Blog Archive

Friday, August 24, 2012

@KHALID_IBRAHIM COUNTER STRIKE RM2.7 BILLION TERHADAP UMNO ; ALLEGATION ATAU DEFAMATION?

(klik sini)
Kurang dari setengah jam yang lalu melalui TL akaun Twitter aku membaca satu pertuduhan baru yang amat berat terhadap kepimpinan kerajaan pusat BN di bawah Najib Tun Razak oleh kerajaan pakatan negeri Selangor di bawah Khalid Ibrahim.

Tuduhan-tuduhan itu telah dilemparkan melalui SATU DOKUMENTARI KHAS yang direkodkan secara klip video berdurasi 5:55 minit.

Antara tuduhan-tuduhan yang dilemparkan adalah penggemblengan kewangan sebanyak RM2.7 billion yang diagih-agihkan kepada "KETUA-KETUA UMNO BAHAGIAN" dalam negeri Selangor.

Antara lain, ayat yang diguna-pakai adalah "PERBUATAN TERSEBUT ADALAH SATU PENCURIAN" wang rakyat.

Turut dituduh adalah "RASUAH-RASUAH PILIHANRAYA" oleh kerajaan pusat kepada rakyat seperti pemberian BR1M, TR1M dan sebagainya.


(klik sini)
Yang paling menarik adalah bagaimana klip video yang memaparkan gambar-gambar berbentuk INNUENDO seperti mengetengahkan beberapa karektor mencium tangan pemimpin serta wajah Rosmah Mansor.



Menarik sekali adalah klip video berbentuk dokumentari khas ini dihasilkan dalam keadaan Selangor di bawah kepimpinan Khalid Ibrahim menerima asakan demi asakan termasuklah soal Geran Selangorku bernilai RM300 juta, skandal Talam yang melibatkan jumlah menghampiri RM1 billion, skandal kegawatan air dan Syabas, skandal UNISEL serta politik dalaman yang melibatkan nama-nama seperti Azmin Ali, Faekah Husin dan sebagainya.

Jom kita tonton episod terbaru ini!! 

(p/s: sila jangan percaya bulat-bulat video klip di bawah. double check dahulu isi kandungannya yang menyemai 'politic-hatred' dan melambung diri sendiri. kalau tak suka, jangan lupa klik 'dislike')




1 comment:

  1. macam mana leh termasuk sini pun tatau. Apa isu talam nak guna tembak Selangor. Gila ka apa hangpa ni. Talam tu syarikat proxy UMNO. Hutang talam tu sebab UMNO kasi tanah kerajaan, then talam gadai pi bank for fast cash. Hang tembak pakai peluru Talam, memang BN akan kena balik la. Sebab kerajaan selangor bayar hutang talam nak tebus balik tanah kerajaan yang tergadai. Nak sembang politik, cari good info la bro. Apa raaa. lawak betui ....

    ReplyDelete