Blog Archive
- July (9)
- June (7)
- May (3)
- April (5)
- January (10)
- December (10)
- November (13)
- October (7)
- September (1)
- August (9)
- July (6)
- June (4)
- May (34)
- April (32)
- March (23)
- February (12)
- January (32)
- December (13)
- November (16)
- October (22)
- September (12)
- August (4)
- July (1)
- June (10)
- May (1)
- April (6)
- March (5)
- February (4)
Thursday, May 3, 2012
Kebenaran dan kepalsuan di sebalik #Bersih 3.0 dan #NajibRazak perlu tahu siapakah lawan dan siapa pula kawan (Archive #76)
Oleh: GreenHood
Tulisan saya yang terakhir berkaitan Bersih 3.0 adalah pada hari kejadian (d’ day) selepas saya turut serta walkabout Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali bertemu para demonstran sekitar Dataran Merdeka. Ketika itu jam lebih kurang 12 tengahari dan saya terpisah dari kumpulan Azmin Ali yang berhenti rehat di Masjid Jamek, Jalan Tun Perak menantikan kehadiran ketua umum pakatan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kemudian, saya telah pulang ke bilik saya di sebuah hotel bajet sekitar Jalan Masjid India untuk menyerahkan salinan rakaman raw interbiu Azmin Ali oleh Reuters dan saya kepada petugas yang lain untuk dimuat-naik bagi tontotan umum (malangnya, koneksi internet begitu lembab dan ia hanya berjaya dimuat-naik selepas jam 8 malam) serta mengecaj beberapa gadget saya terutamanya video-cam, kamera dan Blackberry yang menjadi senjata penting bagi seorang wartawan.
Hati saya kuat bergolak sewaktu di dalam bilik apabila mendengar beberapa bunyi letupan kuat yang saya percaya merupakan letupan tembakan gas pemedih mata.
Terlepas babak-babak penting
Saya terlepas insiden yang begitu penting iaitu sewaktu rusuhan mula tercetus (nasib baik rakan-rakan yang lain masih berada di lapangan dan berjaya memperolehi beberapa material yang penting).
Namun hati saya terubat bila dapat turun ke ‘ground zero’ bagi menyaksikan dan memperolehi beberapa material saki-baki kejadian terutama cabar mencabar para demonstran dengan pihak berkuasa sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) yakni bermula dari hadapan bangunan Sogo hingga ke persimpangan jalan memasuki Dataran Merdeka.
Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sekitar jam 5 petang itu sejumlah besar demostran ‘berkubu’ di hadapan simpang Sogo-Pavillion manakala pihak berkuasa pula berkubu di persimpangan Jalan Tun Perak-Dataran Merdeka.
Sewaktu inilah saya menerima beberapa kiriman Blackberry Message (BBM) yang berupa foto sebuah kenderaan jenis Waja milik PDRM separuh terbalik dan sebuah motosikal jenis Honda juga milik PDRM bergelimpang di atas jalanraya.
Saya menyusuri sepanjang jalan TAR bagi mencari maklumat.
Anggota polis terkorban nyawa
Beberapa kenalan wartawan dan jurukamera memaklumkan kepada saya bahawa mereka memperolehi perkhabaran bahawa sekitar jam 4 petang telah berlaku insiden penting di hadapan bangunan Sogo.
Dimaklumkan kepada saya bahawa sekitar lima ke enam orang termasuk anggota polis berada dalam keadaan kritikal akibat pergaduhan yang tercetus di situ. Sebuah kereta dan sebuah motosikal milik PDRM telah diterbalikkan. Anggota yang membawa kenderaan tersebut telah diserang beramai-ramai dan kemungkinan nyawa mereka hilang adalah tinggi.
Beberapa orang awam yang saya temui pula menyatakan bahawa anggota polis yang membawa kereta telah merempuh orang awam dan menyebabkan ada darinya yang mati.
