Blog Archive

Friday, March 16, 2012

Jangan perkecilkan ATM - TPA.M disegani antarabangsa (archive #69)

Jangan perkecilkan Angkatan Tentera Malaysia - TPA-M terbukti disegani antarabangsa PDF Print E-mail
Written by GreenHood & StormRiders   
Friday, 16 March 2012 02:49



Katakan apa sahaja tentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Lewat kini hal ehwal ATM amat mudah dipolitikkan oleh segelintir ahli politik Malaysia yang mengejar kuasa dan pangkat. Hakikatnya ATM merupakan simbol benteng pertahanan negara. Mempersoal tindakan ATM seolah-olah satu tindakan pengkhianatan terhadap negara. Demikian itu adalah lebih baik meninggalkan soal Perkhidmatan ini di tangan kepimpinan sedia ada. Adalah lebih baik melihat peranan Perkhidmatan ATM ini yang diiktiraf oleh antarabangsa dari mengorek kelemahannya.
Di bawah pentadbiran menteri yang berkaitan, ATM terus mendapat kepercayaan peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, krew KritisOnline dapat mengikuti satu lagi misi peringkat antarabangsa iaitu  misi penghantaran Tim Pemantauan Antarabangsa-Mindanao ke-7 atau kod ringkasnya TPA-M7.

TPA-M7 adalah kesinambungan misi terdahulu iaitu TPA-M1, TPA-M2, TPA-M3, TPA-M4, TPA-M5 dan TPA-M6.



Sejarah ringkas tertubuhnya TPA-M
TPA-M telah mula wujud sejak tahun 2004 ekoran pergolakan selatan tanahair Filipina. Pergolakan tersebut adalah bagi menuntut kemerdekaan oleh pejuang pemisah Islam dikenali sebagai Moro Islamic Liberation Front atau MILF.

Pergolakan yang mengorbankan ribuan tentera kerajaan Filipina dan pejuang MILF mendapat perhatian dunia terutama negara-negara Asia yang lain. Justeru, atas memenuhi permintaan kerajaan Filipina dan juga Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah), persetujuan dibuat bagi mengadakan rundingan dan seterusnya mengisytiharkan gencatan senjata oleh kedua-dua pihak kerajaan mahu pun MILF mengikut Term of Reference (ToR) yang dipersetujui dan Kementah memainkan peranan menghantar pasukan atau tim pemantau hingga kini bersama-sama negara lain termasuklah Brunei, Libya, Jepun, Norway, United Kingdom dan Perancis. Inilah permulaan TPA-M dengan kod pertamanya TPA-M1.

TPA-M1 mula beroperasi dari tanggal 24hb Ogos 2004 hingga 25hb Ogos 2005. Pada waktu itu, ketua misi-nya adalah Mejar Jeneral Dato’ Zulkifeli b. Mohd Zin (kini adalah Panglima ATM dengan rank dan status tertinggi bergelar Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli b. Mohd Zin).

Selepas kejayaan TPA-M1, Malaysia melalui Kementah berterusan terlibat dalam TPA-M2 hingga TPA-M3 masing-masing beroperasi dari 26hb Ogos 2005 - 1hb September 2006 dan 2hb September 2006 - 30hb Ogos 2007 dan ketua-ketua misinya adalah Mejar Jeneral Dato’ Soheimi b. Abas dan Mejar Jeneral Dato’ Ismail b. Ahmad Khan.

Komited terhadap peranan yang diberikan dalam memantau dan memastikan ToR diikuti, Malaysia terus menghantar pegawai dan anggota bagi TPA-M4 diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Mat Yasin b. Mat Daud bermula dari 31hb Ogos 2007 hingga 30hb Ogos 2008.







Penangguhan TPA-M5 kerana gencatan senjata terhenti



Malangnya, operasi TPA terpaksa dihentikan selepas itu kerana rundingan damai antara kerajaan Filipina dan MILF terjejas ekoran pembubaran peace panel susulan keputusan mahkamah agung Filipina yang membatalkan Memorandum of Agreement on Ancestual Domain antara keduanya.

Kejejasan rundingan damai itu yang dipercayai melibatkan politik dalaman negara tersebut memaksa Malaysia menangguhkan misi TPA-nya pada 30hb November 2008. Hanya pada bulan Disember tahun 2009, atas permintaan bersama kerajaan Filipina dan MILF, Malaysia sekali lagi diberi mandat untuk mengetuai TPA-M sebagaimana TPA-M1 hinga M4 dan ini adalah bersandarkan kepada keupayaan Malaysia dalam mengendali dan memimpin empat tim terdahulu dengan efisyen dan berkesan walau pun melibatkan keanggotaan negara-negara lain.




Penyambungan TPA-M5 & 6

Akhirnya, persetujuan diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi menghantar TPA menyambung tugas-tugas yang terhenti dahulu. Kali ini, TPA-M5 diketuai oleh Mejar Jeneral Datuk Baharum b. Hamzah diamanahkan melalui Kementah berkhidmat di selatan Filipina bermula tanggal 28hb Februari 2010 hinggalah 11hb Mac 2011. Seperti tim-tim terdahulu, Malaysia cemerlang di bawah Mejar Jeneral Datuk Baharum sebelum beliau menamatkan misinya dan digantikan dengan TPA-M6 di bawah Mejar Jeneral Dato’ Mahdi b. Yusof yang berkhidmat dari 12hb Mac 2011 dan bakal pulang setelah misi TPA-M7 ini mengambil alih.

Berkumpul di Pangkalan Udara TUDM Subang, krew KritisOnline bersama rakan-rakan media perdana telah siap sedia menantikan kehadiran Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli b. Mohd Zin yang akan melepaskan pemergian TPA-M7. TPA-M7 kali ini bakal diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Abdul Rahim b. Mohd Yusoff.

