Blog Archive

Friday, June 29, 2012

PAKATAN GILA!!




Siapa kata selama ini UMNO-BN sebuk bertelagah sesama sendiri demi kuasa, kedudukan dan wang?
Yang berkata demikian biasanya ‘merah mata’ kerana belum dapat apa yang mereka mahukan contohnya, Putrajaya.

Justeru, rakyat yang tidak bersalah diheret sama memaki hamun kepimpinan sedia ada dengan ‘game of hatred’ bertujuan tidak lain tidak bukan menimbulkan kebencian terhadap kepimpinan sedia ada. Menimbulkan persepsi mudah seperti ‘rasuah, nepotisme, kronisme’ sudah cukup membuatkan rakyat marah dan memaki kepimpinan sedia ada tanpa usul periksa.

Untungnya, si pelaku yang memulakan pelbagai tuduhan berjaya mengalih perhatian rakyat kepada pihak yang dituduh, walhal di dada sipenuduh sarat dengan pekung yang berjaya disembunyikan.

Sampai bila ‘pekung di dada’ mereka berjaya disembunyi?

Menghampiri PRU 13, negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan PKR+PAS+DAP mula menunjukkan ‘taring sebenar’ mereka.

Kerakusan bagi mengaut keuntungan menjadi pentadbir sebuah kerajaan negeri menjadi dambaan individu-individu penting dalam pakatan.

Dua negeri yang jelas berantakan demi ‘kuasa, kedudukan dan wang’ adalah SELANGOR dan KEDAH.

Rakyat kedua-dua negeri tersebut kini sedang menonton sikap sebenar pemimpin kedua-dua buah negeri tersebut.


Pertelingkahan antara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukan menjadi rahsia kepada rakyat Selangor lagi. Begitu juga di Kedah bila Dato’ Seri Azizan Razak berantakan dengan Phahrolrazi Zawawi.


Disebalik itu, ada juga pepatah yang menyebut kuasa politik boleh menyebabkan seseorang jadi gila, ringkasnya, ‘gila kuasa’. Ini berlaku di Perak apabila bekas menteri besarnya, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin dikhabarkan ‘meroyan’ mahukan kembali kuasa yang pernah digenggamnya. Pada satu ketika, Nizar turut dilaporkan pernah menyerbu masuk ke program UMNO semata-mata hendak tunjuk ‘gentleman’ dan mesra, tapi, satu perbuatan yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai GILA! 




statE of Love anD tRust


Tuesday, June 26, 2012

LRT Ampang @NajibRazak vs Rehabilition Klang River @rafiziramli


Setelah pakej rangsangan ekonomi kerajaan negeri Selangor dibentang dan diluluskan, tiada tanda-tanda perlaksanaan projek mega yang mampu menyuntik ekonomi negeri terkaya di semenanjung ini termasuk satu projek “super mega” iaitu pembersihan sungai Klang.

Projek ini asalnya dikatakan bernilai RM10 billion namun akhirnya diputuskan bernilai RM50 billion, mampu menawarkan rangsangan ekonomi negeri tersebut termasuk mencipta ruang dan peluang pekerjaan sekaligus mampu mengatasi masalah kekurangan kerja oleh kontraktor tempatan serta masalah pengangguran yang meruncing.

Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran YAB Tan Sri Khalid Ibrahim “amat beruntung” kerana punyai Pejabat Penasihat Ekonomi yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan Malaysia dalam melaksanakan “Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor” ini.


Projek “super mega” seperti pembersihan sungai Klang ini adalah pakej ransangan ekonomi yang “sangat baik dan telus” berbanding projek-projek mega pernah dihasilkan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti bangunan berkembar KLCC mahupun cadangan bagi projek tambahan sistem LRT Ampang bernilai RM960 juta yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Setidak-tidaknya, itulah pendapat Rafizi Ramli.

Bekas CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, saudara Rafizi Ramli yang meletakkan jawatan baru-baru ini, semata-mata mahu menumpukan usaha terhadap salahguna kuasa serta kedudukan para pemimpin kerajaan BN termasuk Najib Tun Razak sendiri, sewajarnya mengalihkan sementara “niat ikhlasnya” itu dan memberi tumpuan kepada “salah-laku dan kedudukan” pihak-pihak tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang menyebabkan “Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor” seperti projek “super-mega” pembersihan sungai Klang di atas tergendala atau terbantut.


Adalah satu penghinaan kepada baginda Sultan Selangor, yang telah mencemarkan diri melakukan “gimmick” perasmian projek “super-mega” tersebut namun sehingga kini tidak nampak bayang-bayang akan dilaksanakan.


Benarkah wujud urusan dan rundingan kerajaan negeri dan para “investors” dalam merealisasikan pakej rangsangan ekonomi tersebut atau hanyalah satu sandiwara bagi memikat hati rakyat negeri Selangor sebagai pengundi?