"Bandwagon" siapa lebih berjaya - #Bersih3 atau Gelombang Biru? |
Written by GreenHood |
Monday, 23 April 2012 17:59 |
Oleh: GreenHood Sebelum ini telah saya persoalkan dalam Tactical Assault Bersih 3.0 vs Gelombang Biru bahawa strategi siapakah yang akan dapat mengambil tempat di hati rakyat dalam menuju PRU13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa dari sekarang. “Gelombang Biru” merupakan kempen yang dibawa oleh BN dalam memastikan setiap inci lanskap negara dipenuhi dengan warna biru yang sinonim dengan lambang rasmi BN, ‘dacing’. Maka, berkibaranlah bendera dacing memenuhi lorong-lorong jalan serta kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan mata rakyat. Rakyat terutama anak muda pula disogok dengan t-shirt berwarna biru untuk dipakai tidak mengira waktu akhirnya mewujudkan fenomena biru.
Selain
dari itu, jentera utama BN yang diketuai sendiri oleh YAB Datuk Seri
Najib Tun Razak serta timbalannya, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin mengatur
gerak-kerja turun padang dari satu bahagian ke satu bahagian, negeri ke
negeri membawa tema ‘transformasi’ membelah lautan biru yang
diwujudkan di kawasan-kawasan yang mereka turun.
Gerakan BN akhir-akhir ini kelihatan seperti berjaya menenggelamkan laungan ‘reformasi’ yang suatu ketika dahulu cukup popular di bibir rakyat. Pada satu tahap, secara peribadi saya menganggap reformasi tajaan pakatan seperti sudah tidak relevan lagi. Manakala pakatan pembangkang pula menghidupkan satu kempen ke satu kempen dengan berbagai tema dan warna. Dari desakan menuntut pilihanraya yang lebih adil dan saksama, tuntutan kebebasan akademik dan pendidikan percuma, penjagaan alam sekitar, hak wanita hinggalah kebebasan minoriti berkaitan seks transgender. Jangan lupa, kempen ‘occupy’ mereka turut menjadi sebahagian dari gerakan-gerakan ini.
Warna-warna
yang disilaukan ke mata rakyat turut berbagai. Ada temanya jingga, ada
yang hitam dan tak kurang pula sarung tangan putih serta warna unggu
dan hijau.
Mensasarkan 28 April nanti sebagai tarikh menghimpunkan seluruh tuntutan hanyalah untuk mencetuskan fenomena menyokong gerakan pakatan menghadapi PRU13. Ianya tidak ubah seperti satu ‘bandwagon’ yang dipenuhi berbagai tema dan warna sedangkan matlamatnya tetap satu iaitu memancing hati rakyat bagi mengundi mereka di PRU13 kelak.
Hingga saat ini, gerakan BN kelihatan lebih menonjol dari gerakan pakatan.
Dari
segi ‘delivery’, BN mencapai ‘score’ yang lebih bilamana menunaikan
janji-janji mereka termasuklah imbuhan bersifat ‘1-off’ seperti KR1M,
BR1M dan BB1M.
Namun pakatan tidak kurang markahnya bila berjaya ‘melondehkan’ satu persatu kepincangan BN walaupun banyak dari pendedahan itu bersifat individualistik. Kejayaan yang boleh dibanggakan oleh pakatan bilamana skandal ‘cowgate’ mencapai matlamatnya. Selebihnya, BN masih mampu bertahan dari asakan-asakan pakatan yang berkempen menggunakan mode ‘hatred politics’. Saya kira, masih ada masa untuk kedua-dua BN mahupun pakatan menyusun strategi-strategi tertentu sebelum ‘whistle’ terakhir berbunyi. |
Last Updated on Monday, 23 April 2012 19:22 |
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.
No comments:
Post a Comment