Blog Archive

Monday, March 19, 2012

Apa usaha @NajibRazak dalam menangani penyakit sosial? (archive #70)

Apakah usaha @NajibRazak dalam menangani penyakit sosial? PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Monday, 19 March 2012 00:49

Oleh: GreenHood

Antara penghujung tahun 2010 hingga kini, saya telah menemui dua orang menteri penuh, dua timbalan menteri, seorang bekas exco kerajaan negeri Selangor yang baru sahaja dipecat dan seorang ulama’ muda untuk bertanyakan soalan yang sama…

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan (persekutuan dan negeri) bagi menangani penyakit sosial yang mengekori mana-mana negara termasuk Malaysia dalam menuju taraf negara maju; dan dalam konteks Malaysia, mengejar Wawasan 2020?

Berbagai jawapan diberikan dalam cubaan menjustifikasikan gerak kerja mereka mengikut portfolio yang mereka pegang sama ada jawatan dalam kerajaan (persekutuan mahu pun negeri) atau jawatan politik mereka. Ada juga yang memberikan jawapan merapu dan saya percaya tidak terlintas pun dalam kotak fikiran mereka akan soalan seperti yang saya ajukan.

Mungkin mereka beranggapan bahawa portfolio yang mereka pegang tidak ada kena mengena dengan perkara yang saya majukan di atas (kerana mungkin mereka beranggapan bahawa ianya adalah dalam bidang menteri berkaitan hal ehwal agama Islam dan belia sahaja), demikian itu jawapan yang diberikan kepada saya seperti acuh tak acuh sahaja.

Secara keseluruhannya, jujur secara peribadi saya berpendapat tidak ada seorang pun yang dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati saya.

Bahkan, ada seorang menteri yang cuba mengaitkan usaha mantan perdana menteri terdahulu, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu mewujudkan slogan dan konsep ‘Islam Hadhari’ sebagai salah satu langkah mengekang penyakit sosial dalam pada negara mengejar taraf negara maju sewaktu zaman pemerintahannya.

Manakala bekas exco kerajaan negeri Selangor (sewaktu ditemui masih lagi memegang jawatan exco) pula pernah memaklumkan kepada saya bahawa dirinya komited mahu menguatkuasakan perundangan Islam sebagai langkah atau usaha mencegah penyakit sosial. Dan sekurang-kurangnya beliau mengaku ada membuat percubaan melakukan penguatkuasaan sekerap yang mungkin mengikut undang-undang atau enakmen sedia ada walaupun bersetuju agak mustahil untuk mengimplimentasikan perundangan hudud yang pernah menjadi manifesto partinya (kini bekas parti beliau).

Namun beliau mengaku bahawa tidak mudah bagi dirinya melakukan penguatkuasaan dalam mengekang gejala sosial apatah lagi bila ditentang oleh ramai exco lain terutama yang tidak senang melihat campurtangan berkaitan agama dengan kemajuan yang mahu dibawa oleh exco berkaitan.


Ini jelas apabila exco tersebut akhirnya dipecat dan berakhirlah sudah usaha beliau mengekang gejala sosial dengan cara menguatkuasakan undang-undang atau enakmen Islam negeri sewaktu beliau memegang portfolio yang berkaitan.

Saya rasa - melainkan dibuktikan sebaliknya - tiada siapa yang tidak akan bersetuju dengan saya bahawa usaha membawa Malaysia kepada status negara maju, penyakit sosial adalah penyakit yang datang seiring dengan kemajuan yang dikejar itu.

Ambil sahaja contoh - dunia tanpa sempadan melalui akses internet sahaja sudah cukup membuka berbagai pintu penyakit sosial seperti bahan lucah, bahan tidak bermoral dan bahan yang boleh menyelewengkan akidah bagi seorang umat Islam.

Dan contoh kedua – dalam mendapat tempat dan kedudukan sebagai sebuah negara maju, antara kriteria yang dikehendaki adalah hak asasi manusia yang mesti dihormati walaupun sebenarnya ia boleh mengundang penyakit sosial yang teruk seperti hak kebebasan seks walaupun bertentangan dengan hukum agama.

Persoalannya kini, apakah yang diusahakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia kini dalam menangani masalah atau penyakit sosial yang datang selari dengan kemajuan negara yang mahu dibawanya?

Di bawah ini, saya kepilkan bersama pandangan seorang tokoh ulama’ muda berkaitan persoalan yang saya timbulkan. Saksikan !




No comments:

Post a Comment