Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV diwujudkan bertujuan meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM serta keluarga berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Skim bantuan ini hanyalah bersifat sementara sahaja.
JENIS-JENIS SKIM BANTUAN
Bantuan Sara Hidup
- Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM dan tanggungan mereka yang dhaif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik berdasarkan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.
- Kadar bantuan maksimum sekeluarga ialah RM300.00 sebulan.
- Skim ini juga meliputi balu dan anak yatim piatu kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia...
Bantuan Persekolahan Bantuan Persekolahan JHEV
- Bertujuan membiayai anak-anak Veteran ATM yang kurang mampu untuk meneruskan pelajaran mereka di peringkat rendah dan menengah berasaskan kelayakan mengikut kiraan PGK yang ditetapkan.
- Kadar bantuan adalah RM500.00/setahun bagi sekolah rendah dan RM700.00/setahun bagi sekolah menengah.
Bantuan Peralatan Pesakit
Bantuan Kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Skim bantuan kemasukan ke IPTA ini bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam bagi anak-anak Veteran ATM sebagai memberi galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
- Pemohon hanya layak menerima satu kali bantuan sahaja sama ada di peringkat diploma dengan kadar RM1000 atau ijazah RM1500.
Bantuan Bencana Alam
- Skim ini bertujuan memberi bantuan kewangan sekaligus untuk meringankan kesusahan, kerosakan kepada rumah kediaman yang dialami bencana alam seperti ribut, kebakaran dan sebaginya.
- Kadar bantuan maksima adalah RM5000 atau 10% dari jumlah kerugian.
- Permohonan mesti disokong dengan bukti/laporan rasmi pihak berkuasa seperti JKKK, penghulu, ADUN, polis atau bomba.
|
|
No comments:
Post a Comment