Namun begitu, tiada kesahihan tentang berita itu walaupun BBM berderu-deru masuk memaklumkan perkara yang sama.
Benar bahawa polis memukul orang awam dan pendemonstran membuat provokasi
Sewaktu saya berada di persimpangan Jalan Tun Perak-Dataran Merdeka yang menjadi kubu kepada anggota keselamatan, saya melihat di hadapan mata saya sendiri mana-mana kenderaan yang lalu dan ada darinya melakukan perbuatan provokasi seperti memaki anggota polis atau membaling objek seperti botol air mineral dan batu pasti akan ditarik oleh anggota polis dan kemudiannya dikeroyok serta dipukul.
Juga sewaktu saya mahu pulang ke hotel bajet di mana saya menginap, sekumpulan anggota polis tidak kurang dari dua puluh orang mengejar mana-mana orang awam yang disyaki pendemonstran yang kemudiannya ditangkap dan dipukul sebelum ditarik untuk dibawa ke tempat tahanan (saya dimaklumkan bahawa PULAPOL menjadi destinasi terakhir pihak-pihak yang ditangkap). Dan anggota polis ini turut mengejar apa yang mereka suspek sebagai pendemonstran hingga ke kawasan sekitar Kompleks Wilayah.
Jujur saya katakan di sini, bahawa apa yang dipertontonkan di hadapan kaca mata saya sendiri begitu hodoh sekali. Tidak kira perlakuan pendemonstran yang memaki, mencaci serta membaling berbagai objek hinggalah ke perlakuan anggota polis itu sendiri yang memukul orang awam yang disyaki sebagai pendemonstran.
Kelewatan
Saya mengambil masa yang agak lama untuk menulis isu berkaitan Bersih 3.0 ini.
Kebiasaannya, mana-mana penulis akan menulis berbentuk laporan (pada hari kejadian atau ‘d-day’) dan pendapat (opinion) sebelum dan selepas (pre and post) kejadian dan mereka akan melakukannya dengan kadar yang segera. Ini tidak berlaku kepada saya.
Kelewatan ini bukanlah kerana fobia atau trauma melihat keadaan huru-hara yang berlaku pada tanggal 28 April tersebut.
Sejujurnya, punca kelewatan yang memakan masa selama empat hari untuk menulis berkaitan isu Bersih 3.0 kerana saya mencari sudut atau angle yang belum disentuh lagi oleh mana-mana penulis ketika ini.
Dan kelewatan ini juga disebabkan penelitian saya kepada setiap satu berita yang dilaporkan sama ada oleh agensi berita luar seperti Al-Jazeera atau BBC mahupun berita tempatan seperti Utusan, Harakah dan TV3. Media konvensyional seperti digital, radio, cetak mahu pun media maya seperti portal, blog dan medium sosial. Penyampai berita atau cerita yang pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang. Kesemua laporan yang dipersembahkan akan saya teliti penuh cermat.
Kini, saya cukup yakin bahawa masanya telah tiba untuk saya menulis dan memberikan pendapat tentang Bersih 3.0.
“The blame-game”
Seperti yang saya jangkakan, demonstrasi Bersih 3.0 yang berkonsepkan 'duduk dan bantah' tidak akan berlangsung se-decent Himpunan Hijau 2.0 sewaktu di Kuantan baru-baru ini.
Di Kuantan, saya turut mengikuti Himpunan Hijau 2.0 yang mengumpulkan sejumlah 5,000 peserta majoriti terdiri dari kaum Cina. Mereka berkumpul, mereka bersorak dan pemimpin parti politik mengambil alih pentas memberikan ucapan yang berbau politik (walaupun tujuan perhimpunan kononnya untuk membantah pembinaan kilang Lynas yang mencemari alam sekitar).
Setelah habis ucapan, mereka bersurai.
Persoalannya, “apakah kepuasan yang diperolehi oleh pemimpin yang hadir?”
Tiada ada apa-apa.
