Blog Archive

Saturday, February 4, 2012

Archive #62

USA & murtad adalah kini di bawah Khalid Ibrahim PDF Print E-mail
Written by GreenHood   
Saturday, 04 February 2012 20:26

Oleh: GreenHood

Pada tanggal 17hb Oktober 2011 kira-kira lima hari sebelum “Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah” atau HIMPUN buat julung kalinya diadakan di Stadium Shah Alam (22hb Oktober 2011), krew KritisOnline telah berjaya menemui YB Dato’ Dr Hasan Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam Negeri Selangor ketika itu.

Dalam pertemuan singkat hampir sejam tersebut, beberapa soalan yang kemudiannya terkait rapat dengan pemecatan beliau pada 8hb Januari 2012 (kira-kira dua bulan selepas HIMPUN diadakan) telah ditanyakan dan boleh didapati dalam bentuk klip video (bahagian 1 & 2) di laman youtube KritisOnline.

Antara yang dinyatakan oleh Dr Hasan Ali adalah kewujudan “Unit Selamatkan Akidah” atau singkatannya USA. Unit ini telah diwujudkan sebagai satu unit khas di bawah portfolio beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Infrastruktur & Kemudahan Awam.

Hasan Ali juga telah memaklumkan terdapatnya tiga puluh lima individu yang telah terdaftar untuk diselamatkan akidahnya melalui USA. Ia jelas disebut sebagaimana dalam klip video di bawah ini:-




Apa yang dipertikaikan kini adalah berkenaan Unit Selamatkan Akidah (USA) itu sendiri di bawah portfolio Hal Ehwal Agama Islam yang diduduki oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Persoalan utamanya adalah, apakah yang sebenarnya terjadi kepada tiga puluh lima individu yang terdaftar di bawah USA itu? Siapakah tiga puluh lima individu itu serta apakah laporan perkembangan akidah mereka? 


Menteri Besar Selangor sehingga kini dilihat cuba untuk mengelak bagi menjawab secara penuh hasil keputusan siasatan kes DUMC dan nasib USA serta tiga puluh lima individu tersebut. Ia dibimbangi akan terus disorok terutama apabila soal akidah mereka diusik.

Persoalan ini wajar dijawab oleh Menteri Besar Selangor juga merangkap pengerusi jawatankuasa berkaitan hal ehwal agama Islam terutama bila Menteri di JPM, YB Dato’ Seri Jamil Khir baru-baru ini telah mengumumkan bersedia untuk bekerjasama dengan negeri-negeri bagi penguatkuasaan undang-undang murtad dan ianya menjadi perhatian umat Islam Malaysia.
Last Updated on Saturday, 04 February 2012 20:55
 
Copyright © 2012 Kritisonline. All Rights Reserved.

No comments:

Post a Comment