telah perkenan senarai nama 10 exco yang dibawanya.

Selangor menjadi negeri terakhir mengadakan upacara angkat sumpah exconya kerana kesulitan yang dikesan terhasil dari masalah dalaman pakatan Dap-Pkr-Pas seawal pemilihan menteri besar yang menyaksikan Khalid Ibrahim dipilih semula setelah persetujuan ketiga-tiga parti di atas.

Terdahulu, timbalan presiden Pkr, Azmin Ali dikatakan telah mengecam keluarga ketua umum pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh mengamalkan politik kronisme dan nepotisme apabila mahu mengekalkan legasi beliau dan ini dikaitkan dengan peranan presiden Pkr, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta anak perempuan mereka, Nurul Izzah yang turut memegang jawatan naib presiden parti.

Bisik-bisik mengatakan kecaman Azmin adalah bagi menekan Anwar dan Wan Azizah yang mahu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar sedangkan jawatan tersebut telah lama diintai Azmin.

Sumber dalaman turut memaklumkan bahawa Azmin telah melobi pihak istana sebelum pilihanraya ketiga belas (PRU13) berlangsung dan susunan calon Pkr bagi Selangor telah ditentukan oleh Azmin yang meletakkan Khalid Ibrahim di kawasan yang diyakini beliau akan menyebabkan kekalahan kepada Khalid, namun ia tidak berhasil apabila Khalid telah memenangi kerusi di Klang tersebut.

Sumber dalaman istana turut menguatkan hujah bahawa pihak istana pada asalnya tidak berkenan terhadap kedua-dua Khalid mahupun Azmin kerana latarbelakang korporat serta terlalu berpolitik sebagai menteri besar Selangor dan pihak istana mahukan individu yang memahami pentadbiran serta berlatarbelakangkan agama. Setidak-tidaknya, itu adalah syarat yang dikenakan kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya BN menang bagi mebentuk kerajaan negeri  pada PRU13 lalu.

Walaupun ada usaha dibuat bagi mendesak Pas untuk melobi kerusi menteri besar atas faktor memenangi 15 kerusi berbanding Pkr yang hanya peroleh 14 kerusi, namun Pas seakan tidak berupaya untuk menanggung pentadbiran Selangor yang jauh menyimpang dari perjuangan asal mereka iaitu memartabatkan agama Islam apatah lagi bilamana Selangor adalah sebuah negeri yang sangat maju dari segi ekonomi serta demografi pecahan kaum yang sangat rapat dari segi peratusannya.

Dilema menghapuskan industri haram di sisi agama Islam seperti kilang arak di Shah Alam serta rumah-rumah urut yang bersepah peninggalan pentadbiran Khalid Ibrahim sepanjang 2008-2013 tidak memungkinkan Pas mengepalai jentera pentadbiran negeri.

Turut menjadi dilema apabila mereka terpaksa berhadapan para penganut agama lain seperti Kristian, Hindu, Buddha atau Taoisme yang menuntut keadilan dalam membangunkan rumah-rumah ibadat mereka serta pengembangan agama mereka.

Justeru, hanya wakil dari Pkr yang dikatakan layak menduduki kerusi menteri besar dan bagi menutup kelemahan Pas di atas, dogma negeri Selangor adalah kuota kepada Pkr dalam mengurus tadbir kerajaan tercipta sebagaimana Pulau Pinang dikatakan kuota kepada Dap dan Kelantan kepada Pas telah dicipta.

Berbalik kepada soal siapakah 10 exco yang bakal mengangkat sumpah Khamis nanti, tiada nama yang bocor dari mulut Khalid Ibrahim mahupun orang-orang yang rapat dengan beliau.

Namun, melalui media pro-pakatan seolah seiya dan sekata bersuara menggambarkan Azmin Ali yang juga merupakan ahli dewan undangan negeri Selangor (Adun) tidak tersenarai dalam 10 nama tersebut kerana rekod perselisihan beliau dengan Khalid. Tidak mahu memanjang isu tersebut, mereka turut menamakan Teresa Kok sebagai penyandang exco yang tergugur secara otomatis bilamana beliau tidak bertanding mana-mana kerusi adun dan hanya punyai satu jawatan selaku ahli parlimen Seputeh sahaja.

No comments:

Post a Comment