Blog Archive

Friday, July 20, 2012

Kebijaksanaan @Khalid_Ibrahim & @tonypua terserlah.. @NajibRazak patut malu!!

Akhirnya Khalid-G menemui jalan penyelesaian masalah air hingga sanggup menentang SYABAS habis-habisan!

Tahniah diucapkan!

Dengan menggunakan DUIT RAKYAT SELANGOR sebanyak (RM676,000,000-00) SAHAJA Khalid-G telah berjaya membeli hartanah untuk tujuan korporat di masa hadapan sekaligus menyelesaikan masalah air yang menghantui penduduk negeri Selangor.

Sebab itu Khalid-G DENGAN PANDAIIINYEER membeli semula 13 hartanah di negeri Selangor yang rata-rata dipenuhi air.

Sebagai contoh, adalah PANDAAAAIII membeli 2,263 ekar tanah PAJAKAN kepunyaan Talam dengan harga RINGGIT MALAYSIA LAPAN PULUH RIBU (RM80,000-00) SAHAJA SE-EKAR dengan jumlah keseluruhan 2,263 ekar adalah RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LAPAN PULUH SATU JUTA (RM181,000,000-00) SAHAJA walaupun jurunilai Talam iaitu MITRA VALUERS & PROPERTY CONSULTANTS SDN BHD meletakkan nilai se-ekar tanah di BESTARI JAYA hanyalah RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH RIBU (RM60,000-00) SAHAJA

Ini bermakna, walaupun jurunilai Talam sendiri meletakkan harga keseluruhan 2,263 ekar tanah pajakan itu sekitar RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS TIGA PULUH SEMBILAN JUTA (RM139,000,000-00) SAHAJA, namun Khalid-G yang bijak pandai lagi pemurah orangnya SUDI untuk menambah sekitar RINGGIT MALAYSIA EMPAT PULUH DUA JUTA (RM42,000,000-00) SAHAJA ke dalam "drawer" Talam... Itu pun kalau masuk dalam "drawer" Talam dan tak ada elemen "kick-back monies" kepada ehem ehemm tertentu. 

FOTO SEBENAR DIAMBIL DI KAWASAN TANAH BESTARI JAYA : Bijaknya Khalid-G terbukti kerana pembelian 3 in 1 ini, dapat TANAH, AIR DAN KERBAU sekali gus. bijak tak bijak tak? bijak kan!




E'eh! Jangan buruk sangka... ini semua "corporate decision", engkorang semua mana taau?! Kan Khalid-G ni "corporate man" orangnya!

So, Rozali Ismail boleh duduk diam-diam gigit kuku jari bila tengok tanah-tanah yang dibeli oleh Khalid-G ni... BANYAK AIR WOOOO...

Untuk pengetahuan oarng-orang yang "kurang bijak" macam aku ni, tanah Bestari Jaya ini dilihat dari faktor guna-pakai tanah atau "soil-test" nya meliputi 438 EKAR TANAH YANG DILITUPI AIR dan 575 EKAR TANAH PAYA LUMPUR SERTA HUTAN.

Waaaaaah! Sungguh PANDAAAIIII Khalid-G dalam membuat "game" perangkap ke atas Rozali Ismail.

Maka ini, berjayalah Khalid-G dengan DUIT RAKYAT SELANGOR menyelesaikan masalah air. Apa taknya... Khalid-G kini telah punyai HUTAN SIMPAN TAKUNGAN AIRNYA sendiri hanya dengan mengeluarkan WANG RAKYAT sebanyak RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LAPAN PULUH SATU JUTA (RM181,000,000-00) SAHAJA.

BRAVOOO!


SATU LAGI FOTO SEBENAR DIAMBIL DARI TANAH YANG DIBELI SEMULA OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR DARI TALAM DI BESTARI JAYA

Nanti dulu... nanti dulu. Sekali imbas, macam kurang aja air kat atas tanah Bestari Jaya... Betul ke cukup nak "supply" pada rakyat negeri Selangor lah, Putrajaya lah... KL lah...

Alang-alang "shopping-spree-time" BIARLAH perabihkan semua duit rakyat negeri Selangor kan... tak gitu?

So, apa sangatlah "spend" RINGGIT MALAYSIA LAPAN PULUH TUJUH JUTA TUJUH RATUS RIBU (RM87,700,000-00) SAHAJA sekali lagi bayar kepada Talam untuk tanah yang lain pulak. 

Kali ni "guarantee" BERAYIIIR punyalah!

Tengok... Tengok!

