Blog Archive

Sunday, January 22, 2012

Pengkhianat negara adalah @tonypua ?

Pada mulanya, saya ingin bersangka bahawa YB Tony Pua bukanlah sebagaimana yang didakwa oleh seorang rakan saya, Kelvin Lim yang menggelarkan Tony Pua sebagai seorang ahli politik "tak boleh pakai!

Kelvin Lim, Setiausaha Pemuda MCA Negeri Selangor menyifatkan Tony Pua seorang yang pandai memutar-belitkan setiap perkara namun tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat.

Asalnya, saya hanya melihat Kelvin sebagai seorang ahli politik yang bertentangan agenda politik kerana individu yang menjadi subjek perbincangan, Tony Pua, adalah seorang ahli politik dari parti DAP manakala beliau (Kelvin) adalah dari MCA.


Hairannya, Kelvin turut mengakui bahawa adanya ahli politik pembangkang yang benar-benar berjuang bagi memberi manfaat kepada rakyat dan beliau namakan Lim Guan Eng salah seorang darinya dan kepimpinan beliau di Pulau Pinang amat cemerlang di mata Kelvin.

Kelvin, antara lain berpendapat bahawa Tony Pua seringkali berbahas perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada rakyat seperti Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) namun tidak mendatangkan faedah kepada partinya atau perikatan pakatan.  Dan beliau turut hairan dengan serangan demi serangan yang dilakukan oleh Tony Pua terhadap Kementerian Pertahanan terutama perkara berkait dengan perolehan senjata dan pertahanan negara. 

Apabila YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuka pelawaan kepada Tony Pua bersama ahli parlimen pembangkang yang lain untuk hadir ke kementerian beliau pada Khamis yang lalu, saya merasakan perkara ini adalah satu perkembangan yang baik dalam politik negara. 

Sebagai sebuah kementerian yang penuh dengan rahsia negara terutama berkaitan pertahanan,  kesudian Zahid Hamidi untuk berkongsi maklumat rahsia sesama pembuat dasar perundangan (lawmakers) walaupun berbeza fahaman politik adalah bersesuaian dengan trasformasi politik yang dikehendaki oleh Perdana Menteri. Penjelasan kenapa bajet RM6 billion menjadi RM9 billion bagi perolehan 6 unit kapal penggempur pantai (littoral combat ships / LCS) adalah terjawab dan kini ia bukan lagi menjadi isu utama. 

Bahkan sewaktu Zahid bersetuju dengan cadangan Tony dan rakan-rakannya untuk membawa usul ke dalam parlimen bagi mewujudkan satu jawatankuasa parlimen bertindak bagi melihat dan memerhati perolehan aset pertahanan negara (parliamentary oversee committee / POC), saya secara peribadi berpendapat bahawa tindakan tersebut adalah satu win-win situation yang mana jika barisan Nasional (BN) masih mampu memegang kerajaan setelah pilihanraya umum akan datang, mereka boleh memperbaharui sistem pentadbiran yang telus dan cemerlang dan begitu sebaliknya jika pakatan menang dalam pilihanraya, maka BN akan menjadi pemerhati dan menjadi pembangkang yang kuat walaupun untuk perolehan aset pertahanan kerana kewujudan POC.



Malangnya, “kemenangan bersama” itu tidak pergi lebih jauh dari seminggu sewaktu ia (POC) belum pun sempat diusulkan ke dalam dewan rakyat. 

Hanya pada Khamis lepas kelihatan bahawa pihak-pihak secara dasar telah melangkaui satu titik politik baru, tetapi pagi ini Malaysian Insider (capaian: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kementah-digesa-huna-istilah-betul-untuk-kapal-peronda-/) telah pun melaporkan ketidak puashatiaan Tony terhadap Kementah kerana menyelewengkan “perkataan” yang mampu mengelirukan rakyat. 

Katanya, istilah “kapal penggempur pantai (LCS) generasi kedua (SGPVs) ” bukanlah istilah yang sesuai bilamana aset yang bakal diperolehi itu hanyalah merupakan Gowind Class Corvettes. Ujar beliau lagi “perkara ini akan mencalarkan imej pertahanan mana-mana perkhidmatan ketenteraan yang menggunakan khidmat mereka untuk SPGV sampai ke tahap LCS”. 

Secara tiba-tiba, saya kembali teringat kepada Kelvin Lim yang pernah menyebut bahawasanya Tony Pua sememangnya seorang ahli politik yang pandai memutar-belit keadaan. Dan kini, saya mulai nampak apa yang dimaksudkan oleh Kelvin dahulu.

Tony Pua terlupa agaknya bahawa perkara yang menjadi “mainan politiknya” adalah perkara yang melibatkan strategi ketenteraan walaupun ianya hanya merupakan “penggunaan istilah”. 

Ambil contoh, jika sebagai sebuah parti, DAP mengambil keanggotaan dari kalangan bangsa Melayu, kemudian memaklumkan kepada umum bahawa DAP tidak pernah mengintai atau bermimpi mahu mencari kerusi menteri besar atau pun perdana menteri, bukankah sebenarnya kemasukan ahli berbangsa Melayu merupakan salah satu strategi dalam parti mereka menggempur lawannya? Seterusnya memungkinkan kedua-dua kerusi idaman itu (menteri besar dan perdana menteri) dimiliki oleh DAP? Begitulah halnya dalam strategi ketenteraan. 

Dan perlu diingat, bahawa Kementah tidak pernah mensasarkan rakyat sebagai lawan mereka dan Tony Pua tidak perlu mengheret “atas nama rakyat” soal perolehan aset ketenteraan atau pertahanan sehingga ia dihebohkan ke telinga-telinga musuh sebenar negara iaitu, negara-negara yang tidak senang dengan pertumbuhan sosio-ekonomi-politik serta kemakmuran Malaysia.



Tony Pua sewajarnya cukup dengan bersuara di parlimen atau menyampaikan surat tertutup untuk dijawab oleh Kementah tentang isu-isu dimusykili. 

Penghebahan Tony tentang aset-aset negara secara tidak langsung seolah-olah bertempik kepada dunia bahawa Malaysia sebenarnya tidak kuat dalam perolehan aset pertahanan negara dan seranglah Malaysia kerana aset yang disebut itu sebenarnya tidak wujud! 

Perlakuan Tony tidak ubah seperti musang berbulukan ayam atau tali barut yang berselindung disebalik status seorang ahli parlimen. 

Tony, andalah yang sebenarnya perlu menjawab kepada rakyat Malaysia kenapa anda tidak boleh dianggap sebagai musuh negara?

No comments:

Post a Comment