Blog Archive

Tuesday, March 6, 2012

Krisis Kedah... deadlock... status quo! (archive #65)

Krisis Kedah... deadlock... status quo! PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Monday, 05 March 2012 12:39

Oleh: GreenHood

Deadlock... status quo!

Itulah gambaran yang menjelma dalam kotak fikiran saya. Krisis politik Kedah bakal kembali ke sifat asalnya. Tiada penyelesaian melainkan kembali ke takuk lama. Ini bermakna Phahrolrazi tetap menjadi exco terakhir kerajaan negeri Kedah dalam melengkapkan barisan eksekutif pimpinan negeri jelapang padi itu. Phahrolrazi bakal memperbaharui sumpahnya selaku exco menjelang 7 Mac ini.

Tiada pembubaran dewan undangan negeri. Tiada kerajaan campuran. Dua perkara ini akan merugikan PAS. Dua perkara ini akan merugikan pakatan PKR-DAP-PAS.

Phahrolrazi tiada pilihan lain melainkan mengikut kehendak PAS pusat untuk menyelamatkan tampuk kuasa negeri. Yang lebih tepat adalah PAS tiada pilihan lain.

Walaupun muzakarah telah dilakukan oleh kepimpinan PAS pusat, namun demi menyelamatkan PAS dan angkatan pakatannya selaku parti yang meneraju kerajaan negeri, Phahrolrazi dalam keterpaksaan akur dengan keputusan itu.

Azizan pula bukanlah pengkhianat parti. Beliau percaya dengan apa yang dilakukannya. Ditambah dengan sokongan dari Dewan Ulamak, pertelingkahan antara Azizan dan Phahrolrazi bukanlah kerana pengkhianatan yang melibatkan UMNO atau BN. Ini bukan kisah 16 September. Ini krisis dalaman.

Azizan dianggap sebagai kumpulan orthodox atau bahasa partinya kumpulan ulamak. Manakala Phahrolrazi adalah golongan pembaharuan yang disifatkan oleh penganalisa politik sebagai kumpulan ‘anwarinas’, kerana cenderung kepada Anwar Ibrahim dalam misi merampas Putrajaya at all cost.

Dalam keadaan politik negara yang menuju pilihanraya umum 13 pada bila-bila masa, kemelut kerajaan negeri Kedah tidak akan menguntungkan pakatan. Ia tidak akan menguntungkan PAS. Kemaraan kumpulan ‘anwarinas’ kali ini tidak berjaya seperti di negeri Selangor.

Azizan tidak akan menerima nasib seperti Hasan Ali. Hasan Ali bukanlah seorang menteri besar. Beliau sekadar (bekas) exco kerajaan negeri yang di bawah telunjuk Khalid Ibrahim. Khalid Ibrahim punyai kuasa yang besar. Begitu juga Azizan. Azizan lah yang pegang kuasa. Bukan Phahrolrazi, bukan Hadi Awang dan jauh sekali Anwar Ibrahim.

Tekanan politik terhadap Azizan berjaya dikekang oleh kekerasan kepala Azizan sendiri. Melainkan PAS memecat keahlian Azizan, mungkin senario lain bakal terjadi. Sanggupkah PAS melakukan kesilapan kali kedua dengan memecat Azizan sebelum berlangsungnya PRU13 ?

Saya rasa tidak!
 
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.

No comments:

Post a Comment