Oleh: GreenHood
Semboyan Bersih 3.0 sudah pun dilaungkan. Kononnya bakal menghimpunkan sejumlah besar penyokong pakatan dengan beberapa objektif terkumpul seperti menuntut pembuangan undi yang bersih dan telus (Bersih), menjaga alam sekitar yang lebih baik untuk generasi akan datang (Hijau), menuntut kebebasan akademik (Bebas) serta pendidikan percuma (Hapus PTPTN) dan bermacam-macam lagi tuntutan serta bantahan.
Gimmick nya mudah. Untuk duduk satu hari sebagai tanda protes atau ‘BANTAH’.
Namun diketahui bahawa ia tidak lebih dari mengumpulkan kekuatan bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang amat hampir dirasakan.
Bersih bermatlamatkan mengumpul sejumlah besar manusia di satu-satu kawasan bagi tujuan menyuntik semangat seterusnya diharap semangat ini dapat bertahan hingga saat pembubaran parlimen dan pembuangan undi.
Pada Bersih 2.0 yang lalu, wujud task-force dari penyokong Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi demonstrasi ini secara head-to-head dan seterusnya cubaan untuk menggagalkan ia (Bersih). Perkasa, Patriot dan beberapa jumlah kecil NGO yang lain telah turut mengancam untuk mengadakan demonstrasi jalanan (street rally) namun gagal menyekat kemaraan Bersih.
Sebaliknya kini, terutama di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan, BN sedang menggiatkan kempen ‘Gelombang Biru’ dengan mencacakkan sebanyak mungkin bendera BN serta membirukan saujana pandangan mata.
Turut diedarkan kepada rakyat adalah baju-baju biru yang merupakan warna simbolik BN. Begitulah ‘perang saraf’ yang sedang giat dilancarkan oleh jentera BN.
Tactical Assault siapakah yang akan berjaya dan meninggalkan kesan terhadap persepsi rakyat? Inilah sebenarnya persoalan yang wujud di kalangan pemerhati politik.
Jika dilihat, sekumpulan besar jentera pakatan dengan warlords mereka bakal berhimpun di satu-satu kawasan sahaja, sebenarnya tindakan mereka ini tidak lebih dari meninggalkan kubu kuat mereka dan amat mudah untuk diserang oleh pihak lawan - dalam konteks ini BN.
Akankah BN mengambil kesempatan dari musuh yang meninggalkan kubu-kubu mereka?
Kita tunggu dan lihat!
No comments:
Post a Comment