Sudah dua
kali Rafizi Ramli membuat sidang media berkaitan urusniaga yang melibatkan
Deepak, kononnya!
Pertama,
pada 29hb Disember 2012 lalu di ibupejabat PKR, Merchant Square Damansara (klik sini) dan kali kedua pada 31hb Disember 2012 (klik sini) juga di ibupejabat PKR tersebut.
Faktanya
sama iaitu urusniaga pengambilan saham bernilai RM30 juta terbitan Astacanggih
Sdn Bhd serta 200 ekar tanah milikan Awan Megah Sdn Bhd dengan pembelian
bernilai RM130 juta.
Kedua-dua
aset iaitu saham serta tanah tersebut kononnya bakal diambil oleh Bakti Wira
Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Boustead Holdings Berhad.
Sama ada Boustead
mahu pun Bakti Wira kedua-duanya dikaitkan dengan Lembaga Amanah Tabung
Angkatan Tentera Malaysia atau LTAT.
“Corporate
exercise” ini seterusnya dituding kepada Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
selaku menteri pertahanan yang kononnya punyai kuasa mengarahkan LTAT untuk
membuat apa sahaja.
Untuk lebih
menarik, urusniaga ini kononnya bakal memberi keuntungan kepada Deepak bagi
menutup apa juga keceluparan Deepak terhadap perdana menteri dan isteri.
cerita lanjut (klik sini) |
Sungguh
licik usaha Rafizi Ramli dalam mengatur “game plan” seolah-olah salah guna
kuasa berlaku sedangkan tiada bukti campurtangan kementerian pertahanan apatah
lagi menterinya sendiri, Ahmad Zahid Hamidi melainkan “assumption” dan “presumption”
yang dibuat sendiri oleh Rafizi memandangkan tiada dokumen berkaitan dengannya
seperti minit mesyuarat mahu pun “standing order”.
Jika ada pun hanyalah keratan akhbar dan laporan audit LAMA sewaktu Zahid sendiri belum menduduki jawatan yang dijawatnya iaitu tahun 2005.
Jika ada pun hanyalah keratan akhbar dan laporan audit LAMA sewaktu Zahid sendiri belum menduduki jawatan yang dijawatnya iaitu tahun 2005.
Mengaitkan
nama Zahid, lebih mudah kerana Zahid sendiri dikaitkan dengan usaha menjawab
segala tohmahan yang dilemparkan oleh Deepak sewaktu Perhimpunan Agung UMNO
2012 yang lalu.
MalaysiaKini
berjaya memerangkap Zahid sewaktu Zahid mengunjungi “medan media” yang
menempatkan para pengamal media termasuklah wartawan MalaysiaKini sewaktu
membuat liputan perhimpunan tersebut.
Andaian
mudah saya adalah sama ada Zahid tidak pernah sama sekali mengeluarkan
kenyataan untuk menjawab dan berita itu telah dipalsukan ATAU Zahid hanya
bermain kata-kata bagi “dismiss” soalan-soalan lanjut berkaitan Deepak dari
wartawan tersebut.
cerita lanjut (klik sini) |
Apa pun,
Zahid berhak untuk tidak menjawab sebagaimana yang beliau telah lakukan sewaktu
ucapan penggulungannya. Tindakan Zahid amat bertepatan kerana beliau
sememangnya tiada “locus standi” bagi menjawab isu mengenai pihak lain
terutamanya perdana menteri dan isteri.
Sebaliknya,
Rafizi Ramli yang fasih dengan struktur pentadbiran serta ekonomi negeri
Selangor wajar melihat kepincangan demi kepincangan menteri besarnya, Tan Sri
Khalid Ibrahim dalam melakukan beberapa “corporate exercise” serta “corporate
decision” yang dilakukan olehnya.
Rafizi
Ramli perlu ingat bahawa beliau satu ketika dahulu pernah menjawat jawatan CEO
dalam pejabat penasihat ekonomi negeri Selangor dengan gaji yang lumayan hasil rakyat negeri Selangor.
Antara yang
menjadi tanda tanya rakyat negeri Selangor adalah pengambilan dan penebusan
hutang Talam Corporation.
Walau pun “kertas
putih Talam” telah dikeluarkan lebih dari setengah tahun setelah Khalid
berjanji untuk mengeluarkannya, namun kertas putih tersebut dipandang sebagai
satu “karangan ekonomi” oleh ketua pembangkang negeri Selangor sendiri, Dato' Satim Diman
(klik sini).