Tepat jam 2 petang, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri PAT tiba dan berucap sebagaimana yang telah KritisOnline laporkan kelmarin (klik sini).

Kekuatan TPA-M7








Mengiringi pegawai dan anggota TPA-M7 ke pesawat Hercules C-130, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri PAT diiringi oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali b. Daud (Panglima Tentera Udara), Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Hj. Ahmad Hasbullah b. Hj. Mohd Nawawi (Tentera Darat), Laksamana Madya Datuk Ahmad Kamarulzaman b. Hj. Ahmad Badaruddin (Panglima Angkatan Bersama), Dato’ Seri Akhil b. Bulat (Pengarah Cawangan Khas PDRM) dan Laksamana Muda Dato’ Abdul Ghani b. Othman (Tentera Laut) telah melepaskan keberangkatan pergi TPA-M7 yang dianggotai oleh 16 anggota keseleruhannya iaitu 6 dari Tentera Darat termasuk ketua misi, 3 dari Tentera Laut (TLDM), 4 dari Tentera Udara (TUDM) termasuk timbalan ketua misi dan 3 dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Selain daripada itu, 3 pegawai awam dari Kementah, Kementerian Luar Negeri dan Jabatan Perdana Menteri turut terlibat dalam misi TPA-M7 kali ini.

Di Mindanao kelak, kekuatan TPA-M7 dari Malaysia akan bergabung dengan anggota dari negara lain yang terlibat membentuk tim yang dianggotai 42 anggota keseluruhannya.

Misi penghantaran dan pengambilan TPA-M7 & 6 kali  ini turut melibatkan pasukan media dari TV3, TV9, Bernama, Nanyang dan KritisOnline berjumlah 6 orang keseluruhannya.

Penerbangan dan quick operation

Penerbangan membawa TPA-M7 mendarat di Labuan, Sabah dan keseluruhan anggota penerbangan di tempatkan di sebuah kawasan penempatan yang dikhususkan kepada kami pada malam tersebut.

Tiada sebarang aktiviti melainkan berehat kerana keesokan harinya adalah penerbangan secara langsung ke lapangan terbang Cotabato City, Mindanao.

Kami semua telah bersedia seawal pagi dan tepat jam 0800 waktu Malaysia meninggalkan bumi Labuan.

Penerbangan terus menerus tersebut mengambil masa hampir 2 jam sebelum mendarat di lapangan terbang Cotabato City, Mindanao. Di lapangan terbang Cotabato City, pasukan tentera kerajaan Filipina siap menanti kehadiran kami dan menerima tabik hormat kehadiran TPA-M7 Malaysia. Kami sempat merakamkan ceremony ringkas menerima TPA-M7 oleh tentera kerajaan Filipina dan melepaskan TPA-M6 pulang ke Malaysia.

Kami dimaklumkan bahawa TPA-M7 akan ditempatkan di Headquarter TPA iaitu Cotabato City itu sendiri dan 4 team site yang lain seperti Cotabato City, Iligan City, Zamboanga dan General Santos City.

Quick operation penghantaran TPA-M7 dan pengambilan pulang TPA-M6 berlangsung dalam kadar yang pantas kerana faktor keselamatan. Dianggarkan waktu berada di lapangan terbang tersebut tidak lebih dari dua jam sebelum kami berlepas pulang dalam penerbangan terus menerus ke lapangan terbang Pangkalan Udara TUDM Subang.










Kisah pertempuran

Sewaktu dalam penerbangan pulang, krew kami sempat merakamkan kisah oleh salah seorang anggota bagaimana TPA-M6 menghadapi beberapa pertempuran yang melibatkan tentera kerajaan Filipina dan tentera MILF. Antara pertempuran-pertempuran yang pernah berlaku, hanya satu pertempuran sengit yang mengorbankan sejumlah besar nyawa iaitu 19 anggota pasukan komando tentera Filipina dan 5 anggota pemisah MILF. 14 anggota tentera Filipina direkodkan cedera manakala hanya 4 di pihak MILF. Pertempuran tersebut berlaku pada 18hb Oktober 2011 di Basilan, Filipina.

Alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingini menimpa anggota TPA-M6 keseluruhannya terutama anggota dari Malaysia.

Kami mendarat di lapangan terbang Pangkalan Udara TUDM Subang hampir jam 1700 dengan selamat dan kepulangan kami telah disambut oleh PAT, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli b. Mohd Zin sendiri.

Sesungguhnya, kecekalan keberanian dan disiplin yang tinggi dipertunjukkan oleh setiap anggota dari Malaysia begitu memainkan peranan penting dalam menjayakan misi TPA-M hingga diiktiraf dan dipuji terutama apabila dilantik mengetuai sepanjang 7 misi yang pernah terlibat keseluruhannya dari tahun 2004 hinggalah 2012 kini.






Malaysia negara aman damai

Secara peribadi, KritisOnline merasa amat bangga mempunyai tentera yang diiktiraf dunia dan berharap semoga Malaysia sentiasa dapat membantu mana-mana negara sekali pun dalam misi keamanan dan bukanlah Malaysia yang menjadi negara memerlukan khidmat keamanan dari negara luar. Moga-moga, keamanan Malaysia sentiasa terpelihara Insya-Allah ! - KritisOnline


Last Updated on Friday, 16 March 2012 03:47
 
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.

6 comments:

  1. Mej jen dato, rahim la.. bukan rahman

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq for the correction info.. corrected already.

      Delete
  2. Salam tuan. Mohon pautkan link blog CT
    catsthinker.blogspot.com
    tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. i've subscribed your blog. tq for your interest towards my blog.

      Delete