Blog Archive

Thursday, February 17, 2011

Lim Main-main Politik

Apabila Lim Guan Eng mewujudkan satu potfolio baru berstatus ahli majlis mesyuarat eksekutif kerajaan negeri (exco) yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal bukan Islam dan secara khususnya menyebut agama-agama Buddha, Taoisme, Kristian, Sikh dan Hindu seperti yang ditulis dalam blog rasminya hari ini, beliau bukan sahaja lari dari inter-locking perdebatan hangat penubuhan Majlis Perundingan Antara Agama / IFC, malahan beliau telah membuka satu precedent baru dalam merealisasikan apa juga agenda yang mahu beliau lakukan.

Adakah dalam hangat ahli politikus negara (termasuk sidang parlimen kedai kopi) membincangkan hal-hal pilihanraya kecil yang bertalu-talu hadir maka Lim Guan Eng mengambil kesempatan penuh mewujudkan portfolio baru yang menyentuh soal kesensivitian agama dalam negeri yang beliau berkuasa penuh ke atasnya?

Mungkin rakyat Malaysia mudah lupa dengan kemelut cadangan penubuhan IFC suatu ketika dahulu yang menyebabkan YB Kulim, Zulkifli Nordin meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) gara-gara Forum Memeluk Islam yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia tanggal 9 Ogos 2008.

Atau rakyat Malaysia sekali lagi mudah lupa dengan peristiwa pembakaran gereja awal tahun 2010 gara-gara isu penggunaan kalimah Allah dan tuntutan disegerakan penubuhan IFC bagi menangani isu kalimah tersebut?

Apapun Archdiocesan Ministry of Ecumenical and Interrelegious Affairs atau AMEIA pasti senang hati dengan keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut. Persoalannya, ke manakah perginya rundingan Pakatan Rakyat yang melibatkan para pemimpin tertinggi parti-parti yang membentuknya terutama PAS? Adakah pewujudan exco tersebut adalah keputusan satu pihak (DAP) sahaja melalui Guan Eng ataupun keputusan bersama pemimpin Pakatan Rakyat?

p/s: teringat tulisan sahabat saya, Anuar Mohd Nor dalam www.umno-reform2.com yang menulis PAS jadi UMNO - kerajaan UMNO jadi PAS.

(klik tulisan berwarna untuk sambungan link dan/atau keterangannya)

No comments:

Post a Comment