Perhimpunan Hijau 2.0 berlangsung terlalu baik... terlalu naïf, terlalu sopan dan santun. Menteri Besar Pahang sendiri secara sinis namun penuh makna berkata, perhimpunan Hijau 2.0 adalah sangat bagus bagi menjana ekonomi peniaga di Kuantan khususnya. Ia seolah-olah satu eco-demo-tourisme dan beliau secara peribadi mahukan supaya ‘Himpunan Hijau’ dijadikan satu acara tahunan.
Begitu juga kononnya yang berlaku di Pulau Pinang. Walaupun demonstrasi tersebut adalah demonstrasi berkaitan perkara yang sama yakni tuntutan Bersih 3.0 dan berlangsung juga pada waktu yang sama Bersih 3.0 Kuala Lumpur dijalankan. Mereka berjaya menghimpunkan sejumlah lebih dari 10,000 orang peserta dengan perisian program yang berbagai seperti karnival dan berbagai aktiviti dengan klimaksnya pentas diambil alih oleh para ahli politik.
Ahli politik seterusnya memberikan ucapan dan kata-kata yang membakar semangat di samping mengutuk kerajaan persekutuan sedia ada. Apabila pemimpin terakhir berucap, maka bersurailah para demonstran kembali melakukan aktiviti masing-masing.
Bagi saya, secara peribadi, ini tidak memberikan sebarang makna atau kepuasan kepada ketua umum pakatan, Anwar Ibrahim.
Di manakah impaksnya? Kalau sekadar mengumpulkan hampir 80,000 peserta (ya! saya sebutnya dengan jelas berdasarkan penglibatan saya dan pasukan secara fizikal di lapangan bahawa jumlah peserta keseluruhannya hanyalah sekitar 80,000 sahaja) dan hanya mahu 'duduk dan bantah?' Kalau pun lebih dramatik, hanyalah sekadar ucapan berapi-api pemimpin dan kemudiannya mereka pun balik. Ini tak ubah seperti juga himpunan-himpunan yang lain. Tiada impaks yang besar.
Tidak, saya yakin ini bukan plan yang sebenar. ‘Sesuatu’ yang lebih besar dari ‘duduk dan bantah’ mesti dilakukan.
Mengumpulkan sejumlah 80,000 manusia boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal dan kucar-kacir. Apatah lagi dalam kawasan yang terbuka (tidak tertutup seperti dalam sebuah stadium atau dewan gergasi).
Ia hanya perlukan sedikit lagi usaha untuk mencetuskan provokasi bagi memarakkan api kebencian kedua-dua belah pihak. Kita maklum, dalam keadaan begini hati pihak-pihak yang ada pastinya panas yang membara. Ia perlukan sedikit lagi tindakan yang boleh menyebabkan huru-hara.
Dan itulah yang terjadi. Maka ‘kehodohan’ perilaku pendemonstran dan anggota polis sebagaimana awalan saya gambarkan di atas pun tercetus.
Akhirnya, seseorang harus dipersalahkan.
Inilah yang disebut sebagai “the blame game”. Siapakah yang harus dipersalahkan?
Siapakah yang harus memikul tanggungjawab ke atas huru-hara yang berlaku.
Secara tiba-tiba, media pro-kerajaan menggambarkan bahawa inilah hasilnya jika satu-satu demonstrasi yang besar tidak berjaya dikawal. Maka media pro-kerajaan menyalahkan penganjur khususnya Datuk Ambiga Sreevenasan.
Media pro-kerajaan menyalahkan para demonstran. Media pro-kerajaan menyalahkan sesiapa sahaja kerana mereka sendiri tidak pasti siapa yang patut salahkan.
Manakala media-media pro-pembangkang lebih tersusun apabila senada seirama memainkan isu kekejaman polis yang didalangi oleh pentadbiran negara. ‘
Police brutality’ secara tiba-tiba menjadi tajuk-tajuk utama portal-portal rasmi mereka. Begitu juga dengan para pejuang maya pro-pembangkang. Perdebatan menggunakan medium sosial seperti facebook dan twitter berlangsung sekitar menyalahkan anggota polis yang kononnya didalangi oleh kerajaan yang memerintah.