FOTO ASAL TANAH DANAU PUTRA : percayakah anda bahawa antara plot-plot yang dibeli oleh kerajaan negeri Selangor dari Talam termasuklah tanah yang TIADA TANAH? maknanya ia 100% dilitupi air.

Khalid-G yang semakin "brilliant" ini telah menebus-beli tanah-tanah Talam seluas 134.34 EKAR keseluruhannya di DANAU PUTRA.

Tanah Danau Putra ini telah dipecahkan kepada 4 PLOT TANAH iaitu :-

PLOT A : 28.08 EKAR
PLOT B : 66.35 EKAR
KOMBINASI PLOT C & D : 39.91 EKAR

Macam yang aku bagitau tadi, Khalid-G memang "superbly brilliant", masa kan tidak... lihatlah apa yang ada di atas keempat-empat plot tanah yang dibeli itu :-

PLOT A : 2/3 DARI 28.08 EKAR TANAH ADALAH DILIPUTI AIR

PLOT B : KESELURUHAN TANAH DILIPUTI AIR

KOMBINASI PLOT C & D : 50% DILIPUTI AIR

Pendek kata, 105 EKAR DARI 134.34 EKAR tanah Danau Putra yang dibeli oleh Khalid-G menggunakan DUIT RAKYAT SELANGOR adalah di bawah air.

FOTO ASAL TANAH DANAU PUTRA : nama pun dah terang... 'D.A.N.A.U"

TADAAAA.... SELESAI SUDAH MASALAH AIR SELANGOR!!!

Untuk pengetahuan korang-korang yang tak berapa nak korporat (ke, keparat?) ni... tanah-tanah di Danau Putra ini adalah bekas lombong bijih yang punyai kedalaman 80 hingga 100 kaki. Lebih kurang ketinggian bangunan 8 ke 10 tingkat. Wohooo... banyak air wooo, kalau nak timbus pun habislah satu bukit kena tarah!

Dek kerana pe'el Rozali Ismail yang degil pasal air "terawat" dan membekalkan "air bersih", Khalid-G terpaksa guna DUIT RAKYAT untuk invest tanah yang banyak air dari tanah.

Sebab itu Khalid tak kisah kalau harga tebusan beliau lebih tinggi dari "market value" atau "force-value" sebab dah diisytiharkan lelong oleh bank.

Aik! Korang tak tau ke, plot B tanah yang berkeluasan 66.35 EKAR tu telah pun diisytiharkan untuk lelongan oleh BANGKOK BANK pada 7 SEPT 2010 dengan harga "force-value" sebanyak RINGGIT MALAYSIA LIMA BELAS JUTA (RM15,000,000-00) SAHAJA atau lebih kurang RM5.20 sen sekaki.

Tapi, sebab TALAM punya hal dan mungkin sebab tanah tu 100% dipenuhi air yang "AMAT BERHARGA" kepada Khalid-G sekarang, melalui kerajaan negeri Selangor yang sudah jadi NEGERI KORPORAT (kita sudah ada Menteri Besar Incorporated atau MBI, mungkin tak lama lagi kerajaan negeri Selangor akan jadi SELANGOR DARUL RUBBISH INCORPORATED atau SDI dengan kebijaksanaan "corporate man" macam Khalid-G), tanah-tanah yang bernilai sekitar RM5.20 sen sekaki itu telah dibeli atau tebus melalui "acquisition" dengan harga RM15 sekaki.

Ini bermakna Khalid-G sekali lagi dengan murah hatinya mewakili RAKYAT NEGERI SELANGOR membelanjakan WANG RAKYAT SELANGOR berjumlah RINGGIT MALAYSIA EMPAT PULUH TIGA JUTA TIGA RATUS RIBU (RM43,300,000-00) SAHAJA bagi mengambil keseluruhan 134.34 ekar tanah milik Talam itu.



Apalah sangat bayar "extra" RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH LAPAN JUTA (RM28,000,000-00) SAHAJA demi TALAM, AIR DAN KEPUTUSAN KORPORAT bagi memajukan negeri Selangor ni.

Betullah apa cakap Tony Pua tu... "MANA SKANDAL? MANA SKANDALNYA ISU PEMBELIAN HUTANG TALAM NI?"

Engkorang semua tau apa? Engkorang keparat aja.... hanya Khalid-G yang korporat dan tersangaaaaaatlah pandainya!

Tony Pua boleh lah tanya pada SC mahupun Bursa, mana skandalnya... mana? mana?

No comments:

Post a Comment