I
Dato’ Dr Hasan Ali sememangnya satu fenomena di negeri Selangor. Apa sebenarnya yang berlaku di negeri bawah pentadbiran pakatan rakyat yang diketuai oleh Tan Sri Khalid Ibrahim ini?
Fenomena Hasan Ali bermula seawal kekecohan peristiwa rampasan minuman keras dikedai membeli belah di kawasan penempatan majoriti kaum Melayu dan beragama Islam. Rampasan yang mendatangkan kemarahan tidak terhingga seorang lagi exco kerajaan negeri, Ronnie Liu diselesaikan dengan gambaran diberikan Hasan Ali bersalaman dengan Ronnie. Komen ringkas kedua-duanya hanyalah “semua telah pun selesai dan ia hanyalah salah faham”.
Begitu mudah mereka menutup isu dengan apa yang disifatkan oleh pemerhati politik sebagai penyelesaian berbentuk kosmetik. Namun, ahli-ahli parti terutamanya PAS dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Bagi mereka, setelah Hasan Ali menjawat jawatan yang sinonim dengan perjuangan parti itu, PAS, mereka akan meneruskan agenda memertabatkan agama Islam dan memerangi kemungkaran yang dilarang dalam Islam di negeri Selangor. Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku. Tidak di negeri Selangor yang dihuni oleh berbilang bangsa dan perbezaan peratusan pecahan kaumnya amatlah nipis jika dibandingkan dengan Kelantan atau Kedah.
II
Fenomena Hasan Ali tidak terhenti setakat ‘kes minuman keras’. Hasan Ali turut tidak selesa dengan corak pentadbiran Khalid Ibrahim yang terlalu ‘memanjakan’ parti perikatan mereka terutamanya DAP. Acapkali pentadbiran kerajaan negeri kelihatan tunduk kepada kemahuan DAP. Antara yang menjadi isu hangat diperbahaskan di peringkat akar umbi adalah kewujudan rumah-rumah urut yang tumbuh bak cendawan selepas hujan semenjak pemerintahan kerajaan pakatan mereka.
Umum maklum bahawa portfolio yang menjaga dan mengawalnya adalah portfolio yang dipegang oleh Ronnie Liu. Namun, Khalid Ibrahim seringkali memejamkan matanya. Perkara ini turut tidak disenangi oleh Hasan Ali. Namun Hasan Ali tidak mampu berbuat apa-apa berkaitan dengannya.
Lebih teruk, Hasan Ali mula turut menerima tentangan dari dalaman terutamanya ahli parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad.
III
Khalid Samad, sebagai ahli PAS seringkali menghentam tindak tanduk Hasan Ali. Pada satu peringkat, Hasan Ali dikaitkan dengan rundingan kerajaan perpaduan bersama Nasharuddin Mat Isa yang pada masa tersebut memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.
Kredibiliti Hasan Ali sering dipertikaikan kerana mereka tahu pengaruh Hasan Ali di Selangor bukanlah suatu yang kecil anak. Untuk meminggirkan pengaruh Hasan Ali, suatu perkara yang lebih besar hendaklah dikaitkan dengannya. Suatu “grand-design”. Perkara itu tidak lain dan tidak bukan adalah mengaitkan Nasharuddin dan Hasan Ali dengan UMNO-BN.
Tarbiyyah ahli-ahli PAS yang sangat membenci UMNO-BN akan turut terpalit kepada siapa pun yang didapati mempunyai hubungan dengan UMNO-BN. Mengaitkan Nasharuddin dan Hasan Ali dengan “rundingan kerajaan perpaduan” benar-benar membunuh kredibiliti dua tokoh ini. Demikian itu, Nasharuddin dan Hasan Ali menerima padahnya. Namun, pergeseran kuat dalaman PAS yang berlaku hanyalah disebabkan satu perkara; pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti!
...bersambung
No comments:
Post a Comment