Blog Archive

Sunday, November 25, 2012

Archive #85 : Nurul Izzah, Utusan, JAIS, Jenayah Murtad & Politik PRU13




Oleh: GreenHood

Tetap menjadi topik kegemaran saya adalah kes Nurul Izzah dan kenyataan ke arah “Melayu boleh memilih agamanya sendiri selain Islam”.

Terbaru, Nurul Izzah mengotakan janjinya untuk menyaman sesiapa yang beliau fikirkan telah menfitnah dirinya.

Utusan Malaysia disaman

Dalam hal ini, Utusan Malaysia menjadi sasaran beliau. 

Satu saman telah dimasukkan selain permohonan injunksi menghalang Utusan dari terus terusan menerbitkan artikel ke atas dirinya dalam hal kenyataan kontroversi beliau di sebuah forum di dewan gereja Full Gospel Tabernacle, Subang.

Saya percaya antara hujah yang bakal dikemukakan adalah ayat-ayat yang menyentuh  soal akidah dan kepercayaan beliau sebagai seorang muslim.

Demikian itu beliau percaya bahawa persoalan akidah dirinya tidak boleh disentuh oleh mana-mana pihak termasuk Utusan walaupun Utusan hanya menerbitkan berita berdasarkan berita yang diambil dari pihak kedua (lanjutan atau kupasan ada di pautan www.agendadaily.com/DENGAR-CERITA/konflik-agama-dap-menangguk-di-air-keruh.html)

Dalam konteks ini, siapakah yang boleh menyentuh soal akidah beliau?

Peranan JAIS

Jawapannya hanya satu, JAIS!

Beliau pernah dilaporkan telah dipanggil oleh pihak JAIS bagi memberi keterangan terhadap isu di atas.

Kemudian, tiada berita lanjut.

Tiada tindakan saman mahupun pertuduhan dikenakan ke atas dirinya oleh JAIS walaupun ada undang-undang berkaitan kesalahan akidah (seksyen 4-8 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 serta seksyen 9-16 enakmen yang sama berkaitan mempersendakan kesucian agama Islam dan institusinya).

Kekurangan dalam undang-undang berkenaan murtad amat ketara di negeri Selangor.
Tiada peruntukan yang jelas, namun andainya ada, maka peruntukan seksyen 46-52 enakmen tersebut berkenaan penyubahatan dan percubaan (kepada murtad) boleh dipakai.

Contohnya, jika di negeri Melaka, terdapat peruntukan yang jelas tentang kesalahan murtad dan penyubahat kepada murtad seperti yang dinyatakan oleh Zulkifli Hasan (pautan http://zulkiflihasan.files.wordpress.com/2008/06/isu-undg-jnyh-msia.pdf):

“Seksyen 66(1) Enakmen Kesalahan Syariah (Melaka) 1991 menyatakan bahawa apabila seseorang Islam dengan sengaja mengaku hendak keluar dari Agama Islam atau mengisytiharkan dirinya sebagai orang yang bukan Islam, Mahkamah boleh memerintahkan orang itu supaya ditahan di Pusat Bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi enam bulan dengan tujuan pendidikan dan orang itu diminta bertaubat mengikut hukum syarak. Jika seseorang telah bertaubat, maka taubatnya itu mestilah disahkan di Mahkamah dan kemudian barulah dia boleh dibebaskan. Jika pula seseorang itu bertaubat semasa dalam tahanan, Pegawai Penjaga hendaklah melaporkan perkara itu kepada mahkamah dan taubatnya juga perlu disahkan oleh Mahkamah. Seksyen  6 (1) pula memperuntukkan seseorang yang bersyubahat dibawah seksyen 66  adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga puluh enam bulan atau kedua-dua nya sekali”

Justeru, kegagalan JAIS mengambil tindakan dan mengenakan sebarang pertuduhan ke atas Nurul Izzah akan menjadikan Utusan sebagai pihak yang bakal didapati bersalah oleh mahkamah sivil, pada pandangan peribadi saya (namun diakui terdapat banyak lagi ruang lompong yang memungkinkan Utusan memenangi kes ini, sekiranya menggunakan khidmat peguam yang benar-benar mahir).

Melainkan ada pertuduhan ke atas Nurul Izzah, maka keputusan mahkamah sivil itu kelak bakal tertangguh sementara menantikan keputusan dari mahkamah syariah.

Persoalannya; adakah JAIS akan mengambil sebarang tindakan susulan iaitu pertuduhan ke atas Nurul Izzah?

Mana peranan exco agama Islam dan barisan ADUN muslim kerajaan negeri Selangor?

Berkenaan jenayah murtad yang saya usik sedikit di atas, amat jelas kekurangannya dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 itu.

Telah sekian lama menjadi polemik kepada PAS, namun kesempatan PAS bersama sekutunya yang membentuk kerajaan negeri Selangor amat dimusykili.

Adalah suatu yang malang, apabila peruntukan mengenai jenayah murtad tidak mendapat tempat di sisi exco berkaitan agama Islam di negeri Selagor sedangkan beliau boleh mengusulkan untuk melakukan sebarang pindaan ke atas peruntukan yang kurang dalam enakmen berkaitan.

Apatah lagi bilamana exco tersebut adalah menteri besarnya sendiri.

Atau mungkin lebih mudah bagi beliau (exco / menteri besar) serta rakan sekutunya termasuk PAS menuding jari dan meletakkan seluruh kesalahan itu (enakmen jenayah syariah yang longgar) kepada kerajaan negeri terdahulu serta kerajaan persekutuan yang diterajui oleh BN demi agenda politik?

2 comments:

  1. Bro.. tabik.. you are absolutely right...

    ReplyDelete
  2. but still no one wants to do anything about it and let Nurul Izzah freely confusing muslims.

    ReplyDelete