Blog Archive

Saturday, July 21, 2012

Archive #78 : #NCO_Nurul #Talam #Khalid_Watergate All in One


BY: GREENHOOD

“Opposition’s typical mode of operation”, apabila dengan lantang menyoal setiap perkara berkaitan kekhilafan dalam pentadbiran kerajaan, sama ada kerajaan pusat mahu pun negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN).


Sebaliknya, jika kepincangan datangnya dari kerajaan negeri yang ditadbir oleh pakatan, mana-mana ahli politik pakatan akan cepat-cepat meminta bukti yang kukuh dan mendakwa bahawa ahli politik BN hanya pandai menuduh tanpa mampu memberi sebarang bukti.

Isu #NCO_Nurul

Mengambil contoh isu “Networks Centric Operation” atau dikenali sebagai NCO, yang asalnya dimajukan oleh YB Nik Nazmi, Adun kawasan Seri Setia Selangor, YB Nurul Izzah ahli parlimen Lembah Pantai telah membawa isu tersebut satu tapak maju ke hadapan kononnya wujud penyelewengan dalam memberi kontrak bernilai RM 2 billion itu secara terus kepada Sapura Secured Technologies Sdn Bhd oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah).

Dalam konteks ini, kerajaan pusat dituduh kononnya menyeleweng dengan mengamalkan sikap memilih kroni tertentu dan bukan dipilih berdasarkan keupayaan syarikat itu sendiri dalam membangunkan teknologi tersebut.

(klik)

Kronisme dalam pemberian kontrak

Untuk lebih meyakinkan, projek NCO yang sepatutnya menjadi satu projek perintis dalam teknologi perang maklumat (cyber warfare) itu dituduh gagal dibangunkan mengikut spesifikasi serta masa yang ditetapkan. Lebih dari itu, Nurul Izzah mahu supaya Sapura dan kerajaan pusat memaklumkan kepada mereka (ahli politik pakatan) yang kononnya mewakili rakyat, akan perkembangan kemajuan teknologi tersebut demi kepentingan rakyat.

Sebagaimana dalam kes popular “kapal selam Scorpene tidak boleh tenggelam”, sekali lagi Nurul Izzah tanpa menghiraukan bahawa setiap butiran yang beliau lantang persoalkan adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Kerajaan (OSA) telah dengan lantangnya mempersoalkan keupayaan pertahanan negara, dan ini bukan setakat berlaku di dalam negara namun pernah di bawa hingga ke luar negara seperti Indonesia sebagai contoh.

Akta Rahsia Kerajaan (OSA) terpakai, ‘for the sake of public interest’ tidak terkecuali

Umum maklum, OSA terpakai bagi kes-kes tertentu terutama melibatkan “national security” adalah kerana bagi menjaga keselamatan negara dan rakyat itu sendiri.
Lihatlah, bagaimana pakatan pembangkang memanipulasi perkataan “people’s interest” demi mencungkil rahsia negara semata-mata kepentingan politik walau pun sedar kemungkinan rahsia yang dikoreknya itu boleh menyebabkan kerugiankepada negara serta mendedahkan keupayaan negara kepada pihak luar terutama yang sentiasa mengintai untuk campurtangan terhadap kepimpinan negara.

Saya sendiri, cuba mencungkil secara halus akan maklumat berkaitan NCO ini melalui Laksamana Madya Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Badaruddin, sama ada menerusi ‘contact’ tertentu, mahu pun menerusi medium sosial seperti twitter, tetapi secara hormat beliau hanya mampu menyuruh saya membuat kaji selidik sendiri di laman-laman sesawang atau Wikipedia untuk tujuan “general knowledge”.
Lebih dari itu, saya faham bahawa beliau turut terikat dengan akta kerahsiaan negara yang bukan boleh disebarkan semberono kepada orang ramai, walau pun atas alasan perkongsian maklumat untuk faedah awam menerusi media massa.

‘Paku dulang paku serpih’

Jika kerajaan pusat mahu pun negeri yang diperintah oleh BN bertali-arus diasak dengan pertuduhan kosong tanpa bukti yang kukuh, pakatan pembangkang seperti Nurul Izzah, Tony Pua, Tian Chua, Nik Nazmi mahu pun Rafizi Ramli terlupa bahawa apabila berbagai tuduhan dilemparkan kepada pemimpin dari barisan mereka seperti menteri besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, maka ayat yang terkeluar dari mulut mereka adalah mudah… “mana buktinya?”

Mengambil contoh skandal Talam Corporation yang diselamatkan oleh kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim, Tony Pua dalam RoketKini mampu mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Chua Tee Yong, pengerusi Biro Profesional Muda MCA hanya ibarat tong kosong yang berbunyi kuat tapi tiada fakta dan bukti.