“Round-tripping
figure” yang ditonjolkan oleh Khalid masih menjadi tanda tanya apabila Bursa
Saham sendiri masih tidak dapat gambaran jelas sturktur sebenar pelunasan hutang-hutang terakru Talam
atau Trinity Corporation (nama baru Talam).
cerita lanjut (klik sini) |
Kemusyikan
terhadap kaedah penutupan hutang Talam dengan pengambil-alihan oleh Menteri
Besar Incorporated (MBI) dibayangi oleh anak-anak syarikat berkepentingan
seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Selangor Darul Ehsan
(KSDB), Kumpulan Perangsang dan lain-lain.
Anak-anak
syarikat ini dikatakan “telah menjadi mangsa” kerajaan negeri untuk menyelesaikan berbagai
hutang negeri termasuklah hutang air kepada Syabas.
Sebagai
contoh, baru-baru ini PNSB yang tidak punyai apa-apa hutang lain terpaksa
membuat pinjaman segera dikatakan bagi membayar kepada Talam bagi pihak kerajaan negeri atau MBI dan akibatnya PNSB menanggung hutang baru.
Apabila
PNSB mula tertekan untuk membayar hutang pinjaman baru, maka asetnya terpaksa dicairkan
dan ini dapat dilihat dalam penyenaraian iklan atau tender menjual asetnya di
Bukit Cherakah, mukim Ijok seluas 199.28 ekar (gambar).
Benar,
Khalid berjaya melakukan “corporate exercise” tetapi amalannya sebagai
pentadbir kerajaan negeri dalam melakukan “corporate exercise” sedemikian
adalah satu tindakan tidak bermoral demi menjaga satu syarikat bernama Talam
serta janji-janjinya terhadap pemberian air percuma.
Persoalannya,
Rafizi Ramli yang begitu beriya-iya mahukan urusniaga yang bersih terhadap
kerajaan pimpinan BN boleh “membutakan matanya” terhadap kerajaan pimpinan
pakatan yang beliau sendiri mahiri sewaktu menjadi CEO pejabat penasihat
ekonomi negeri.
Skandal “Talam-gate”
bukannya satu-satu skandal yang melibatkan kepentingan rakyat negeri Selangor
wajar disiasat oleh Rafizi sendiri bahkan urusniaga PKNS serta Yayasan Selangor
perlu juga dirungkai.
cerita lanjut (klik sini) |
PKNS yang
terpaksa mencairkan asetnya dalam bentuk pajakan mahu pun gadaian semata-mata
bagi memperolehi kecairan yang banyak secara tidak langsung memperjudikan aset
berkepentingan tinggi seperti bangunan PKNS serta SACC itu.
Bahkan,
tanah kepunyaan Yayasan Selangor yang mula dijual seperti tanah asrama Yayasan
Selangor di Kampung Pandan, bangunan PKNS di Bukit Bintang dan menamatkan
secara paksa kontrak pajakan tanah kepada dua buah syarikat di Pulau Carey (klik
sini dan sini) demi diberikan kepada sbuah syarikat yang juga dipertikaikan
kredibilitinya adalah suatu yang lebih teruk dari urusniaga Bakti Wira Sdn Bhd.
Rafizi juga
perlu jelaskan kepada rakyat negeri Selangor apa perkembangan projek
pembersihan Sungai Klang yang dianggarkan bernilai RM50 billion dan telah
dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor beberapa tahun lalu?
Baginda
Sultan sanggup mencemarkan duli untuk merasmikan sebuah projek “palsu” dan ini
secara tidak langsung mencemarkan nama baik Tuanku.
Di sebalik dividen yang tinggi diberi kepada pemegang saham LTAT bagi tiga tahun berturut-turut (2010, 2011 dan 2012) dan lebih tinggi dari mana-mana saham pelaburan yang lain, mungkin Rafizi boleh terus membuat laporan SPRM jika diyakini punyai bukti kukuh salah guna kuasa oleh Zahid Hamidi atas suruhan Najib Razak dari hanya membuat sidang media murahan.
Clean up act is required at the backyard...
ReplyDeleteI guess overyone should clean their own shit rather than trying to be a hero.
Delete