Blog Archive

Thursday, April 26, 2012

@Khairykj seorang tidak cukup! BN perlu lebih ramai lagi untuk #PRU13 (Archive #74)

@Khairykj seorang tidak cukup ! BN perlu lebih ramai lagi untuk #PRU13. PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Thursday, 26 April 2012 13:19

Oleh: GreenHood


Ini bukan memuji atau melambung sesiapa. Ini hakikat yang harus diterima.

KJ atau YB Khairy Jamaluddin, ahli parlimen Rembau merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO serta Barisan Nasional semakin berjaya melonjakkan dirinya menjadi ‘ikon’ generasi muda Malaysia.

Penampilan serta keterampilannya memberi impak kepada orang muda. Sama ada dari segi lontaran idea mahu pun kepetahan berhujah atau berdebat.

Kelmarin di Dewan The Club Bukit Utama, Bukit Utama Golf Course telah berlangsungnya debat antara KJ dan Datuk Ambiga Sreenevasan anjuran The Malaymail.

KJ sekali lagi menunjukkan kebolehannya mematahkan hujah Ambiga. Sesetengah pemerhati politik merasakan ‘tuduhan’ Ambiga terhadap SPR terutamanya merupakan satu tuduhan lapuk bilamana SPR sudah pun mentransformasikan hampir separuh dari 21 tuntutan asal Bersih.

KJ berjaya mendeliberasikan transformasi itu dari segi hujah seterusnya membuatkan seolah berdirinya Ambiga di atas pentas debat tidak ubah seperti satu sandiwara politik yang mahu menjustifikasikan perhimpunan Bersih 3.0 pada hari Sabtu ini.


Sebelum ini, KJ juga berjaya menonjolkan dirinya lebih dari Rafizi Ramli mahu pun Nasrudin Tantawi, kedua-duanya merupakan ikon PKR dan PAS. Hanya Nurul Izzah dan Tony Pua yang masih belum berdebat atau berforum bersama KJ.

Kudos diucapkan kepada KJ. Malangnya, penonjolan ‘solo’ KJ masih tidak memadai. Akhirnya, KJ hanya akan dilihat sebagai individu yang akan bertanding hanya 1 kerusi. Beliau tidak akan bertanding 4 atau 5 kerusi untuk menentang ikon-ikon ciptaan pakatan pembangkang dalam PRU13 nanti.

Inilah kelemahan utama yang dihadapi oleh UMNO-BN.

MIC mungkin mempunyai calon ‘ikon’ seperti P. Kamalanathan namun penampilannya di hadapan publik masih tersekat-sekat kerana bimbang kemunculannya akan disalah ertikan oleh kepimpinan tertinggi MIC.


UMNO dan BN perlu mengeluarkan lebih ramai ikon muda bagi menentang ikon-ikon muda pakatan yang ramai dihasilkan seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Tony Pua, Chegu Bard, Nasrudin Tantawi bahkan Adam Adli sendiri.

Melainkan jika seorang ikon seperti KJ mampu bertanding banyak kerusi menentang ikon-ikon pakatan, BN bolehlah duduk goyang kaki dan menghantar hanya seorang sahaja wakil ikon mereka.

Last Updated on Thursday, 26 April 2012 13:24
 
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.

No comments:

Post a Comment