Oleh: GreenHood
Kehadiran Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Haji Ahmad Zahid bin Hamidi di Malis Perasmian Mesyuarat Agung Berkelompok Cawangan-Cawangan UMNO dalam Bahagian Gombak serta Sambutan Ulangtahun UMNO ke-66 merupakan antara acara yang ditunggu-tunggu di Selangor.
Kenapa Gombak?
Pertama, UMNO Gombak mencatat antara bahagian yang punyai cawangan terbanyak di Malaysia iaitu sebanyak 185 cawangan dan ahli seramai 41,125 keseluruhannya.
Kedua, Gombak menjadi kubu kuat pakatan pembangkang setelah Azmin Ali (PKR) menjadi ahli parlimen kawasan tersebut selepas PRU12 dan Dato’ Dr Hasan Ali (PAS) menjadi exco kerajaan negeri Selangor.
Sebagai Timbalan Presiden kepada parti (PKR) yang begitu penting mengikat keseluruhan parti yang membentuk pakatan (pembangkang; PAS-PKR-DAP), Azmin Ali dikenal pasti sebagai penasihat dan penggerak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengendalikan hala-tuju parti berbanding Datin Seri Wan Azizah Ismail (Presiden) yang hanya menjadi simbol kepada kewujudan PKR.
Manakala Dato’ Dr Hasan Ali pula menjadi ikon kepada ahli-ahli PAS Selangor yang begitu rapat dengan Presiden PAS sendiri iaitu Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Ketiga, sebagai satu bahagian yang punyai cawangan begitu banyak sekali sudah pasti berbagai ragam kepimpinan peringkat akar umbi yang ada di dalam UMNO bahagian Gombak. Justeru pertelingkahan dalaman begitu ketara wujud terutama soal menaikkan pemimpin masing-masing bagi terutamanya menjadi calon dalam PRU13 akan datang dan itu tidak dapat dielakkan.
Pertelingkahan dalaman UMNO Gombak menjadikan pembangkang yang mewakili rakyat sama ada DUN mahupun parlimen duduk begitu selesa sekali. Yang berhormat-yang berhormat ADUN serta ahli parlimen dalam kawasan Gombak tidak perlu bersusah payah menangkis serangan politik yang kebiasaannya diwujudkan oleh lawan dalam kawasan masing-masing. Ini kerana kepimpinan parti lawan (UMNO-BN) begitu sebuk berlawan sesama sendiri di dalam parti akhirnya sasaran UMNO Gombak untuk melemahkan lawan demi merampas semula kawasan tersebut dalam PRU13 tersasar begitu jauh sekali.
Kemelut UMNO Gombak
Berbagai usaha telah dilakukan oleh kepimpinan utama UMNO Perhubungan Negeri Selangor yang diterajui oleh Timbalan Pengerusinya, Dato’ Seri Noh b. Haji Omar. Begitu juga oleh Setiausahanya, Dato’ Seri Ir Haji Mohd Zin b. Mohamed namun perbalahan dalaman UMNO Gombak seolah-olah tiada kesudahannya. Dari jawatan penyelaras pembangunan BN untuk DUN-DUN dan parlimen hinggalah soal siapa calon yang mahu diketengahkan semuanya menjadi isu utama perbalahan dan perbalahan ini bukan hanya bisik-bisik sesama ahli sahaja bahkan terbuka luas hingga menjadi antara topik yang wajib dibualkan di sidang-sidang warung kopi mahu pun majlis-majlis perkahwinan. Pendek kata, satu Malaysia mengetahuinya.
Kehadiran Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Haji Ahmad Zahid bin Hamidi yang membawa mesej jelas kehendak pemimpin atasan iaitu Presiden serta Timbalan Presiden supaya UMNO Gombak sedar bahawa imej yang dipertontonkan mereka kepada seluruh rakyat Malaysia adalah antara sebab utama mengapa UMNO begitu jelek dipandangan mata rakyat yang apolitical terutamanya golongan muda terhadap cara politik UMNO. Walaupun tidak semua bahagian UMNO punyai watak atau sifat seperti UMNO Gombak, namun persepsi buruk sentiasa bermula dari kes-kes terpencil yang tidak diselesaikan segera akhirnya melekat menjadi bad impression kepada keseluruhan UMNO.
Dalam ucapannya, Zahid Hamidi dengan jelas menyebut inilah masalah utama yang dihadapi oleh UMNO Selangor dan Kedah.
UMNO Gombak refleksi masalah dalaman UMNO Malaysia
Musuh UMNO iaitu pakatan pembangkang bukanlah sekuat mana seperti yang digembar-gemburkan namun kelemahan utama UMNO berpunca dari diri sendiri dan akhirnya kelihatan seolah-olah UMNO sudah tidak kuat dan tidak relevan di pandangan mata rakyat.
Akhirnya, kelemahan UMNO-BN ini menjadi satu advantage kepada pakatan yang sebenarnya tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat secara langsung.
Sebagai contoh, Zahid Hamidi menamakan beberapa perkara yang sepatutnya didahulukan oleh ahli parlimen serta adun-adun pakatan di Gombak seperti mendalamkan aliran sungai dan longkang untuk mengelak banjir serta pembuangan sampah-sarap yang tidak lancar di beberapa kawasan dalam Gombak. Sehingga kini ia tidak diselesaikan. Dan rakyat menjadi mangsa kepada sifat malas wakil rakyat mereka (pakatan) yang hanya tahu berpolitik. Mahu bergantung harap kepada UMNO sebagai pembangkang di kawasan tersebut, ahli UMNO sendiri bercakaran sesama mereka.