Tony Pua sebagai pengamal undang-undang berkata seolah-olah beliau berada di dalam mahkamah yang mementingkan “conclusive and weightage of evidence” dan seterusnya beban pembuktian atau “onus of proof” itu terletak di atas tangan si penuduh.

#Talam - Gate

Demikian itu, Chua Tee Yong dipaksa oleh Tony Pua agar berhenti bercakap tentang skandal Talam dan kaitannya dengan “corporate decision” kerajaan negeri di bawah Khalid.

Tony might question like a barrister at law but Chua Tee Yong is also a chartered accountant by profession


Namun, Chua Tee Yong sebenarnya punyai asas “circumstancial evidence” apabila mempertikaikan keputusan kerajaan negeri yang menebus semula tanah Talam bernilai RM87.7 juta untuk 4 plot tanah Danau Putra seluas 134.34 ekar, sedangkan 105 ekar tanah dari 134.34 ekar itu adalah tanah yang diliputi air dalam erti kata lain, adalah tanah lombong sedalam 80 hingga 100 kaki di bawah permukaan air.

Ini adalah satu pelaburan (jika dianggap sebagai pelaburan) yang merugikan kerajaan negeri Selangor dengan pembaziran wang rakyat negeri tersebut demi menyelamatkan Talam dari hutang-hutangnya itu. Sedangkan menurutnya, Khalid sendiri pernah direkodkan dalam hansard perbahasan dewan undangan negeri tahun 2010 menyebut dengan jelas bahawa Talam mengalami kerugian yang amat besar dan tindakan kerajaan negeri adalah bagi membantunya walau pun tanah yang ditebus itu tidak mendapat minat dari mana-mana pihak mahu pun pelabur.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Chua Tee Yong, jika tiada pelabur berminat masa kan kerajaan negeri boleh memajukan tanah tersebut dengan keuntungan yang lebih dari perbelanjaan yang dibayar?

#Khalid-Watergate

Begitu juga dalam skandal air antara kerajaan negeri di bawah Khalid tersebut dengan Syabas yang dipengerusikan oleh Tan Sri Rozali Ismail.

Walau apa juga fakta yang dimainkan oleh pengamal media prima mahu pun sosial dalam menegakkan kebenaran masing-masing, fakta yang nyata adalah hingga ke saat ini atas dasar kerajaan negeri dalam memenuhi manifesto mereka sewaktu pilihanraya 2008 terpaksa berbelanja besar bagi membayar bil air bagi pihak rakyat negeri Selangor.

Kelihatan jelas di sini, hutang-hutang kerajaan negeri kepada Syabas semakin meningkat dan demi menutup hutang-hutang tersebut, adalah perlu untuk kerajaan negeri mengambil alih urusniaga air daripada Syabas.

Tony wants to sweep all the debts under the carpet and Khalid
gets inspired with that?
Tindakan korporat ala Khalid Ibrahim ini mengingatkan saya kepada tindakan Tan Sri Tony Fernandes dalam urusniaga “swap of shares” antara AirAsia dan MAS tidak lama dahulu yang mendapat kecaman hebat orang ramai terutamanya para pekerja MAS sendiri.

Antara yang menjadi pertikaian awam adalah tindakan Tony Fernandes itu hanya akan menguntungkannya kerana hutang-hutang AirAsia kepada MAHB milik  MAS turut akan ‘disedut’ melalui kepentingan AirAsia di dalam MAS dalam pertukaran saham itu nanti.

Ini bukan sekadar ‘game’ korporat tetapi dipolitikkan demi PRU13

Semua di atas adalah sebahagian permainan politik semata-mata bagi mendatangkan keuntungan pada satu pihak dan merugikan lagi satu pihak dalam bentuk undian mengikut persepsi yang dibentuk.

Tanpa mereka sedar, permainan persepsi di atas adalah melibatkan kepentingan rakyat dan negara terutama apabila ia melibatkan kewangan negeri dan negara yang mencakupi nilai berbillion keseluruhannya mahu pun kepentingan dalam bentuk keperluan seperti air dan pengangkutan mahu pun kediaman “yang selamat” tanpa ancaman musuh terutama dari luar negara.

Dalam hal ini, yang memegang kuasa tidak kira pusat mahu pun negeri harus lebih bertanggungawab ke atas setiap pertuduhan yang dilemparkan dan yang menilainya adalah rakyat dan bukannya ahli politik.


Jangan kerana politik, maka keselamatan negara dan rakyat menjadi pertaruhan! 

No comments:

Post a Comment