Blog Archive

Wednesday, November 14, 2012

Archive #84 : Pembohongan Nurul Izzah @N_Izzah Terhadap Penganut Kristian & Pihak Gereja

Written by GreenHood   
Tuesday, 13 November 2012 22:31


Oleh: GreenHood

Kenyataan Nurul Izzah dalam satu forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang berbunyi:

“People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays”

bukanlah satu kes baru dan terpencil. Sebelum ini, Anwar Ibrahim ayah kepada Nurul Izzah sendiri pernah mencetuskan kontroversi pluralisme dalam soal beragama.

Anwar Ibrahim ternyata bijak dalam mensasarkan kumpulan sokongan bagi memenangi piliharaya ke 13 nanti.

Punyai ramai kenalan bukan Melayu, saya turut pernah digambarkan bahawa antara jalinan yang kuat terbentuk adalah jalinan gereja yang terdiri dari para veteran kerajaan, swasta, profesional dan lain-lain.

Jalinan gereja punyai kekuatan tersendiri dan jangan terkejut jika jalinan mereka tidak berlingkar dalam negara sahaja bahkan luar negara.

Berbalik kepada kenyataan Nurul Izzah yang jelas dalam sedutan rakaman video di bawah, ianya bukanlah sebagaimana dolak-dalik Dr Wan Azizah yang mengaitkan insiden tersebut dengan fitnah (rujuk Sinar Harian).

Mendengar kenyataan Nurul Izzah, seseorang yang waras pasti tahu dan faham jika ia diambil secara literal, tetap akan berbunyi:

“Seseorang itu tidak boleh dipaksa menganut sesuatu agama dan ini termasuklah (orang) Melayu”

Namun, benarkah Nurul Izzah dan keluarganya (Anwar Ibrahim dan Wan Azizah) selaku peneraju utama PKR akan mengotakan kata-kata mereka jika jalinan gereja ini membuang undi kepada mereka dan ditakdirkan menang?

Nurul Izzah serta keluarganya pasti akan mendapat tentangan dari pakatan mereka, PAS. Itu sudah pasti.


Namun PAS yang terpengaruh dengan naluri ingin menang pasti hanya akan mengambil sikap ‘tutup mata dan tulikan telinga’ dengan apa sahaja perkataan mahupun perbuatan Anwar atau anaknya sehinggalah mereka benar-benar menang dalam pilihanraya nanti.

Siti Zabedah Kassim, ahli Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) yang bertanggung jawab melontarkan soalan hingga terkeluarnya kenyataan kontroversi Nurul Izzah, turut dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau amat kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang pusing 180 darjah (hairannya kenapa bukan 360 darjah? sebab Nurul Izzah tetap tidak menarik balik keseluruhan kenyataannya) dari apa yang beliau nyatakan terdahulu, setelah beliau (Nurul Izzah) dipanggil oleh JAIS baru-baru ini.

Kenyataan bertulis Nurul Izzah di mana kandungannya difahami tetap tidak mengaku membenarkan Melayu memilih agama mereka sendiri selain Islam sebaliknya menuduh media perdana di bawah kawalan kerajaan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai memanipulasikan konten keseluruhan hujahnya.

Untuk makluman umum, andai ditakdirkan pakatan menang adakah Anwar, Nurul Izzah dan seluruh ahli keluarganya tetap akan berhadapan dengan kumpulan ortodoks PAS, serta UMNO dan majoriti masyarakat Melayu-Islam selain institusi Raja-Raja yang mengetuai umat Islam Malaysia untuk membenarkan pluralisme dan menarik semula peruntukan keistimewaan Melayu-Islam sebagaimana termaktub dalam perlembagaan?

Adakah jalinan gereja akan mempercayai janji-janji Anwar mahupun Nurul Izzah semata-mata pandangan ‘luar biasa’ mereka yang kelihatan menyokong gerakan selain Islam dalam mengembangkan agama mereka tanpa sekatan dan had tertentu terutamanya perlembagaan?

Ada pepatah Inggeris yang menyebut ‘half-truth is a total lie’.

Anwar dan anaknya sedang bermain permainan ‘half-truth’ dalam kelompok jalinan gereja demi meraih kepentingan politik semata-mata dan adakah kita rakyat Malaysia menyedarinya?

No comments:

Post a Comment