Blog Archive

Friday, April 27, 2012

AWAS! WABAK BERJANGKIT PESERTA #BERSIH MENULAR KE KL


Kuala Lumpur…
Senyuman mu…
Di pagi ini…  
Sungguh bererti…
Kerna cinta bersemi lagi…
Setelah kemarau panjang!









Begitulah indahnya bait-baik lirik lagu “Senyumlah Kuala Lumpur” dendangan kumpulan yang tidak asing lagi Alleycats.


Namun senyuman itu pasti akan bertukar menjadi sebaliknya dalam tempoh 24 jam dari sekarang.

Bersih 3.0 akan menukarkan wajah Kuala Lumpur menjadi “Selangor kedua”.

Selangor yang mendapat jolokan SELANGOR DARUL SAMPAH atas kecekapan MB nya  Khalid Ibrahim memerintah akan membawa wabak berjangkitnya ke Kuala Lumpur, ibukota negara.



Bayangkan sasaran penganjur Bersih 3.0 yang membayangkan tidak kurang 100,000 orang rakyat Malaysia yang rata-rata di import dari negeri Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan lain-lain lagi akan berhimpun di jalanan (ya, saya menyebutnya dengan betul… “jalanan” dan bukannya  stadium atau lokasi yang mudah untuk diuruskan).


 
Baru-baru ini sahaja sekumpulan kecil anak muda telah menunjukkan “tahap kebersihan” mereka setelah berkumpul dan “meniduri” Dataran Merdeka selama beberapa hari.

Tahap kebersihan yang mereka pertontonkan menyebabkan bukan sahaja DBKL geleng kepala bahkan rata-rata pengguna jalanraya atau lorong pejalan kaki turut bersungut “mesra”.

Wajarkah kempen “Bersih 3.0” dinamakan “Bersih” ?

Saya pasti manusia yang waras akan memahami persoalan yang saya timbulkan ini.

Cukup-cukuplah dengan SELANGOR DARUL SAMPAH.


Jangan bawa wabak berjangkit ini ke Kuala Lumpur dengan berselindung di sebalik perkataan B.E.R.S.I.H.






pesan David Arumugam pada yang menghormati erti bersih sebenar...

TIMAKAASSEEEYYYY !!!

No comments:

Post a Comment