Blog Archive

Monday, May 7, 2012

"Hancur-hancur... Hancur BN!" (Archive #77)




Oleh: GreenHood

Tengahari kelmarin, saya bersama keluarga meluangkan sedikit masa di sebuah shopping complex lama sekitar Pandan Indah. Seperti kelaziman, saya ‘melepaskan keluarga saya’ untuk membeli-belah barangan keperluan rumah manakala saya menyertai sahabat yang lain duduk dalam sesi santai brainstorming di sebuah restoran milik seorang sahabat. Oh ya, ada dalam kelompok kami juga berperangai seperti saya… yang sudah berkeluarga pasti akan membawa keluarga masing-masing dan kemudian ‘melepaskan mereka’ untuk membeli-belah atau sekadar window shopping.

Namanya pun hujung minggu! Tidak sah jika keluar tidak membawa keluarga walaupun niat asalnya untuk ‘bersidang’.

Minggu ini topik yang menjadi diskusi berat kami tidak lain dan tidak bukan adalah isu Bersih 3.0.

Pasca Bersih 3.0

Sudah pasti berbagai pendapat dilontarkan oleh sahabat ‘meja bulat’ ini. Ada yang positif atau pro dan ada yang negatif atau kontra. Alamklumlah, antara kami ada yang menulis dalam laman portal atau blog pro-kerajaan dan ada yang menulis dalam laman portal atau blog pro-pembangkang.

Seorang sahabat yang bekerja dalam sektor kerajaan dan merupakan kolumnis portal ini (KritisOnline) memberitahu bahawa control damage yang diusahakan oleh kerajaan belum memberi impak yang besar kepada rakyat. Tidak menafikan bahawa Bersih 3.0 secara nasional memberi kelebihan kepada kerajaan pemerintah namun ia perlukan satu pendekatan drastik yang boleh menyentuh hati rakyat seperti memohon maaf atas apa yang berlaku terutama tindakan segelintir polis yang ‘memburu’  dan ‘membelasah’ suspek demonstran sekitar Jalan Masjid India.
Perkara ini turut dipersetujui oleh sahabat yang menjadi tuan-rumah ‘persidangan meja bulat’ kami (pemilik restoran).

Jelasnya bahawa tindakan kerajaan yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia boleh menyuntik sentimen simpati berdasarkan imej rakyat Malaysia yang sopan santun dan penuh dengan budi bahasa. Ucapan ‘maaf’ seringkali melembutkan jiwa rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu.

Namun lain halnya dengan seorang sahabat yang bekerja dalam sektor swasta dan merupakan penulis separuh masa dalam blognya yang pro-kerajaan.

Katanya budaya meminta maaf terkecuali dari kes Bersih 3.0 ini.

“Kenapa kita?”, katanya.

“Walhal mereka yang menaja Bersih 3.0 tidak pun membuat perkara ini (memohon maaf) sebaliknya tuduh dan tuduh dan terus menuduh kerajaan sebagai bersalah dan jika kerajaan memohon maaf maka ia (perbuatan memohon maaf) seolah mengakui atau mengiyakan pertuduhan yang dilemparkan itu”, ujarnya panjang lebar.

Saya dan seorang lagi penulis portal pro-pembangkang (MalaysiaKini) mengerutkan dahi tanda ada kebenaran dari hujah kedua-dua belah pihak. Sebenarnya dalam hati saya ada sedikit perasaan lucu kerana kedua-dua hujah pro dan kontra itu datangnya dari mereka yang pro-kerajaan.

Di sini saya mencelah dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi yang dipetik dari ucapan beliau sewaktu mengunjungi negeri Kelantan bahawa agenda Bersih 3.0 tidak lain dan tidak bukan adalah bagi menggulingkan kerajaan dengan cara jalanan. Ianya bukanlah satu demonstari biasa tetapi mempunyai motif yang lain.

Ini, pada pengamatan kami bersifat apologetic atau mempertahankan diri.

Persoalannya, tepatkah tindakan dan kenyataan Najib Tun Razak itu?

Mencari kebenarannya

Kronologi adalah penting sebab itu dalam 1 klip video yang dimainkan oleh PDRM, mencatatkan masa-masa kejadian bersandarkan klip-klip video yang mereka perolehi. Ini tidak berlaku kepada klip-klip video yang dimainkan oleh portal atau blog pro-pembangkang.