Bahkan ia disokong oleh beberapa media antarabangsa seperti Al-Jazeera yang menyatakan bahawa polis Malaysia gagal menjalankan fungsinya dengan baik iaitu mengawal keselamatan pendemonstran dan sebaliknya mensasarkan pendemonstran sebagai tempat melepaskan kegeraman.
Cubaan menjustifikasikan fakta
Di sinilah tuduh-menuduh berlaku.
Masing-masing cuba ‘establish’ kan fakta masing-masing. Ada yang berkata bahawa tersebarnya berita yang menyebut adanya anggota polis yang mati sewaktu kejadian, adalah punca utama yang menyebabkan ‘police brutality’ berlaku. Maka pendemonstran kelihatan seolah-olah mangsa.
Ada pula yang cuba menegakkan fakta bahawa jika tidak berlakunya serangan demonstran terhadap anggota yang membawa kereta serta motosikal milik PDRM di hadapan bangunan Sogo, maka polis tidak akan sampai begitu sekali mengejar dan membelasah peserta.
Tidak kurang yang menyebut, kesalahan utama adalah bilamana pihak berkuasa melepaskan tembakan air kimia serta gas pemedih mata dan ia menjadi satu provokasi yang besar terhadap pendemonstran.
Manakah satu fakta yang benar?
Kebenaran dipandangan mengikut kacamata peribadi saya
Selama saya menulis sebagai editor jemputan portal ini, seringkali saya cuba berlaku adil bagi menyampaikan penulisan yang lebih bertanggungjawab. Lebih neutral walaupun saya sedar bahawa kecenderungan menyokong kerajaan lebih sedikit namun jika perbuatan atau tindakan kerajaan tidak betul sama sekali tidak saya cuba akan lindungi.
Bahkan, adanya editor lain yang lebih cederung kepada pembangkang turut menjadi check and balance kepada portal ini.
Itu saya yakin. Saya amat yakin sekali.
Pencarian demi pencarian saya lakukan. Research dilakukan bagi mengenal-pasti punca utama bagaimana keadaan huru-hara mula berlaku.
Beribu-ribu keping gambar sewaktu hari kejadian saya muat-turun untuk dikaji. Bahkan beratus-ratus klip-video turut saya muat-turun dalam data bank yang saya sediakan bagi mengkajinya dan perlahan-lahan saya mainkan setiap satu dalam membuat perbandingan.
Akhirnya, antara klip-video yang saya puashati menunjukkan bagaimana para demonstran melakukan asakan, telah dikenal-pasti.
Dalam durasi awalan tidak sampai satu minit, sebuah klip-video menayangkan bagaimana para demonstran mula membuka halangan berbentuk barricades yang dipasang oleh pihak berkuasa.
Ia berlaku bilamana beberapa pemimpin tertinggi pakatan pembangkang seolah-olah memberi isyarakat tertentu. Itulah yang berlaku di zon larangan, Dataran Merdeka.
Begitu juga insiden yang berlaku di persekitaran KLCC.
Antara imej yang dikenal-pasti adalah serbuan Unit Amal Pemuda PAS yang siap berseragam merah melakukan engagement dan physical assault terhadap benteng pasukan keselamatan.
Inilah antara detik permulaan berlakunya pertempuran di antara pendemonstran dan pasukan keselamatan. Selebihnya, adalah paparan-paparan kejadian sebagaimana yang boleh kita perolehi dalam media-media massa dan maya.
Kebenaran tidak memihak kepada pendemonstran dan pemimpinnya
Setelah punca dikenal pasti dan mula dimainkan oleh media-media massa dan maya, ketua umum pakatan Anwar Ibrahim dengan kadar segera melakukan sidang medianya menafikan arahan-arahan beliau dalam bentuk signal tertentu sewaktu kejadian. Ini tidak memberi kelebihan kepadanya kerana ia lebih bersifat penafian secara oral.