Dari segi politik pula, dengan pemecatan Dato’ Dr Hasan Ali dari menjadi ahli PAS seterusnya meletakkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas yang pro UMNO-BN sewajarnya diambil kesempatan oleh UMNO-BN Gombak namun ia tidak berlaku. Dr Hasan Ali seperti orang asing dibiarkan terkontang-kanting di kawasannya sendiri sedangkan Dr Hasan Ali wajar berganding bahu dengan UMNO Gombak menggempur kawasan ‘hitam’ ini. Jika UMNO-BN Gombak sendiri mengenepikan advantage yang ada kerana khuatir Hasan Ali akan demand untuk terus menjadi calon bagi kawasannya di Gombak, itu adalah satu kesilapan yang besar. Dalam hal ini, Hasan Ali mahu pun UMNO-BN Gombak masing-masing perlu sedar bahawa rakyat adalah didahulukan.

UMNO Selangor & Kedah perlu bermuhasabah
Kesedaran ini perlu ada. Gombak menjadi satu precedent yang baik bagi bahagian-bahagian lain dalam negeri Selangor (juga Kedah?) untuk bermuhasabah serta membulatkan nekad bagi menolak sebarang perbezaan pendapat sesama mereka terutama soal calon (atau siapa bakal menteri besar). Ini amat perlu bagi ahli-ahli akar umbi agar tidak terlalu taksub dengn pemimpin yang mahu mereka dukung.
Dan pemimpin peringkat bahagian pula harus mengenepikan sifat pentingkan diri sendiri dan memikirkan soal kemenangan parti dahulu demi rakyat yang perlukan pembelaan. Dan jika ini dapat dilakukan, kekuatan UMNO-BN akan kembali dan sudah pasti pembangang akan merasa gerun melihat kekuatan yang luar biasa tersebut. Tidak mustahil, Selangor (dan Kedah) akan dapat kembali ditawan oleh BN pada PRU13 kelak.
Penutup
Bayangkan, jika di Gombak:-
Jumlah ahli UMNO: 41,125
Jumlah Pengundi: 112,869
Pecahan mengikut kaum: 83,836 (Melayu), 14,831 (Cina), 12,831 (India) dan 1,201 (lain-lain)
Dan ditambah dengan keahlian parti-parti komponen yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain, adalah tidak mustahil BN mampu menawan semula kawasan yang diduduki oleh Timbalan Presiden PKR itu yang bercita-cita mahu menggantikan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku menteri besar Selangor.
Asal sahaja setiap ahli tidak sabotaj dan khianat dengan memberi undi protes (sama ada mengundi lawan atau rosak), dari segi angka dan peratusan, tiada sebab mengapa BN tidak boleh menawan semula Gombak dan kawasan-kawasan lain dalam negeri Selangor (dan Kedah) seterusnya menerajui semula kepimpinan kerajaan negeri.
Sekali lagi ingin saya nyatakan, kehadiran Zahid Hamidi yang kemudiannya menyaksikan ikrar sumpah taat setia ahli-ahli agar tidak sabotaj dan khianat kepimpinan utama walau siapa pun yang akan dipilih benar-benar tepat pada masanya. Ya, ucapan Zahid amat pedas pada malam di Gombak tersebut... namun pahit itu harus ditelan kerana kebenarannya dan ‘ubat’ sememangnya amat pahit.
Jika mahu baik dari sakit, makanlah ‘ubat’ yang diberikan oleh Zahid tersebut!

Saudara-saudara dan Saudari-saudari Yang Di Hormati
ReplyDeleteBahawa MCA Gombak pegurusi YIP KUM FOOK dan anaknya Yip Jiun Hann (Permuda MCA Gombak) bukan sahaja menggunakan kuasanya menghisap wang KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. Tetapi lebih dahsyat, ialah menipu wanita-wanita dan merosakan keluarga orang lain. Mereka sebenar-benarnya orang yang jahat dan tak bermoral
Saya mengemukakan kesal yang benar ini, tujuan ialah harap orang ramai, khasnya wanita dapat mengambil perhatian supaya jangan terjerat oleh manis-manis mulutnya akhir akan meninpa kerugian dan kesakitan yang besar
马华公会鹅唛區会主席叶金福律师与马华公会鹅唛區会叶君瀚青年圑長, 不但无耻的利用KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia.宗教之名捞取权和私利之外, 叧一大罪悪是, 他们仗着权势, 甜言蜜語, 誘骗良家少女, 骗财骗色, 三妻四妾, 破坏别人的家庭. 父子两人, 无悪不做, 实是大色狼, 大老千,缺德的败娄.
今天我把实事公告大家, 是希望公众, 特别是良家少女, 要多多小心, 提防这一娄假面具的佛教徒, 以免一失足成千古恨.
Brother And Sister Of the respectfully
That YIP KUM FOOK, MCA Gombak chairman and his son Yip Jiun Hann (Youth MCA Gombak) they are not only used of power to suck Temple’s money of SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE(Thai) No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong, Kuala Lumpur, Malaysia. But far worse, they are cheating women and make people family broken. They truly wicked and immoral
Bring forward. I regret that this is true, the purpose is to hope for public, and especially women take care not to be trapped by the end of sweet mouth will override of great loss and pain
请远离马华党员 叶金福!
ReplyDelete敬爱的马华公会中央领导層,
现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.
除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.
Sponsors by Lawrence Tan Subang.....