Pemain media sosial pro-pembangkang tetap memainkan klip-klip video yang telah diedit tanpa menyusun mengikut susunan masa melainkan memotong dan memuatkan segmen yang mereka mahukan bagi mewujudkan persepsi yang mereka kehendaki. Ia diikat dengan skrip (sama ada teks atau suara naratif) yang mendorong penonton mengikut apa yang mereka mahukan luahkan.

Pilihan lagu-lagu latar pula seringkali diambil dari lagu yang boleh mendorong mood penonton kepada kemahuan mereka seperti lagu-lagu perlahan yang boleh menurunkan emosi sedih dan sebak atau lagu-lagu berat (contohnya heavy-metal) yang boleh menaikkan semangat atau kegeraman dan kemarahan penonton.




Inilah sebenarnya magis filem atau video yang dipelopori oleh barat dalam membikin filem-filem box-office.

Dalam kes Bersih 3.0, saya telah menonton berbagai klip video yang mudah diperolehi terutama di youtube. Saya secara peribadi lebih gemar mencari klip video yang berbentuk raw tanpa ada sebarang suntingan kerana disitulah kebenaran seringkali terpapar.

Dari puluhan atau ratusan klip video yang saya tonton, saya akui lebih tertarik pada segmen ‘punca huru-hara berlaku’ berbanding sewaktu ‘kejadian huru-hara‘ berlaku.

Apa yang saya lihat… apa yang saya dengar… hanyalah sekitar ulangan ayat…

Hancur hancur… hancur BN”
“Hancur-hancur… hancur UMNO”
“Tumbang-tumbang… tumbang BN”
“Tumbang-tumbang… tumbang Najib”
“Hancur-hancur… kezaliman”
“Hidup-hidup… hidup rakyat!”




dan lain-lain laungan lagi yang serupa dengannya.

Sebenarnya, ulangan laungan itu adalah tidak lebih dari mem-pasak ke sanubari setiap orang yang menyebut atau mendengarnya untuk membenci BN, UMNO, kerajaan, Najib, polis atau apa sahaja yang dimulakan dengan ayat ‘hancur’ dan di dalam Islam setiap perkara itu diambil kira bermula dari niatnya.

Setiap niat adalah berbentuk lafaz sama ada lafaz secara jelas terpacul dari mulut individu itu atau dalam hatinya.

Bahkan, di dalam perundangan sibil setiap perlakuan (actus rea) juga hendaklah dikaitkan dahulu dengan niat jahatnya (mens rea).

Bagi saya, kenyataan Perdana Menteri sewaktu di Kelantan itu adalah TEPAT.

Setiap demonstran yang berkumpul di dataran Merdeka sewaktu hari kejadian telah menyempurnakan niat mereka bagi menggulingkan kerajaan setiap kali mereka melaungkan ayat yang bermula dengan ‘hancur’ seperti “hancur-hancur… hancur BN”.

Tidak hairan jika insiden buruk (actus rea) 284 (singkatan kepada 28hb April) seperti yang kita tonton dalam mana-mana video klip berkaitan Bersih 3.0 adalah permulaan kepada rusuhan jalanan.


*nota: terima kasih kepada inbox rakan facebook Muhammad Safuan (email: safuan_heaven@hotmail.com)yang turut mendorong untuk saya menyentuh perkara berkaitan permainan sentimen dalam penghasilan klip-video yang didominasi oleh pemain media pro-pembangkang serta mengirimkan beberapa klip-video pro-pembangkang yang dikatakan olehnya sebagai mampu meraih simpati rakyat.

4 comments:

  1. laaa.blog barua umno rupenye..silap masuk la..tahniah artikel bodoh anda sangat menarik..teruskan usaha membodek dan mencium bontot najib..

    ReplyDelete
  2. Pergh anjing sudah sesat masuk sini la...hati dah hitam nak terima kenyataan...

    ReplyDelete
  3. Barua mcm ni lah UMNO suka...dah tau diperbodohkan terus membodohkan diri. syabas. ana masuk sini pun tertarik dengan tajuk dia. Hancur BN insyaAllah....

    ReplyDelete
  4. umno ni senang je kalo kita nak kategorikan dorang...OTAK LEMBU MENTALITI KELDAI

    ReplyDelete