Bahkan Anwar menerima tamparan terhebat apabila salah seorang peserta, Benji Lim bangun dan secara lantang mempertikaikan kredibiliti penganjur yang disifatkan beliau sebagai gagal dalam mengawal peserta demonstrasi dan seterusnya diperalatkan oleh politikus seperti Anwar itu sendiri.
Akibatnya, beliau telah dihalau keluar dari sidang media tersebut.
Kemunculan konspirasi pelik
Saya terpegun sebentar, apabila satu Malaysia mula mempertikaikan Bersih 3.0 dan mula menuding jari ke arah Anwar dan ahli pakatannya mengikut prinsip ‘blame game’ yang dikehendaki (tapi sayangnya tidak memihak kepada mereka), tiba-tiba semua media termasuk media massa mula membuka isu baru iaitu kredibiliti dan moraliti pemimpin kedua tertinggi di dalam PKR iaitu YB Azmin Ali.
Ini berlaku tidak sampai seminggu Bersih 3.0 berlangsung. Jika benar Bersih 3.0 memihak kepada parti yang membentuk kerajaan, mengapa perlu untuk membuka isu baru? Itulah persoalannya. Bukankah isu ini (moraliti Azmin Ali) masih boleh disimpan hingga isu Bersih 3.0 benar-benar suam dan surut?
Isu mengenai Azmin Ali dan perlakuannya di luar batas moral dan agama menjadi sensasi bilamana media massa utama yang pro terhadap kerajaan seperti Utusan Malaysia dan TV3 memainkan isu ini bersandarkan beberapa blog popular yang kononnya pro-kerajaan.
Dalam keadaan ini, Azmin Ali tidak mengambil masa yang lama untuk membuat kenyataan media bagi menafikannya.
Sebaliknya Azmin bangkit menudingkan jarinya kepada UMNO dengan komplot konspirasi baru untuk bagi menjatuhkannya dengan dikaitkan bersama unsur yang sebelum ini begitu sebati dengan UMNO – UMPORNO!
Di satu sudut yang lain, kita juga boleh menghidu adanya usaha-usaha tertentu yang cuba melaga-lagakan jabatan atau kementerian tertentu dalam mengasak siapakah yang harus dipertanggungjawabkan dalam insiden Bersih 3.0 ini.
Ada pihak yang menuding jarinya kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sehingga melibatkan menterinya sendiri.
Ada pula pihak yang cuba mengalihkan kesalahan itu kepada pejabat Peguam Negara.
Dan tidak kurang yang mahu mengaitkannya kepada menteri yang bertanggungjawab terhadap sistem perundangan dan kehakiman negara di Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?
Politik kotor sedang berlangsung tanpa kenal mana satu kawan dan mana satu lawan
Jujur saya nyatakan di sini bahawa pada tahap lanskap negara menghampiri pilihanraya ke 13 (PRU13) yang dianggap bakal menjadi salah satu siri PRU yang terkotor pernah dicatatkan dalam sejarah negara, saya sendiri tidak pasti yang manakah sebenarnya kawan dan yang mana satukah lawan.
Pada satu tahap di mana pengamal media maya yang terdiri dari rakan-rakan saya sendiri dikenali sebagai pejuang tegar parti kerajaan tiba-tiba boleh memainkan isu-isu yang boleh ‘membunuh’ parti itu sendiri dan bertambah parah bilamana media massa utama seperti Utusan Malaysia dan TV3 boleh terpengaruh dengan cerita-cerita sebegini.
Siapakah sebenarnya kawan dan siapakah sebenarnya lawan?
Harus difikirkan secara mendalam terutama oleh kepimpinan nombor satu negara, YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ingat, ini adalah PRU terkotor dalam sejarah politik negara dan semua orang tahu mengenainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment