Blog Archive

Monday, May 21, 2012

PTPTN adalah @PTPTPU_12 kata @RafiziRamli






Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) atau dulu dikenali sebagai Wang Pendahuluan Diri (WPD) adalah sebahagian dari skim pinjaman PTPTN yang dipohon melalui sistem online sewaktu memohon untuk kemasukan ke universiti yang mereka pilih.

Semenjak ia dilancarkan pada tahun 1999 sehingga takat 31 Disember 2011, sebanyak 553,913 waran  selaras dengan prinsip syar'iah Al-Ujrah atau Upah telah diluluskan dan dinikmati oleh peminjam dengan jumlah disbursement keseluruhannya berjumlah RM812,000,000.00 (RM812 juta).



SESI KEMASUKAN MEI/JUN 2012

Bagi kemasukan pelajar ke pusat pengajian tinggi (termasuk politeknik) untuk sesi Mei/Jun 2012 ini, seramai 32,777 pelajar akan menerima pinjaman PTPTN ini yang melibatkan RM49,000,000.00 (RM49 juta).



PELAJAR DI SELANGOR 

Bagi tahun 2011 sahaja, RM20,300,000.00 (RM20.3 juta) telah dinikmati oleh pelajar di negeri Selangor yang berjumlah 13,538 orang keseluruhannya.

Bagi kemasukan sesi Mei/Jun 2012 ini sahaja, seramai 5,660 pelajar akan turut menerima pinjaman ini yang melibatkan jumlah keseluruhannya RM8,500,000.00 (RM8.5 juta).



SESI PENYERAHAN DAN PENERANGAN

3 tempat sebagaimana dinyatakan di atas akan dilangsungkan sesi penyerahan WPP dan kepada mana-mana pihak yang merasakan bahawa PTPTN lebih kepada PTPT_PU (PTP.TIPU), adalah disarankan untuk menyerang majlis-majlis ini dengan lambakan persoalan yang akan dijawab dengan FAKTA oleh PTPTN.


SELURUH MANUSIA TERMASUK YANG BERNAMA RAFIZI RAMLI ADALAH DIJEMPUT !



No comments:

Post a Comment